Assalamualaikum...
Apalah yang tekun sangat tu agaknya ye..hihihi gambar atas tu buah hati mama dan adik-adik sedang berbincang nak makan dimana..sebabnya adik ipar mama dan wife nak belanja kami semua makan...yeay seronok makan free.
Gambar bawah tu pulak tekun sangat mengoder tuh...hihi nampak konfius muka budak yang ambil order tu..bukan apa suasana gamat sangat,kami makan dekat pizza temerloh.. Alhamdulillah kenyang..
Terima kasih icong dan ira belanja kami semua,siap belikan mainan lagi untuk adam,adrien dan adelya..moga terus dimurahkan rezeki ye..
Allahhummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Sunday 30 August 2015
Saturday 29 August 2015
jiran sepakat membawa berkat
Assalamualaikum....
rezeki sebenarnya bila dapat jiran-jiran yang baik ni kan...seronok duduk berjiran jika jiran-jiran berbaik-baik...
Cerita dua minggu lepas nih,mama tak sempat nak update..ina, jiran mama buat kenduri kawin untuk adiknya, jadinya kami jiran-jiran berpakat untuk bergotong -royong menjayakan majlis tersebut, mama macam biasalah watak tempelan je,dapat tolong sikit-sikit pun jadilah dengan anak-anak tiga orang tu,macam-macamlah kerenah mereka.
mama dalam team dessert,satu team lagi untuk makan beradab, lauk-pauk untuk tetamu geng-geng lelaki yang memasak..ada suami yang bersuara..eh bukan sepatutnya perempuan ke yang memasak? ini terbalik pula lelaki yang memasak,bukan setakat memasak, potong bawang,sayur, buah-buahan semua kerja geng lelaki, kami yang perempuan..itu je lah kerjanya...
dua hari kami bertungkus-lumus bergotong royong bersama, sabtu dan ahad..sabtu majlis nikah,ahad majlis sanding, geng lelaki memasak sampai ke pagi, bukan memasak je, siap solat jemaah beramai-ramai kat rumah jiran, tak balik solat kat rumah sendiri dah...
Barang-barang untuk kegunaan dihari kenduri pun jiran-jiran pakat share je, mana yang tak cukup pakat cari kat rumah jiran mana yang ada barang tersebut, memang bersatu hatilah sangat..dessert kaunter pun dibuka dekat porch rumah jiran...
siap ada baju tu..crew rewang aster, mama je bertudung hitam,orang lain semua pinky..bolehlah asalkan ado..yang baju oren duduk kat pelamin itulah ina, tuan rumah untuk majlis ini
ini dessert kaunter kami, siap ada basikal berbakul yang diletak bunga-bungaan lagi, basikal tu pun kami rembat dari jiran jugak,pendek kata kebanyakkan barang-barang disponsor oleh jiran-jiran,bukan disediakan oleh tuan rumah, memang sepakatlah jiran-jiran mama ni...seronok sangat.. oh ye puding labu @ kuih labu tu sedap sangat, macam nak buat sendiri je nih..
ini geng memasak,geng basuh pinggan dan geng mengemas..tengok tu teringin juga diorang nak bergambar dekat dessert kaunter kami tu..hehehe
pendek kata kejiranan tempat mama tinggal ni memang best, bersepakat semuanya, tetapi itulah nanti mama perlu berpindah, harap-harap silaturrahim ini tidak akan terputus, dan semoga jiran-jiran diperumahan baru nanti akan sama seperti ini...inshaAllah..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
Friday 28 August 2015
sambut besday princess adelya di taska
Assalamualaikum...
petang sambut besday adelya dekat taska, takde apapun mama cuma bagi sebiji kek untuk meriahkan majlis je...mama share gambar yang tecer hantar melalui whatsapp, banyak gambar tecer bagi tapi mama share sikit je lah...
bukan main lagi tecer siapkan, siap ada bunga kat atas kepala tu hehehe...tapi muka takmo senyum pun, banyak gambar yang tecer bagi kebanyakannya macam tu lah muka princess adelya ni...( bak kata mommy..mentang-mentanglah cantik, sombong pulak...tengok kakak daeisha ni sedar diri tak bape lawo..senyum je selalu bagi nampak manisss...) adehhh mommy tu saja je kan..semua pun comel dan cantik..
Bergambar dengan abang-abang pula, abang adrien tu manis je tersenyum, abang adam kontrol macho, adelya juga yang masih takmo senyum..
bersama kawan baik...ehsan..amboi bukan main dia ye..muka ada sikit senyum..mereka berkongsi bulan kelahiran juga,adelya 22hb ehsan pula 29hb ogos tahun pun tahun yang sama..
bersama kawan-kawan taska yang lain..
Haa..yang ini baru nampak senyuman diwajah adelya..susah sangat tu nak senyum, puas tecer suruh senyum...
itulah sedikit coretan dimajlis adelya semalam...kenangan untuk adelya bila besar nanti...

Thursday 27 August 2015
berjaya juga akhirnya
Assalamualaikum....
mama merancang nak buat sambutan hari lahir adelya dekat taska pada isnin atau selasa, tetapi banyak kekangan pula, tidaklah sempat mama nak buat,sebabnya bukan apa,mama ni bercadang nak buat kek sendiri hehehe.
Selasa balik dari kerja, beli semua bahan yang diperlukan, apa yang ingin diberi kepada anak-anak di taska. dapat gembirakan anak-anak ni kita juga dapat merasa keseronokkannya.
mama ingin berikan sesuatu yang boleh disimpan oleh anak-anak taska, jadi mama hadiahkan mereka sebuah buku, tak mahal pun bukunya, beli yang murah-murah sahaja asalkan boleh jadi bahan bacaan. siap mama printkan kartun comel tu letak nama adelya, gigihlah malam-malam print benda tu dan gunting, buat kerja sambil berperang dengan anak-anak sebab mereka pun teruja dok tengok mama print benda tu, abang adam pun siap request nanti dia nak optimus prime...hehehe boleh aje tunggu besday abang nanti ye
berikan buku itu boleh disimpan dan digunakan selalu, bila anak-anak ini dah besar dan tidak lagi berjumpa ada juga kenangan mereka untuk kawan-kawan kan.selain itu,mama letak juga la sedikit makanan untuk anak-anak taska, anak-anak mesti suka dapat makanan kan..sebab anak-anak mama pun macam tu..

kit kat bites stoberi coklat cake
kemain eh nama kek...hahaha saje je mama bagi nama tu,pada halnya kek coklat moist biasa tu je.. stoberi dengan kit kat bites tu saja nak bagi meriahkan kek tu je...mama takde idea nak menghias jadi mama taram je la,asalkan nampak menarik dimata mama ni ha..sudahla kan.
mulanya mama buat selapis je, tetiba rasa macam...ehhhh kecik pulak kek ni,nanti tak cukup macam mana? macamlah kek mama tu sedap sangatkan kot bebudak berebut tak cukup lak nanti, teruslah pukul 10malam tu gigih mengukus sebijik kek lagi dalam loyang yang sedikit kecil, itu yang jadi 2 lapis tu...bahagian bawah tu nampak comot sikit, tak sempat mama nak bersihkan dah sebab anak dara dah menangis-nagis...
hari ni potong kek lah adelya kat taska tu, harap-harap semuanya berjalan lancar, anak dara mama tu bukan boleh kira, macam-macam peel nya tu nanti..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
Tuesday 25 August 2015
dua puteri yang comel dan makan-makan
Assalamualaikum...
dalam family mama buat masa sekarang ada dua orang puteri, tapi keduanya punya karekter berbeza...hehehe biasalah kan mana ada yang sama

inilah dua puteri mama yang comel tu..daeisha dynara dan adelya azra...
kebetulan masa hari kejadian kedua puteri nih pakai baju yang sama pulak, tidak berjanji pun.. baju ini mommy daeisha yang beli masa adik mama kawin hampir 2 tahun yang lepas, waktu tu adelya baru 5bulan, nak pakai memang besar, baru sekarang muat, itu yang mama sengaja pakaikan, tak sangka sama pula dengan kakak daeisha...
kakak daeisha bukan main senyum lagi tapi adelya..sombong sangat nih masam je mukanya tu.. daeisha ni memang princess sangat kalau nak dibandingkan dengan adelya hehehe...daeisha lembut je orangnya,adelya princess juga tapi princess ala-ala "brave" tu ha...hehehe
ahad lepas anak buah mama belanja makan nasi arab dekat d'arab station, cheras. alhamdulillah moga terus dimurahkan rezeki aliff ye..disamping tu buat potong-potong kek juga sempena birthday adelya, ibu dan abg aliff...berkongsi bulan kelahiran yang sama jadi sambut ramai-ramai barulah meriah sikitkan...ibu 18hb, adelya 22hb abg aliff pula 24hb ogos...kalau arwah mak mama ada juga, mesti berkongsi bulan yang sama juga kerana arwah mak mama juga lahir dalam bulan ogos.

kejadian semasa makan-makan ahad lepas. seronoklah berkumpul ramai-ramai,walaupun 3 orang tiada pada hari kejadian, tapi tetap meriah, macam biasa yang gigirl je rajin bergambar yang geng boboyboy tak heran sangat bab bergambar, layan makan lagi bagus...hehehe
selepas balik dari makan-makan ni mama ke bandar saujana putra untuk mengambil kereta, masa disanalah adik mama eksiden itulah perancangan Allah kan tiada siapa yang tahu..alhamdulillah segala proses telah selesai, kereta adik mama pun dah selamat masuk bengkel, mujur juga adik mama tidak apa-apa masa kemalangan tersebut berlaku, disetiap kejadian pasti ada hikmahNya yang perlu kita ambil pengajarankan...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
yang ditunggu....gigirl jua akhirnya...
Assalamualaikum....
Setelah kehadiran dua permata hati yang kedua-duanya hero..mama papa buat keputusan untuk mencuba lagi,mana tahu yang ketiga adalah gigirl..hehehe
Kita merancangkan..dan Allah sebaik-baik perancang, alhamdulillah..masa mama disahkan mengandung lagi...setiap kali solat mesti mama doa moga-moga anak yang mama kandung adalah perempuan..tak salahkan kita meminta,asalkan kita meminta pada tempat yang betul. memang mama berdoa sesungguh hati...
Masa mengandung kali ketiga itu, alahan teruk sedikit dari yang pertama dan kedua, badan pun tak larat je,sakit belakang tu memang setiap hari tapi mama tahankan saja, mungkin faktor usia agaknya..hehehe...
waktu check up kedudukan baby songsang, dokte ada cakap 75% baby girl, tapi jangan menaruh harapan yang tinggi kata dokte...hehehe dokte pun tahu mama kalau bleh nak baby girl sebab hero berdua tu pun dokte yang sama sambut jadi dokte tahu sangatlah rasa hati mama ni kan,mama pun cerita je kat dokte tu memang kalau boleh nak girl kali ni...inshaAllah kalau rezeki kan..
Dalam pada dokte kata baby girl,mama papa tetap tak menaruh harapan yang tinggi, lagi pulak ada orang kata tengok perut mama,rasanya baby yang mama kandung lelaki...tapi tak apa girl or boy mama terima je...cuma lebih ke arah girl la, bohonglah kalau mama cakap takde apa-apa sedangkan memang mama mengharapkan girl kan..
dalam berteka-teki tentang jantina anak..persiapan yang ala kadar tetap mama papa buat, beli sekadarnya sahaja, sebab baju abang-abang masih boleh digunakan lagi.
Akhirnya 22 ogos 2013...jam 7.52pagi lahirlah puteri yang ditunggu...alhamdulillah Allah makbulkan doa mama papa, nak melahirkannya pun mudah tak sampai setengah jam mama dalam labour room tu. syukur sangat-sangat Allah permudahkan, mungkin sebab masa mengandung tu mama dah cukup penat agaknya jadi masa bersalin Allah mudahkan.
ADELYA AZRA BT AZMI
inilah permata hati mama papa yang ketiga..2 tahun dah usianya..alhamdulillah membesar dengan sihat dan sempurna setakat ini...
moga adelya azra terus diberi tubuh badan yang sihat, akal yang cerdas dan bijak...menjadi anak yang solehah, cemerlang didunia dan akhirat.
umur 2 tahun ni macam-macam akal dah ada, nak melawa pun dah pandai walaupun kasar sikit orangnya, tak sikit la bamyak juga kasarnya tu..nak berbedak,berlosyen, berlipstik (lipgloss je la sebab mama pakai lipgloss je...)
sangat suka bergambar..tengoklah gayanya tu bila mama halakan henpon, terus berposing...kalau ajak selfie lagi suka.
Garng pun garang...kalau abg adrien tu jadi mangsa je, muka abang tu dah calar balar dikerjakan adelya, sikit-sikit mencubit...aduhai
ok lah ada masa nanti mama cerita lagi pasal buah hati pengarang jantung papa ni ye...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
Monday 24 August 2015
cheras - bsp - balai polis banting - bsp - klang
Assalamualaikum....
Sungguh..malang itu tidak berbau dan ujian Allah itu datang dalam keadaan yang tidak kita duga kan.
Semalam pergi makan di cheras, anak buah belanja (ini lain entri lah mama cerita). ini mama nak cerita kejadian selepas balik makan tu.
Balik dari cheras mama sefamily pergi ke bandar saujana putra untuk ambil kereta. Kereta yang kami beli, bukanlah kereta baru,bukan juga kereta secondhand tapi dah berhand-hand...hehehe ok lah tu kan, owner letak harga tapi boleh nego,mama pun bagilah harga yang mampu untuk bayar..owner kata ok,apalagi terus rembat le,senang sangat berurusan. bukan kereta besar ye,mama beli kereta yang lebih kecil yang memudahkan buah hati untuk berulang menghantar mama dan membuat kerja, kereta ini lebih jimat minyak, sebab kerja buah hati mama ni memerlukan dia pergi ke tempat-tempat tertentu jadi memang kami perlukan sesuatu yang menjimatkan.
buah hati mama sedang bekerja dalam renyai hujan, bukan keje apa, kereta yang kami beli tu bateri dah weak jadi kena jumper, tapi entah apa problemnya alarm pulak asyik berbunyi, adik mama nak balik rumah ambil kunci satu lagi, buah hati dengan anak buah mama masih teruskan usaha menghidupkan kereta tu...
tetiba dapat mesej..adik mama yang nak balik rumah ambil kunci tadi bagitahu dia eksiden...adoii kat mana pulak eksidennya? sebab mama baru je tengok dia lalu tadi, buah hati dan anak buah pun tolak kembali kereta tu masuk parking dan kami terus pergi ke tempat adik mama eksiden.
keadaan kereta adik mama, memang pintu belakang tu kena tukarlah nampaknya...,bukan salah adik mama, tapi ada kereta nak keluar parking, mengundur dengan laju terus langgar kereta adik mama dengan kuat sampai berpusing dan terlanggar lagi 2 kereta yang sedang parking,kawasan kejadian didalam kawasan flat ditempat parking je.
Budak tu dah la tiada lesen, kesian juga tengok budak tu, mujur abangnya mahu bertanggungjawab dengan mengatakan dia yang bawa kereta tu. Masa nak jadikan, sebenarnya budak tu memang nak panaskan enjin kereta tu je,sambil bawa pusing-pusing dalam kawan flat tu saja,masa terlanggar kereta adik mama tu dia gabra dan tertekan minyak, itu yang makin teruk dan terlanggar dua kereta lagi.
kemudia kami ke balai polis banting untuk buat report, teroaksalah mama driev, buah hati mama bawa kereta adik mama tu,mujur masih boleh dibawa tak perlu ditowing,bawa slow-slow je. tetapi tak boleh settle juga sebab ada sorang owner kereta yang dilanggar tu roadtaxnye mati, perlu di renew dulu, terpaksa ubah report mengatakan kejadian berlaku pada hari ini.
tinggalkan kereta adik di rumah kakak,kemudian kami ke bsp semula, untuk uruskan kereta tadi, kali ini abang ipar ikut, lagi mudah sebab abang ipar pandai repair kereta, daptlah kereta mama tu dihidupkan, buah hati bawa balik kereta tu, mama pun terpaksa memandu lagi, silapnya terlupa nak tukar kereta dengan abang ipar sebab keretanya auto,kereta mama ni manual, adelya ikut mama pula kali ni, siap tunggu adik mama pergi check up dah pukul 8 lebih, gerak balik rumah kakak semula, dalam perjalanan, adelya dah buat hal taknak duduk dengan ibu nak dekat mama, tapi mama kena drive juga sebab kakak dan adik mama tak pandai bawa manual.
akhirnya separuh jalan mama drive sambil riba adelya,memang mencabar lah dengan kereta manual tu...masa azan diradio, mama dok sibukla tanya jalan short cut, adelya marah mama sebab bercakap masa azan,siap dicubitnya mulut mama nih, bertuah punya anak,mama tahulah azan tak boleh bercakap,mama tanya slow-slow je, takut terlepas simpang, satu hal lagi masa doa lepas azan, dimarahnya mama suruh angkat tangan berdoa, terpaksalah mama satu tangan pegang stereng, satu tangan menadah tangan berdoa...fuhhh mencabar drive dengan adelya ni tau..
Apapun...alhamdulillah kami sampai dengan selamat, memandangkan kereta adik perlu dihantar ke bengkel, kereta mama tu bagi adik guna dululah untuk berulang ke tempat kerja, takpe lah kan, sekarang masa dia susah,masa kita susah dulu mereka juga yang membantu...
mama beli kancil je, itupun kakak mama punya, dia memang tak bawa pun sebab pegi kerja naik lrt putra je, dia tanya sapa nak ambillah kancil tu, jadi mama bayarlah dengan apa yang mampu mama bayar, kakak mama tu ok je..ok lah guna kancil dapatlah jimatkan sedikit apa yang patut..
Oklah...panjang pula mama membebel, sebenarnya banyak lagi yang mama nak ceritakan, tunggulah di entri lain pulak..hehehe

Wednesday 19 August 2015
lara dihati mama -rezeki yang terbuang
Assalamualaikum....
Tidak sabar menunggu esok hehehe...esok sudah habis kursus dan boleh pulang ke rumah bertemu dengan anak-anak, beberapa hari ini dunia mama terasa sunyi dan sepi sahaja.
seawal 3.30 pagi tadi mama bangun kerana tidak tahan sakit akibat bengkak susu, pepagi itu mama memerah susu, dapat secawan, tapi sayangnya mama perlu buang kerana tiada tempat untuk mama simpan. di sini memang ada disediakan bilik khas untuk menyimpan susu ibu,tetapi mama tidak membawa peralatan pun untuk menyimpan stok susu. terpaksalah mama buang sahaja..
semalam kata buah hati mama, adelya menangis juga waktu hendak tidur tetapi tidaklah seteruk malam pertama tu..malam pun terjaga dan menangis, tetapi tidaklah berpanjangan, mungkin malam ini adelya semakin ok agaknya.
sedang berkursus petang tadi tecer taska hantar video menunjukkan gelagat adelya di taska alahai anak mama nih,macam-macamlah pulak peel nye kan, kawan-kawan sibuk baca doa qunut nazilah, dia boleh jadi otromen pulak,lepas tu tecer kata bila kawan buat peace,adelya marah..memang mama nampaklah dalam video tu, tak dapat pula mama nak share kat sini...hehehe terubat juga hati mama nih, abang-abang takpe sebab kalau mama call memang suara dorang je yang mama dengar,berebut nak bercakap,suara adelya memang tak dengar.
petang esok inshaAllah dapatlah mama berjumpa dengan wajah-wajah kesayangan mama kat rumah tu..doakan perjalanan mama selamat ye...

Tuesday 18 August 2015
lara dihati mama - 2
assalamualaikum....
amboih mama siap ada part 2 gitu...
malam kedua mama berkursus...malam tiada aktiviti,mama cuma lepak di bilik, mujurlah mama ambil bilik single..bukan tak nak bergaul tapi lebih memudahkan mama sebenarnya.
bergenang airmata mama ni masa bertolak petang semalam..berdebar tunggu pukul 6pm,biasanya pukul 6 buah hati mama pergi ambil ank-anak dekat taska,mama akan tunggu dirumah dan kadang-kadang mama akan menyorok dibelakang pintu,bila anak-anak masuk mulalah riuh memasing mencari mama,kemudian mama pun keluar dari belakang pintu,anak-anak lari peluk mama.
semalam mesti anak-anak cari belakang pintu tapi mama tiada,bila mama call petang tu abang adam riuh bercerita baby mencari mama sampai kat bilik atas..sedih mama dibuatnya. 1st time tinggalkan anak dara mama dah la masih menyusu badan..
malamnya pukul 11 lebih buah hati mama call,adelya mengamuk nak tidur,menangis-nangis,nak mama la tu,bagi susu botol dia tak mahu, orang cakap tinggalkan baju yang kita pakai yang belum dibasuh,buah hati bagi kain batik mama,lagi kuat meraungnya anak dara tu,entah pukul berapa tertidur mama pun tak tahu lah,jenuhlah papa memujuk adelya,akhirnya adelya tertidur sebab letih menangis...sian anak mama, abang-abang tak apa pernah kena tinggal sebelum ni.
mama pun dah bengkak susu...terpaksa perah dan buang saja sebab kat sini tak disediakan fridge, takpe lah bukan rezeki anak mama, jenuh juga mama nak perah...ujian untuk mama kan rasa macam nak demam dah sakit badan dibuatnya bila bengkak susu ni, tak sangka juga masih bengkak susu walaupun adelya dah hampir 2 tahun..
tak sabar nak tunggu khamis...nak jumpa anak-anak, kat sini mama ada masa untuk diri sendiri tetapi mama rasa kosong kerana tiada suara comel anak-anak mama bergaduh,bergelak ketawa.
doakan urusan mama,buah hati dan anak-anak dipermudahkan...inshaAllah..

Saturday 15 August 2015
"lara dihati mama"
assalamualaikum....
Wassalam
wajah yang tersenyum itu menyimpan beribu cerita...
disebalik senyuman...hatinya berkabut duka
disebalik senyuman...hatinya menangis sendiri
disebalik senyuman...jiwanya terluka
disebalik senyuman...jiwanya lara kecewa
walaupun hebat lara yang tersimpan, namun senyuman tetap terukir
biar yang kelihatan hanya yang manis menawan
masam,pahit dan kelat simpan saja kukuh dihati...
Amboi...amboi bukan main mama ye..tajuk pun dah macam novel pulak siap "lara dihati mama" lagi tu...hehehe
Mama sebenarnya sedih ni...bukan apa kena pergi kursus 4hari 3malam, terpaksa meninggalkan anak-anak dengan papa mereka, hero berdua tu mama tidak kisah sangat sebab memang pernah kena tinggal, yang buat mama risau adelya tu la, dah la masih menyusu badan, maunya tak lara jiwa mama nih..
masa berdua dengan adrien..mama khabarkan mama akan berkursus,nanti adrien tolong mama jagakan baby dengan papa dengan abang adam, adrien ok kan aje...dengan senyuman manis menghias wajahnya pantas menganggukkan kepala..lega hati mama dengan tingkah adrien tu.
bila mama khabarkan pada abang sayang..terus sahaja monyok mukanya ingin menangis, sambil berkata abang taknak duduk dengan papa,abang nak ikut mama pegi kursus...aduh abang sayang nih.. kalau boleh mama angkut semua ikut mama, tapi mama bukan duduk hotel mama duduk dekat institut latihan,mana boleh bawa sesiapa pun.
sedih memang sedih meninggalkan anak-anak,tapi itulah kan dah terpaksa,mama turutkan jua. kita fikirkan dari sudut positif sahaja,jadi pergilah kursus ini sekurang-kurangnya mama mendapat ilmu, ye sememangnya ilmu itu yang mama mahu..sabarlah mama 4hari 3malam je kan...inshaAllah semuanya pasti baik-baik sahaja..bila mama fikir positif pasti yang positif yang akan datang.
oklah sampai ketemu lagi...doakan mama selamat pergi dan kembali ye...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida MuhammadWassalam
Friday 14 August 2015
abang sayang
Assalamualaikum....
inilah abang sayang mama tu...hehehe adam aryan lah siapa lagi kan.. sekejap je masa berlalu, tahun depan abang akan mula bersekolah di darjah satu,alhamdulullah segala urusan berkaitan persekolahan abang dah pun papa uruskan, belum sempat bersekolah pun papa dan buat pertukaran sekolah untuk abang...untuk kemudahan dimasa akan datang, syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan.
Abang sayang ni menjadi abang sayang adelya juga tau...kalau nak tido panggil abang adam baring dekat sebelah,abang adam bangun dia pun nangislah nak ikut abang juga.
Jadi tempat mengadu pada adelya...bila adrien kacau atau pukul..mesti adelya pergi mengadu pada abang adam..."abanggg...yeyen buat yaya.." bercakap dengan muka sedih,siap peluk abang adam.. hehehe sejuk hati mama tengok, abang adam pun pujuklah adelya agar adelya tidak menangis.
Abang sayang ni manja..tengoklah gambar tu nak bergambar dengan mama tapi takmau cakap teruslah merajuk kata mama taknak amik gambar dengan dia..mama terus peluk ajak bergambar suka la dia...memang abang sayang ni manja terlebih sikit dari adik-adik kadang tu.
cuma abang sayang ni,kadang suka memberontak bila apa yang dikehendakinya tidak dapat, puas juga mama bercakap dengan lembut tapi abang sayang taknak dengar..kadang dapat juga la habuan dari mama kan...hehehe,macam biasa kesabaran mama tak begitu tinggi bila dalam keadaan tertentu..
berangin satu badan hahaha...sebab tu anak-anak panggil mama kak ros ataupun watak-watak jahat dalam kartun mama lah yang sandang, kalau hero heroin anak-anak dan papa je... hehehe mama tak kisah pun.
lengkap pula 3 entri mama pasal anak-anak hehehe...saja rasanya dah lama tak bercerita tentang mereka seorang-seorang...ini minggu depan nak meninggalkan mereka 4 hari 3 malam..gundah gulana hati mama nih..
moga segala urusan dipermudahkan..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad

Thursday 13 August 2015
berani, berkeyakinan dan kalut
Assalmualaikum....
Ini berkenaan anak mama yang no 2, siapa lagi kalau bukan adrien aryan...
tengoklah apa komen tecer taska adrien tu...berani,berkeyakinan dan kalut...hehehe
oklah tu berani dan berkeyakinan, tang kalut kalut tu takpe boleh diuruskan lagi.
adrien..selalu kalah dengan adelya yang sangat garang tu...manja sebenarnya adrien ni kadang-kadang datang sebelah mama duduk je dekat mama,rajin sangat bersembang walaupun kadang-kadang mama tak tahu apa yang adrien cakapkan sebab adrien masih pelat, tapi mama tetap layankan saja...seronok juga dengar pelatnye tu.
setakat ni..paling susah nak bangun pagi, jenuhlah kalau dah sekolah tahun depan, mandi pagi pun ikut mood kadang pergi taska tak mahu mandi,kadang orang dah keluar rumah dia baru lah terhegeh- hegeh nak mandi, geram je mama ni tau tak.
petang kadang papa tak bagi anak-anak main dijalan, papa kunci pagar tapi adrien nih pergi panjat pagar dan keluar juga bermain dijalan aiii... geram pula mama dibuatnya lepas tu abang adam pun tirulah aksi adrien tu.
kalau mahukan sesuatu adrien mesti minta sampai dapat, A yang dia kata maka A lah yang mama kena buat dan ikut, susah keputusan dia nak berubah tu..memang tetap pendirian budak sorang nih.
adrien dan bantal busuknya berpisah tiada...hehehe tengok bukan satu bantalnye tu sampai 2 pulak tu, bantal tu pun dah lembik tau.sarung pun takde, bawak bantal ni pergi taska tapi sampai taska dia tinggal je dalam kereta..tahu pula dia malu ye dengan tecer dan kawan-kawan.
Mama sayang adrien dunia akhirat tau...

Wednesday 12 August 2015
jom ronda naik motor
Assalamualaikum...
bukan main anak dara mama yang seorang ni kan, naik motor lagi...ini motor abang adam hadiah masa hari lahir abang adam yang kedua.
sekarang dah jadi hakmilik adelya pula, dia je yang nak naik motor, bila adrien nak naik laju je dia pergi dekat motor tu sambil cakap " ni toto yaya.." hamboih bukan mainkan, pastu jari tu mula lah mencubit adrien, kuat betul mencubit anak dara sorang ni...
kadang mama kelakar je tengok, bila adelya nak marah adrien tu, adelya tunjukkan dua jari seperti gaya nak mencubit tu,adrien nampak je jari adelya macam tu teruslah jerit.."mama tengok baby ni nak cubit yen.." hadoih memang meriah lah rumah dengan telatah anak-anak nih.
bertambah meriah bila dicampur dengan suara pekikan mama...hahaha terpekik marahkan adelya yang suka sangat membuli abg adrien tu..yang adrien pun,banyak kali mama dah pesan kalau adelya nak cubit..lari la jangan tunggu, ini tidak, dia tunggu je memang jadi mangsa adelya la...adelya pulak kalau dapat cubit adrien,memang tunjuk muka puashati lah, bukan sekali mencubit tapi berkali-kali kalau dah dapat tu tau..
Minggu depan mama kursus 3 hari, kena tinggalkan anak-anak dengan buah hati, yang hero berdua tu mama tak kisah sebab pernah kena tinggal, anak dara sorang ni lah tak tahu macam mana, dah la masih menyusu badan, papa pun agak cuak jugalah siap tanya macam mana nanti kalau adelya nak susu malam-malam? mama kata bagi lah susu biasa je, lagipun dah nak 2 tahun kan umur adelya, mungkin ini masa yang sesuai untuk ajar adelya bercerai susu dengan mama..huhuhu sedih pulak mama ni bila dah nak bercerai susu dengan adelya.
Moga dipermudahkan urusan mama papa dan anak-anak nanti.

Tuesday 11 August 2015
setelah 20 tahun
Assalamualaikum....
Hari ahad mendapat jemputan beraya ke rumah sahabat lama,pada mulanya rasa macam tak jadi dah nak pergi sebab buah hati mama tu sakit perut, tetapi bila ditanya kemudian ok pulak.
Dalam perjalanan anak-anak pulak buat hal sakit perut la, nak pergi toilet lah, macam-macamlah... pening pulak kepala mama dibuatnya, tapi akhirnya sampai jugalah kami ke rumah sahabat mama ni.
Ya Allah gembira tak terkata, dah 20 tahun tak jumpa kami ni,inilah kawan sekampung, sesekolah dari tadika hingga ke sekolah menengah, tapi tu lah kan bila dah berkeluarga ni,segalanya terbatas sedikit.
mama dan kawan-kawan...alahai rindunya...kami post gambar ni dalam group wasap apalagi ramai lah yang jeles...hahaha, untung juga ada wasap ni kan dapat menjalinkan kembali hubungan yang terputus sekian lama, kami ada wasap group geng sekolah rendah dulu, inshaAllah raya haji nanti nak buat reunion kawan-kawan sekolah rendah pula,moga segala perancangan berjalan lancar.
bersama pasangan masing-masing, adelya sempat la mencelah di situ, abg adam dengan adrien sibuk bermain,maklumlah kawasan rumah kawan mama ni luas seronoklah anak-anak bermain dan berlarian.Walaupun sekejap je kami berjumpa sebab mama sampai pun dah petang, tapi semua ini sangat bermakna, berjumpa sahabat-sahabat lama kan.
Moga ada kesempatan untuk kita berjumpa lagi...

nenek si bongkok tiga
"nenek-nenek si bongkok tiga,
siang malam asyik berjaga,
nak cari cucu di mana ada,
nenek ku kawin dengan anak raja"
"cucu-cucu tak dapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang nenek nak cari ganti,
siapa yang kena dia yang jadi"
Assalamualaikum....
bagi lagu dulu baru nak bagi salam mama ni ye...hehehe
ok sekarang inilah permainan mama dengan anak-anak dekat rumah tu, mama haruslah jadi nenek, kena tutup mata,nyanyi dengan anak-anak...riuh rendah lah rumah dibuatnya, dengan anak-anak yang takut kena tangkap dengan nenek nih, mencicit lari menyorok belakang kerusi,macamlah mama tak nampak kan...hehehe
seronok sangatlah bermain dengan anak-anak ni, biasa mama tak merancang pun nak main apa-apa, tengah duduk tengok tv diruang tamu,anak-anak leka, tetiba mama bangun tutup mata dan nyanyi, otomatik anak-anak pun ikut,gamatlah rumah dibuatnya.
sekarang ni bilik bawah yang dibuat stor tu,mama papa bersihkan buat ruang untuk anak-anak bermain, khemah pink yang mama beli dulu,mulanya telah disimpan oleh buah hati mama tu,mama keluarkan dan buka letak diruang tamu,buah hati tanya buat apa buka ni? mama cakap habis tu takkan beli nak simpan biar mereput koyak...biarkan je kat situ anak-anak nak main..biasalah kalau yang dah tahu buah hati mama tu kan tak boleh rumah bersepahkan...
penat memang penat melayan anak-anak bermain dan menyepah,kadang-kadang mama berangin juga satu badan bohonglah kalau mama cakap mama ni tak marah langsung..tidak.. ada waktunya mama memang menyinga, mama tahu ada ibu-ibu diluar sana memang penyabar melayan kerenah anak-anak,tapi mama memang kadang-kadang kurang kesabarannnya hehehe..
pagi tadi dengar sinar fm...tazkirah dari dr mohd fadhillah kamsah...katanya " setiap perubahan bermula dari ibu...ibu perlu berubah luaran dan dalaman...berubah disini maksudnya berubah menjadi positif, bila ibu positif, orang sekeliling terutamanya anak-anak dan suami akan berubah menjadi positif juga" mulai hari ini mama juga akan menjadi positif,dalaman dan luaran..inshaAllah mama akan cuba demi keluarga kecil mama nih.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad
Wassalam
Sunday 9 August 2015
jalan-jalan dan makan kenduri
Assalamualaikum....
Alhamdulillah..sabtu dan ahad penuh dengan jemputan dari pagi membawa ke malam, jiran-jiran berebut nak jemput beraya,itulah yang jadi minum pagi,makan tengah hari,minum petang dan makan malam, mama? hmmm...mama untuk tahun ini tak buat kot hehehe...tunggu rezeki masuk rumah baru nanti.
Sabtu...berjanji dengan family in law hendak makan kenduri di batang kali, rumah besan mak abah mentua, berjanji akan berjumpa di genting sempah, alang-alang dah ke situ buah hati mama ajak singgah di genting strawbery park hehehe...sesambil tunggu hendak ke batang kali malam tu singgah lah jalan-jalan dulu sekejap kan... banyak juga kawasan yang hendak dibangunkan tak lama lagi tak perlulah ke cameron sebab di sini pun dah ala-ala cameron. siap ada mini cameron lagi tempat jual sayur-sayuran.
Lagipun kawasannya dekat berbanding cameron rasa nak pergi boleh singgah je masa nak balik kampung, bayaran masuk pun ok lah murah
Dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5 (semua umur kena bayar)
Mama dah pernah pergi sebelum ini waktu tu pergi family mama je, tapi kali ni pergi beramai-ramai lebih meriahlah, meriah snap pic la hahaha
mama tu kemain berdress sebab malas nak bertukar baju,pada hal bawa je baju spare untuk kenduri, tapi tak bertukar pun bajunya...
Dekat lavendar farm tu seronok,banyak bunga-bunga yang cantik, kalau dapat masuk kat kawasan bunga ditanam tu lagi seronok bergambar, tetapi haruslah tak dapat masukkan, jika dibiarkan masuk takut habis pula bunga-bunga tu jadi mangsa pijakan, nak pula anak-anak mama yang memang tak makan saman kalau dapat berlari bebas macam tu,mama pun tak larat nak mengejar.
Ada pulak gambar yang berulang...hahaha taram je lah ye,mama dah kelabu mata nak cantum gambar kalau letak satu-satu kang banyak pula gambarnya kan...
Apapun seronok dapat berjalan ramai-ramai walaupun sekejap,lain kali harus ada aktiviti macam ni walaupun sekejap tetapi masa yang ada digunakan sebaik mungkin...sebaik mungkin untuk bergambarlah hahaha...bukan apa kami masuk waktu tu dah pukul 6pm, tempat tu tutup pukul 7pm, sejam je masa untuk berjalan, sebenarnya tak cukup tu sebab banyak juga tempat yang boleh dilihat secara santai, tetapi nak kejar masa kita berjalan sekejap dan bergambar lama-lama..hehehe
antara yang menarik didalam genting strawbery park nih :
- Strawbery park ( dah tentulah kan) boleh jalan-jalan dan boleh petik strawbery juga, dikira ikut berat yang kita ambil tu lah, macam cameron jugak la.
-lavender farm ( kat sini memang bestlah penuh bunga-bungaan..mama memang suka ungu lavender tu..canti bangat, kalau ada bunga tulip lagi best..hehehe,mama suka tulip juga), dekat lavender farm ni banyak juga bungaan lain, ada kedai menjual barangan berasaskan lavender,bunga hiasan dan macam-macam lagi la.
-Lebah dan madu, ada tempat yang menjual madu lebah.
-Cendawan, ada satu kawasan ditanam dengan cendawan, terdapat juga kedai menjual barangan berasaskan cendawan, ye lah dah kawasan cendawan kan...hehehe
-Sesiapa berani boleh juga bergambar dengan ular sawa dan burung kakak tua.
- kedai menjual cenderahati key chain,fridge magnet dan macam-macam lagi
Itu je lah yang mama ingat...adoiii baru je pergi semalam,hari ni dah lupa heheh
eh..ada juga gambar pasangan dua sejoli nih.. eceh jangan marah naaa, pergi ramai-ramai dapatlah bergambar berdua, itupun tak sengaja mama dengan buah hati berehat dekat kerusi tu, tetiba abang ipar tala enpon, terus la posing
sesudah berjalan terus ke batang kali makan kenduri, selesai makan duduk sebentar dan berangkat pulang, pukul 11mlm juga sampai rumah, keluarga mentua semua bermalam dirumah mama, sebab nak balik ke pahang macam dah lewat,nanti penat pula itu lah mama ajak tidur dirumah saja. Gambar makan kenduri nan hadoo sebab sedap makan.
Semoga pengantin baru Zul faiz dan pasangannya hidup bahagia hingga ke Jannah.

Friday 7 August 2015
tenang dan sabar..jangan berburuk sangka
Assalamualaikum...
Jangan berburuk sangka kepada sesiapapun...
lebih-lebih lagi kepada Allah, jangan sesekali berburuk sangka,
Jika diuji..hadapi dengan tenang....
yakinlah dengan Allah

bersabar dan redha kerana ALLAH..bukan sabar kerana manusia..
ALLAH sayang pada hambanya yang bersabar dengan ujian ..
nanti ALLAH akan hadiahkan kita
ketenangan..
ALLAH kan adil..
biar manusia tak sayang yang penting kita disayangi
ALLAH..
itu lebih baik....
Tenanglah hati menghadapi ujian dan dugaan..
ingatlah...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
Daripada Abi Umamah berkata , Rasulullah saw
bersabda...Perbanyakkanlah selawat keatasku pada setiap hari jumaat. Sesungguhnya
selawat umatku dipersembahkan kepadaku pada setiap hari jumaat. Barangsiapa yang
paling banyak mengucapkab selawat ke atasku, maka dia adalah orang yang paling hampir
kedudukannya di sisi ku..-Diriwayatkan oleh al baihaqi..
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad
Wassalam
Waala a'li sayyida Muhammad
Wassalam
Wednesday 5 August 2015
makan durian kita
Assalamualaikum....
Balik kampung beraya hari tu,musim durian di Pahang,kat tempat lain pun sama la dah musim durian kan hehehe...sana sini orang jual durian, sampaikan masa raya hari tu mama papa pergi rumah member beraya bukan nak makan biskut raya,tapi bedal durian.. hahaha
Hero mama yang berdua tu memang suka makan durian,sekali makan ntah berapa biji,mama je tak makan hari tu,sebab perut memulas-mulas, risau je nak makan durian,sebab lepas tu nak berjalan jauh takut sakit perut ditengah jalan,jadi tengok saja anak-anak makan sambil telan air liur...huhuhu
tapi kempunan mama untuk makan durian tu taklah lama,sebab raya ke berapa entah buah hati mama dengan abah mentua pergi beli dua bakul durian, 1 bakul untuk makan,1 bakul lagi untuk buat tempoyak,selamat dah mama bawa balik sebekas besar tempoyak..untuk buat stok, kat rumah dah habis hehehe...,rajinlah mak mentua dok asingkan isi durian untuk buat tempoyak,menantu dia ni dok tengok je...bagus punya menantu..
yang ini abah mentua beli dekat simpang masuk kampung...memang mabelles, mama dengan buah hati makan tak toleh kiri kanan, mak mentua kat belakang pun tak sempat mama nak pelawa..tup tup dah habis hahaha haru betoi menantu sorang nih, tapi memang puas hati dapat makan durian ni.
hajat nak buat durian chesse cake tapi tak terbuat-buat lagi..hehehe nanti lah tunggu mood datang..
tengok durian tu tetiba ailio menitik pulak...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad
Wassalam
Balik kampung beraya hari tu,musim durian di Pahang,kat tempat lain pun sama la dah musim durian kan hehehe...sana sini orang jual durian, sampaikan masa raya hari tu mama papa pergi rumah member beraya bukan nak makan biskut raya,tapi bedal durian.. hahaha
Hero mama yang berdua tu memang suka makan durian,sekali makan ntah berapa biji,mama je tak makan hari tu,sebab perut memulas-mulas, risau je nak makan durian,sebab lepas tu nak berjalan jauh takut sakit perut ditengah jalan,jadi tengok saja anak-anak makan sambil telan air liur...huhuhu
anak dara mama ni, orang sibuk makan durian,dia sibuk tengok ayam..layannn
tapi kempunan mama untuk makan durian tu taklah lama,sebab raya ke berapa entah buah hati mama dengan abah mentua pergi beli dua bakul durian, 1 bakul untuk makan,1 bakul lagi untuk buat tempoyak,selamat dah mama bawa balik sebekas besar tempoyak..untuk buat stok, kat rumah dah habis hehehe...,rajinlah mak mentua dok asingkan isi durian untuk buat tempoyak,menantu dia ni dok tengok je...bagus punya menantu..
hajat nak buat durian chesse cake tapi tak terbuat-buat lagi..hehehe nanti lah tunggu mood datang..
tengok durian tu tetiba ailio menitik pulak...
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyida Muhammad
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...