Assalamualaikum...
rasa macam lama pulak tak menulis apa-apa kat sini,maklumlah kemalasan melanda, amacam persiapan di akhir-akhir ramadhan ni? moga semuanya berjalan lancar dan moga ibadah kita semua diterima Allah swt. persiapan raya macammana pulak? Mama alhamdulillah..semua dah siap serba sederhana sajalah, sederhana dalam ertikata sendirlah ye..
Yang mana dah berkahwin tu dah tahu ke kampung mana nak balik dulu? mama macam biasalah balik kedua-dua kampung juga, cuma untuk tahun ni malam raya dirumah en.azmilah sebab tahun lepas di rumah mama, tapi lepas solat raya haruslah balik kampung mama pula, macam tu lah boleh ulang-alik saja kan, dekatlah katakan..jadi takdelah nak gaduh, tapi gaduh-gaduh manja tu ada jugaklah.
Kadang mama petang raya tu nak jugaklah ke kampung mama, menolong apa yang patut, merendanglah biasanya kerja mama ni, nak pulak kalau ibu balik rumah mertua dia, jadi mama kena lah buat rendang kat kampung mama tu, makngah dengan maktam..tak reti katanya, bukan tak reti tu,saja malas belajarkan nak suruh orang yang buatkan,tahu dah akal memasing tu.
Dalam soal balik kampung siapa dulu ni, kata DMFK..tengoklah pada keadaan, kalau rumah ibubapa suami kita tu dekat rumah kita, tiap-tiap minggu kita balik,maka hari raya baliklah kampung isteri, lepas tu kalau, dua-dua jauh, kena pulak ibubapa suami tu tidak sihat, maka baliklah kampung suami walaupun tahun tu tiba giliran kampung isteri, kalau semuanya ok, ikutlah giliran yang penting jangan gaduh-gaduh buat o som pun boleh hehehe..
Ada setengah orang kata, best kampung dekat-dekat boleh ulang-alik je, tapi ada juga yang kata baik kampung jauh-jauh senang, boleh tumpukan pada satu rumah tu saja tak perlu ulang-alik, nak berjalan pun senang, jalan je rumah saudara mara yang ini, tak perlu nak terbahagi dan tergesa-gesa, kesana sini, kadang penat juga macam tu, apapun terpulang pada kitalah kan.
Mama tahun ni ada dikampung sampai raya kedua saja, raya ke 3 dan keempat mama nak ke Taiping, ada jemputan kenduri dari paksu (adik arwah ayah), memang kami semua nak pergilah, sebab inilah masanya nak berjumpa saudara-mara pun, dah lama mama tak jumpa paksu ni, dulu-dulu paksu pernah tinggal dengan kami, sekrang anak-anak paksu semua dah besar ada yang dah kawin pun. InshaAllah raya keempatnti dapatlah kami berjumpa. Rasa tak sabar itu ada, paksu siap telefon mama lagi, nak jumpa en.azmi dan anak-anak, ye paksu tak pernah jumpa pun en.azmi dan anak-anak. itu yang nak pergi sangat tu.
Jadi raya tahun ini kami akan balik Pahang dan balik Peraklah. Perak negeri kelahiran mama, tapi mama dibesarkan di Pahang. En.azmi pula memang anak jati Pahang. Moga dipermudahkan urusan kami nanti hendaknya. Jumaat dah last keje, semangat pun berkobar-kobar, tapi mama balik kampung hari ahad.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Wednesday, 29 June 2016
Sunday, 26 June 2016
Berbuka dimana kita?
Assalamualaikum...
Macam berbuka diluar je gayanya ye..tak adalah masih berbuka dirumah. Sabtu ibrahim's dotter nak datang rumah mama untuk ambil bajukan, mulanya takda siapa pun cakap nak berbuka puasa di rumah sebab ramai ada hal, tapi lepas tu berubah rancangan semua nak berbuka dirumah mama. Tinggal maktam dan pakjang je yang tiada.
Pagi keluarlah mama membeli barang untuk masak, takdelah masak yang gah pun masak bizsa-biasa saja,asalkan dapat dimakan oleh tetamu pun alhamdulillah, tetamu tiba selepas asar, jadi tenanglah mama memasak, kalau tak tentu tak tenang dengan suasana kecoh, mana nak memasak, mana nak berborak hahaha.
Ini sajalah yang mampu mama masak semalam, ayam goreng untuk anak-anak, udang petai, ketam lemak cili padi dan sayur campur. Alhamdulillah semua licin, seronoklah mama bila hasil masakan mama dimakan dengan begitu selera hingga licin, ini satu penghargaan buat tukang masak walaupun kata en.azmi kuah ketam mama cair, biarkan saja yang penting habisss.
Sardin home made dan mangga dibawa oleh mommy, tapi sardin tu dimasak mama juga, ceh pengelat punya mommy dia punya resepi mama yang kena masak, kerabu mangga tu pun idea dia sudahnya menggoreng kacang dan bilis mama juga heheh..ini menu-menu terakhir sebelum azan berkumandang,gigih kami sampaikan en.azmi terpaksa ke kedai membeli bilis, kacang dan limau.
Ramai-ramai mengadap juadah, itu baru sebahagian saja. Gambar bawah mommy yang gigih meracik mangga, sampai paksu pun kena kerahan tenaga mengopek bilis dan memotong cili, nak hampir berbuka pakcik pula dikerah membuat hidangan. Makngah, makdak dan pakdak sedikit lambat tiba sebab jalan.jem, mujur juga lambat sebab nasi yang mama masak tidak cukup, terpaksa masak untuk kali kedua, seelok mereka tiba nasi pun masak, tak perlu menunggu lama untuk makan.
Selesai makan dan buat apa yang patut, anak-anak riuh bermain bunga api, emak-emak didalam rumah kecoh mencuba baju raya, memang gamat dibuatnya bila semua nak bersuara, macam-macam pula cerita yang keluar,seronok sesekali berkumpul begitu, inshaAllah raya nanti berkumpul lagi kesemuanya dan inshaAllah kami akan beraya juga ke negeri kelahiran arwah mak dan ayah nanti.
Pukul 10.30 semua pun balik ke rumah masing-masing. Mama pun selesai mengemas apa yang patut, anak-anak pun sudah mula letih kerana asyik bermain dengan sepupu, tanpa sedar semua tertidur sendiri.
Oklah itu saja cerita berbuka semalam, terima kasih sudi singgah dan baca.

Friday, 24 June 2016
Mencari Lailatul Qadar
Assalamualaikum...
Malam lailatul qadar ini ada kerana permintaan Nabi saw untuk kita ummatnya, kerana apa? kerana ada seorang lelaki bani israel beribadat selama 83tahun bersamaan 1000 bulan, Nabi berfikir bagaimana kita ummatnya hendak beribadah selama itu sedangkan usia ummat Nabi saw dalam linkungan 60-70 tahun sahaja. Sebab itulah adanya malam lailatul qadar ini kerana ganjaran beribadat pada malam ini bersamaam 1000bulan ataupun 83 tahun beribadat.
Cerita pasal umur, terdapat 5 fasa umur bagi ummat Nabi saw.
Fasa 1 - umur kanak-kanak hingga akil baligh. dalam umur ini memang tiada dosalah anak-anak ni kan.
Fasa 2 - umur muda dari usia akil baligh hingga 39 tahun (okeh mama kategori muda lagi la nih) beruntunglah bagi mereka yang menghabiskan usia ini dengan beribadah kepada Allah,Allah kasih pada orang yang beribadah tapi Allah lebih kasih pada orang muda yang beribadah.
Fasa 3 - Umur dewasa brmula usia 40-50 tahun ( haa belum tua lagi tau usia ni, dewasa je tau), perlu ada kestabilan dalam hidup dan prinsip hidup yang baik, buat perubahan kearah yang lebih baik pada usia ini adalah lebih baik, kalau tidak berubah pada yang lebih baik perubahan pada fasa yang berikutnya lebih sukar. Jika umur 40 masih melakukan kejahatan itulah calon ahli neraka..
Fasa 4 - umur tua 51 - 69 tahun, fasa ini kita sudah mendekatkan diri dengan Allah dan tinggalkan hal-hal duniawi, jangan tinggalkan solat, baca al-quran, tiada lagi kesibukan duniawi, Allah menolak alasan bagi mereka yang berada di usia ini. Alasan mengapa tidak bersolat,mengapa tidak mengaji? Allah sudah tidak terima.
Fasa 5 - Umur tua lanjut 70 tahun dan ke atas. Tua lanjut tak apa tapi jangan sampai nyanyuk, Berdoalah kepada Allah " Aku berlindung denganMu ya Allah dari usia tua lanjut yang akan menyusahkan orang lain. Aku berlindung denganMu dari tua yang menyanyukkan.
Bila Allah nak berikan kebaikan kepada kita Allah berikan 4 tanda :
1. Allah tawarkan hati kita pada kehidupan dunia, macam kalau bulan ramadhan ni, minat nak berterawih di shopping kompleks dah takde, kalau diajak berbuka kat luar, perkara pertama kita fikir tentang solat, mudahkah untuk kita tunaikan solat.
2. Cenderungkan minat kepada akhirat, tengok rancangan tv pun selalu tersangkut kat saluran 114,106, banyak tengok rancangan tanyalah ustaz, tanyalah ustazah, pendek kata berminat pada rancangan keagamaanlah.
3. Terbuka hati untuk semak keaiban dan keburukan diri, tidak lagi sibuk menyemak keburukan dan keaiban orang lain..
4. Allah akan fahamkan kita dengan agama, mula timbul minat untuk lebih memahami agama.
Malam lailatul qadar ini perlu diusahakan pada 10 malam terakhir ramadhan, ada yang mengatakan pada malam ganjil dan yang mengatakan pada malam ke 27, tetapi seeloknya pertingkatkan ibadah kita pada 10 malam terakhir ramadhan itu adalah lebih baik.
Kalau kita rasakan malam itu adalah malam lailatul qadar tingkatkan amalan jangan tunggu nak tengok pokok sujud, air jadi ais sebab itu tak mungkin kita jumpa, seeloknya beribdahlah. Antara tanda malam lailatul qadar adalah suasananya lebih tenang, bukan tenang pada fizikal tapi pada dalaman kita, hati rasa tenang dan lapang, rasa seronok untuk melakukan ibadah.
Pada malam tersebut Malaikat akan masuk ke semua rumah kecuali 4 rumah :
1. Rumah orang yang mengekalkan minum arak dan simpan arak.
2. Rumah orang yang bertengkar atau bermusuh dengan orang lain lebih daripada 3 hari.
3. Rumah yang anaknya menderhaka kepada kedua ibu bapanya.
4. Rumah yang didalamnya ada anjing.
Malam lailatul qadar perlu dicari bukan dinanti, bila kita rasa malam itu adalah malam lailatu qadar tingkatkan ibadah kita sepanjang malam itu. dan lagi jangan beribadah sorang-sorang ajak seisi keluarga untuk beribadah sekali.
Itulah sedikit perkongsian dari ceramah di pejabat mama tadi Mencari Lailatu Qadar, maaf jika ada kesilapan dalam penulisan mama, mama ambil dari apa yang diperkatan oleh ustaz yang berceramah.
Moga kita dapat bertemu dengan lailatul qadar..inshaAllah

Thursday, 23 June 2016
Persiapan
Assalamualaikum...
Semalam cuti, ambil kesempatan menyiapkan persiapan baju 3 hero dirumah ni, 3 hero tu termasuk en.azmi lah. Seawal 9pagi dah keluar rumah,pergi dulu ambil baju-bajan mama dan adik-beradik gigirl yang lain, kami order satu tempat,memandangkan ps tu dekat dengan opis mama jadi mamalah yang kena uruskzn, dari order transfer duit dan ambil, tinggal baju adelya ye yang belum siap.
Selepas itu terus ke pkns tengok baju yang dijual, warna yang sebijik sama dengan mama dan adelya tak banyak, yang ada pun en.azmi tak berkenan sebab en.azmi ni suka baju melatu johor je, jenuhlah pusing-pusing dari pkns ke sacc mall lepas tu ke anggerik mall gigih berjalan sambil gilir-gilir dukung adelya dan adrien...geramm je mama sikit-sikit yen dah penat, pastu buat lemah longlai minta didukung.
Dah pusing-pusing masih takde yang berkenan kemudian ke pkns sekali.lagi, tetiba nampaklah baju yang warnanya sama dengan baju mama tapi tonanya berbeza..aah beli sajalah,belilah baju untuk abg adam dan adrien, dua-dua berkenan dengan baju tu,abg adam siap pilih sendiri, mama suruh beli yang berzip dia nak yang berbutang, itu nanti mama juga lah yang nak kena butangkan tu.
Kemudian terus lagi pusing-pusing kot jumpa baju en.azmi, mulanya en.azmi taknak beli baju nak pakai je baju apa yang ada,mama kata beli je la sebab rasa macam tak best pula kalau en.azmi tak berbaju baru,sudahnya en.azmi pun ikutlah cakap isterinya ni, beli juga sehelai kurta. Alhamdulillah lega bila semua dah settle,cuma baju puteri solehah je belum dapat,harap dapat secepat mungkin.
Anak-anak juga yang best,penat berjalan berhenti isi minyak...sedap hoiii, ramai berhenti disitu bagi anak-anak makan, lepas makan baru semua cargas..hihihi, sebelum zohor dah sampai rumah.
Tetiba kat rumah kena jadi model pulak mama,abg adam terpaksa jadi fotografer, adik-beradik gigirls tak sabar nak tengok baju yang diorder,pakailah mama satu-satu baju yang ada mujur saiz lebih kurang je,abg adam tolong snap pic,pastu mama whatsapp kat group ibrahim's dotter, apalagi semua tak sabar nak ambil baju sabtu nanti, yang penting mama dah pakai dulu hehehe.
Ok terima kasih sudi singgah dan baca.

Tuesday, 21 June 2016
semestinya sedih
Assalamualaikum...
Kita tetamu, tapi sebelum kita pergi orang dah gembira nak menyambut tetamu yang lain, semestinya kita sedihkan..

Dah masuk 16 ramadhan dah kita,cepat waktu berlalu sedikit masa lagi, tetamu kita ramadhan bakal meninggalkan kita,sedih pula terasa..bagaimana semangat ibadah kita? Ibadah kita biarlah Allah saja yang tahu dan menilainya.
Nak menjelang syawal kesedihan pasti terasa bila mengingatkan syawal dahulu bersama arwah mak dan ayah. Nyatanya bukan kami adik beradik saja yang ingat akan mereka
Anak-anak jiran yang rapat juga teringat akan arwah,apatah lagi bila menjelang syawal.. Adalah juadah yang disediakan arwah akan diingati, baru-baru ni anak jiran post ni dekat fb, teringat buah rotan arwah mak dipagi raya, kawan mama pula teringatkan kuih makmur, ada yang rindukan rendang dan lemang arwah,jika mereka ingat apatah lagi kami anak-anak mereka...semestinya sedih
Rindunya lemang dan rendang arwah mak dan.ayah, rindu nak pukul telur berjam-jam untuk buat bahulu,dah lah kena pukul berjam-jam bagi kena cahaya matahari pulak tu, bakar pun menggunakan arang dan sabut kelapa diatasnya. Menggentel kuih siput bersama kawan-kawan.sejiran, mengejar ayam beramai-ramai untuk buat rendang, siap buat umpan untuk tangkap ayam tu..seronok terasa.
Zaman kanak-kanak,bila puasa terasa lambat waktu berlalu, syawal yang paling ditunggu-tunggu. Sekarang ni cepat saja terasa ramadhan hampir berlalu,bagaimana amal ibadahku?
Entah kenapa hari ini terasa sedikit syahdu...
Wassalam
Monday, 20 June 2016
Iftar dirumah ibu
Assalamualaikum...
Ramadhan hujung minggu mama dan family. Cerita biasa-biasa saja, sabtu ajak en.azmi beli barang kononnya nak masak sesuatu,pergilah kami ke checkers shah alam, sambil tu nak beli juga bahan untuk aiskrim anak soleh mama tu,alhamdulillah walaupun ramadhan masih ada permintaan hingga sold out dan mama gigih buat aiskrim dimalam hari.
Selesai beli barang terus balik rumah,tak larat mama nak merayap lagi dengan anak-anak,tapi alhamdulillah 2,3 hari ni cuaca redup saja tak panas membahang macam sebelum ni. Sampai rumah hajat nak masak sesuatu tu terbantut sebab 1 bahan terlupa beli, malas dah nak suruh en.azmi ke kedai. So kita tidurlah dulu..hahaha sebab takde apa nak buatkan, kata ustaz haslin tidur dibulan puasa itu bagus jika tiada apa nak buat tapi jangan sampai waktu solat pun terbabas,itu waktu cuti kalau waktu kerja jangan nak pi tidoq pulak.
Ahad nak pergi buka puasa rumah ibu, alang-alang mama nak ambil baju kawan-kawan yang siap dijahitkan,berbukalah sekali, ibu ni pandai menjahit menurun bakat dari arwah mak lah ni,mama pun bolehlah sikit-sikit,tapi ibu ni jahit baju kurung dan jubah je,kalau adik dia ni minta jahit dress dia jahit juga,ibu ni tailor yang cerewet..baju fesyen kain belah semua dia taknak buat,katanya takmo dapat saham sama,ok fahamlah mama,mama pun tak kisah.
Juadah iftar dirumah ibu,mama tolong buat soda herbs je dengan Apple crumble, yang mama buat dirumah...seronok dapat berbuka bersama walaupun adik-beradik yang lain tiada, anak-anak lagi gumbira dapat ke rumah ibu sampai tak mahu balik.
Inilah benda yang mama nak buat sabtu tapi tak cukup 1 bahan tu hihihi, ahad tu jadi juga buat,alang-alang pergi rumah ibu bawaklah sekali. Apple crumble yang begitu cantik rupanya, tapi up juga gambar,harap takde yang teeliur ye,kalau terliur marilah rumah mama buatkan hehehe..bajet terror sangat nih. En.azmi lagi ler..siap tanya sedap ke tu? Eheh..ce try dulu..tengok-tengok haa banyak juga dimakannya..sedapp ler tu heheh
Oklah mama nak bersahur pula. Terima kasih sudi singgah dan baca.

Friday, 17 June 2016
betul ke tak nih?
Assalamualaikum...
tak de idea nak menulis, tapi nak menulis juga. ini mama tak tahulah ada yang setuju ke tidak...hehehe, abang ipar mamalah ni yang bagi kat group whatsapp, macam biasalah abang ipar mama yang sorang ni suka sangat bagi gambar-gambar menyakat macam nih, kadang panjang berjela lah kami berbahas...hehehe berbahas bukan bergaduh ye.
haaa...ada yang marah ke dengan kenyataan tu???eheheh..mama takde marah pun sebab takde kaitan lagipun selagi kenyataan tu tak letak nama mama, jadi mama tak ambil pusing, jangan nak berfikir terlampau jauh..betul tak.
mama jawab...sebenarnya isteri tu nak bagi pahala lebih dekat suami dia, bukan sebab dia pemalas, kerana apa? suami dia tu dah ikut sunnah Nabi. Nabi kan suami yang sentiasa membantu isterinya dalam membuat kerja-kerja rumah, jadi jika suami membantu isteri dirumah maknanya suami itu dah mengikut apa yang nabi buat, betul tak?
Teruslah adik mama, si mommy tu setuju..kehkehkeh, maklumlah dia memang pemalas, malas mengemas rumah, sanggup diimportnya maktam untuk kemas rumah, tapi dibayarlah upah, kadang-kadang dia panggil orang datang kemaskan rumah dihujung minggu.Mommy malas mengemas saja, tapi bab membaking laju je, siap ambil tempahan lagi untuk raya dan macam-macam lagilah...
haa setiap orang tu kan berbeza sebab tu Allah dah tetapkan jodoh yang sesuai untuk kita, bila suami pandai masak, isterinya biasa-biasa je bab memasak,tapi bab mengemas haa serahkan pada isteri, berkilat lantai,dapur semua, perabot pun kalau boleh bertukar tempat setiap minggu..bukan beli baru ye, tukar tempat je hihihi...dapat isteri pandai memasak suami pulak rajin basuh pinggan...tapi kalau betul dapat isteri pemalas tu..dah nasib badan hehehe
Terima kasih sudi singgah dan baca.

Wednesday, 15 June 2016
Senang kerja mama
Assalamualaikum...
10 ramadhan dah kita hari ni, pantas waktu berlalu nampaknya. macammana puasa kawan-kawan? tentulah ok kan..heheh takde puasa yang-yang yok lagi dah macam mama kecik-kecik dulu. InshaAllah moga ramadhan ini membawa bersamanya keberkatan buat kita. Cerita ramadhan family kecil mama.
Alhamdulillah..abang adam setakat ini tak pernah tak bangun sahur tapi puasanya tak pernah sampai ke hujung, balik dari sekolah je terus menuju ke dapur mencari air, abang dahaga katanya..hehehe tak pe lah abang, minumlah..risau juga mama nak paksa abang menahan lapar dahaga tu, abang dalam proses belajarkan.
Waktu berbuka..setakat hari ini,mama memasak yang simple-simple je, cuma ramadhan pertama je mama masak daging salai masak lemak, ramadhan kedua mama masak siakap sweet sour, tapi yang makan cuma mama, abang adam tumpang sikit-sikit, en.azmi langsung tak makan.
Al-kisahnya en.azmi tu, kalau bulan puasa memang dia tak makan nasi, nak kata mama tak masak, mama masak je..hehehe, tapi memang cenggitulah tiap-tiap tahun, memang nasi en.azmi tak makan, mama sorang je yang hadap, en.azmi cuma makan kuih je, ate kalau kuih memang mama tak buatlah ye, nak pulak kalau hari kerja, tak sempatlah mama nak menguihnye.
Jadinya setiap petang memang en.azmi akan ke bazar membeli air dan kuih. Bazar yang selalu dituju dekat bukit naga, biasanya setiap petang beli air buah, memang setiap tahun disitulah tempat membeli air,sebab airnya sedap bagi mama dan dah semestinya akan habis diminum oleh anak-anak. Kuih pula ikut selera en.azmi lah nak makan apa, mama kadang-kadang je teringin sebab mama yang sedap tetap nasik. Kuih yang biasa dicari en.azmi adalah kuih-kuih lama lah,selalu dibeli kuih lopes. Anak-anak pula tak kisah nasi dengan ayam goreng pun jalan.
Haa ini mrmudahkan kerja mama lah,tak perlu penat fikir apa juadah untuk berbuka, mama masak seadanya saja, ikut selera tekak sendiri ni senang sikit hihihi, dapat nasi putih, telur goreng dengan cili kicap pun selera sangat dah makan bertambah-tambah.
Tak pun bilis digoreng dengan cili bawang campur kentang, pun bertambah-tambah mama makan,pastu sayur kena adalah sikit itupun untuk mama je,orang lain memang tak layan, apa ada hal taknak makan takpe mama bolot sorang-sorang lagi puashati tak payah share hahahah...jangan ada yang teringin pula tengok ikan bilis mama tu hihihi, tapi takpe srnang nak dibuat tu kan.
Pagi tadi sahur..mama makan nasi panas dengan pekasam, abg adam makan nestum dan roti, en.azmi dengan oatnye..hmm mama tak layan semua tu pagi-pagi, kena makan nasik juga.
Oklah kena stop dulu,kalau ada typo tu buat-buat fahamlah ye keypad kecik,nak tekan huruf lain tertekan huruf lain, malas dah mama nak betulkan. Terima kasih sudi singgah dan baca sampai jumpa lagi dilain entri.

Tuesday, 14 June 2016
Rasa nak demam
Assalamualaikum...
Semalam mama rasa tak sihat sejuk panas je badan macam nak demam, ada bengkak dibahagian kanan nih. Mama dok fikir kenapa ni? Sakit apa? Lama-lama baru mama perasan.
Adoiii umur adelya dah cecah 2thn 10bln,mama masih bengkak susu ke? Iya...masih ok, al-kisahnya..adelya masih menyusu badan, cuma pada waktu malam saja, itupun masa tengah tidur adelya menangis nak susu mama bagi je la. Minggu ni pula adelya dah makin kurang menyusu malam-malam,oklah mungkin adelya dah nak berhenti menyusu badan.
Aihh tetiba semalam mama rasa sakit macam bengkak susu tu, takkanlah pulakkan... rupanya betul pula,mama picit susu keluar, rezeki adelya kan dapat menyusu badan lama. Mama pun takde hadkan setakat mana nak menyusu, selagi adelya mahu dan susu pun ada ok je... Rezeki. Inilah sejarah penyusuan terpanjang berbanding abang-abang.
Kata ustaz yang berceramah, rezeki kita dah ditentukan Allah, makanan yang kita makan tu dah ditentukan.sebanyak mana yang kita makan sehingga ajal kita, kalau kita makan banyak-banyak pada permulaannya,hujung nanti sikitlah makanan yang kita makan. wallahu'alam. Banyak nak share dari ceramah yang mama dengar tapi badan rasa tak sedap, seram sejuk je...moga semua ni akan berakhir inshAllah...
Sedih juga nak bercerai susu nih, tapi itulah hakikat yang perlu mama terima, adelya pun dah besarkan, perjalanan penyusuan yang cukup panjang, macam-macam kerenah, moga segalanya mudah bagi mama dan adelya...
Sampai bila-bila pun jemarimu itu tetap kecil dalam genggaman mama ni sayang...adelya azra anak yang pantang tengok muka mama masam sedikit, teruslah dipegangnya pipi mama ni dan berkata "mama...senyummm...senyummm" bila mama senyum lantas dia mencium kedua-dua belah pipi mama, sejuk terasa hati, kadang adelya menambah kata " mama...cantikkk" okeh jangan muntah dengan ayat itu, bukan mama yang cakap tapi adelya yang cakap tau...hehehe.
Setiap anak itu punya kelebihan mereka yang tersendirikan, abang adam dan abang adrien juga pandai mengambil hati mama..tapikan bila mama suruh adelya buat yang sama pada papa adelya tak mahu, katanya nanti papa marah hehehe, papa tu bukan marah tapi dia suka mengusik, mengusik pula berlebih-lebih sampai anak-anak menangis.
Ok mama stop dululah...lenguh-lenguh badan dah rasanya ni,mungkin perlu di pump susu ni agaknya.

Sunday, 12 June 2016
Cerita di kampung
Assalamualaikum...
Cepat waktu berlalu,hari ni dah ahad 7 ramadhan dah kita. Mama pun kejap lagi dah nak balik klang, jalan sesak ke tak agaknya hari ni. Memandangkan esok sekolah,kami akan gerak awal kejap lagi,tak sempatlah tunggu berbuka. Alhamdulillah dapat juga balik berbuka dan bersahur dikampung.
Hari jumaat memang berbuka dengan nasi ayamlah seperti yang mama minta,syukur alhamdulillah dapat juga makan nasi ayam mak mertua yang memang kena dengan tekak mama ni,bertambah mama makan. Gambar takde la pulak sebab tak sempat nak snap hihihi. Lega rasanya tekak ni,akhirnya dapat nasi ayam yang diidamkan.
Sabtu..mama,en.azmi dan anak-anak keluar ke temerloh,nak mencari dan membeli kasut anak-anak, hari tu cari tapi anak-anak tak berkenan yang berkenan pula takde saiz. Mulanya kami ke temerloh, masuk kedai yang kedua,alhamdulillah jumpa kasut abg adam dan adrien, kasut adelya tiada saiz. Yang adelya dari dalam kereta nak kasut princess sofea,jenuh cari memang takde. Nampak kasut frozen terus jerit "yaya nak kasut frozen" tapi tiada saiz.
Kemudian kami tuju ke star mall sebab mama tak larat dah jalan kat luar macam tu, panas berdenting,kalau star mall tu ada la aircon..haa mama korang berlagak nak beraircon, bukan berlagak tapi panas sangat dah la kena dukung tuan puteri adelya yang malas berjalan, deme sedaplah beli air kotak..srooot...sroooot...sedut depan mama, aiii menyirap juga mama hahaha.
Pusing-pusing dalam starmall jumpalah apa yang dicari,en.adelya nak kasut pink en.azmi pilih warna biru,mujurlah adelya mengikut saja. Mama pun beli kasut juga sebab kasut yang mama pakai sikit lagi nak terkeluar ibu jari,apa taknya itulah buat pergi kerja,itulah buat pergi jalan. Hajat nak beli sepasang je,sekali katanya beli kasut ke-2 dengan harga RM1..ehh biar betul? Yerr memang betul, pilihlah en.azmi sepasang lagi kasut untuk isterinya, dapatlah 2 pasang kasut pada harga RM62..oklah tu kan. Lepas membeli baliklah kami.
Abg adam pening memujuk adelya yang tetiba ternampak baju super wings, terus mengamuk disitu nak baju...haiii anak dara ni macam-macam, sudahnya en.azmi belikan juga tapi bukan untuk adelya je abg adam dan abg adrien juga dapat.gambar kiri bawah, bukan main bersantai tengok tv,habis bersepah rumah wan dibuatnya. Itu seronok main tanah tetengah panas, haiii sesekali dapat macam tu seronoklah anak-anak.
Petang pergi bazar dekat kampung, tak tahu nak beli apa beli ayam percik dan air herba untuk pak jang, kemudian kami ke kampung mama untuk jumpa pakjang (adik mama). Rupanya dia dibengkel baiki kereta,kami pun balik semula ke kampung en.azmi, pakjang menunggu kami disana,sebab dia berada dibengkel berhampiran,terus mama ajak buka puasa bersama,pakjang ni kenallah juga adik lelaki en.azmi walapun bukan sebaya.
Gambar atas itulah air herba...haa buat sendiri pun boleh tu...laici,serai, lemon, daun pudina, asam boi, biji selasih dan aiskrim soda..kalau serai itu diketuk lagi sedap terasa dan lemon itu diperah sedikit. Gambar bawah juada berbuka hari sabtu, yang mama pulun makan kulat sisir masak lemak cili padi je,sampai sengkak perut makan, kebetulan en.azmi pergi pasar malam ada jumpa kulat sisir terus dibelinya...haa memang kegemaran mamalah kan kalau sayur-sayur kampung cenggitu. Sebelah gambar mama dan pakjang.. Duduk seorang tak tahulah pakjang bersahur dan berbuka dengan apa, sedih juga bila memikirkan dah la pergerakan masih terbatas, patah kakinya belum sembuh sepenuhnya, masih bertongkat. Lepas berbuka pakjang pun balik.
Alhamdulillah sebelum berbuka hujan turun lebat, walaupun siangnya panas berdenting, syukur alhamdulillah. Oklah mama nak kemas-kemas beg dah..tu dia mama sempat lagi nak menulis kat blog kikiki...sempat je walaupun dok berdukung adelya ni haa...meragam je dari malam tadi.

Friday, 10 June 2016
Jom balik kampung
Assalamualaikum....
Alhamdulillah dah selamat sampai dikampung. Mama ambil cuti hari ni saja nak balik kampung berpuasa bersama family, lagipun dah lama juga kami tak balik kampung ni. Dapat juga rezeki nak jenguk family dikampung hari ni.
Anak-anak pun gembira bila dapat balik kampung, maklumlah dah lama ajak balik kampung sekarang baru dapat balik. Sampai tecer taska pun tahulah sebab terdengar abg adam bercerita dengan kawan-kawan dia nak balik kampung. Lagipun cuti sekolah ni tak bawa anak-anak ke mana pun, dapat balik kampung kira ok lah walaupun sekejapkan.
Next week dah buka sekolah,ahad pagi balik klang la tak dapat nak tunggu berbuka kot bukan apa takut jalan sesak pula sebab dah hari akhir cuti sekolahkan. Mama nak balik 1 ramadhan hari tu mama tak dapat cuti pula. Kira oklah ni dapat juga balik kampung. Rezeki juga ni dapat balik kampung berbuka,bersahur dengan mak dan abahkan.
Yang seronok balik kampung sebab nak makan masakan dikampunglah ni hihihi sebab sekarang mama malas sangat nak memasaknye, teruk sungguhlah malasnya mama ni tau. Kalau boleh hari-hari nak masak nasi, goreng telur dengan cili kicap je.
Haa kita tunggulah juadah apa berbuka petang nanti hahaha...
Oklah terima kasih sudi singgah dan baca.

Thursday, 9 June 2016
Bila abang cuba puasa
Assalamualaikum...
Abg adam nak cuba puasa. Hari pertama mama kejut sahur abang bangun, alhamdulillah abang adam ni kalau kejut bangun pergi sekolah pun mudah saja. Ini mama kejut bangun sahur pun mudah abang bangun,tapi makan memang bersuap la dengan mama,makan pun selera je.
1 pertama ramadhan pukul 12 abg dah buka puasa sebabnya tak tahan tengok adik-adik makan, pertama puasa taska tutup en.azmi lah yang menjaga anak-anak dirumah. Disebabkan tak tahan tengok adik-adik makan abg pun makan, tak apalah untuk belajar dipermulaan.
Kedua ramadhan ditaska abg dahaga tapi abg malu nak minta air dari tecer, walaupun mama dah pesan kalau tak larat buka saja, yang penting solat abg tak tinggal. Kata tecer abg ckp dahaga bila tecer nak bagi air abg taknak, tapi yang paling mama bangga abg jadi imam solat kat taska. Inipun ada ceritanya juga dulu abg pernah mengadu kat mama abg teringin nak jadi imam tapi tecer bagi kawan lain jadi imam sebabnya abg ni pemalu,bila tecer tanya abg tak jawab,sudahnya mama whatsapp tecer bagitau yang abg nak jadi imam..hihihi.
Hari kedua pukul 6 abg buka puasa mama kesian tengok abg,jadi mama bagi abg minum saja, panas sangat mama pun tak tahan.
Ketiga ramadhan, abg pesan kejut abg bangun sahur,pukul 5 mama kejut abg makan sahur, lepas makan abg tak tidur dah abg tunggu azan,abg mandi dan solat, abg tahu...mama bangga sangat dengan abg,bila tengok abg macam tu,ang mandi sendiri bersiap pakai baju dan solat subuh,abg dah boleh uruskan diri sendiri,mama rasa cepatnya abg membesar.
Hari ketiga pun abg berbuka pukul 6 sebab abg dahaga,makan memang abg tak makan pun, abg tunggu berbuka baru abg makan, tak apalah kan abg masih belajar.
Tengoklah tu macammana abg nak tahan tengok adrien makan aiskrim, mama tengok pun menyirap,dah bagitau jangan makan depan abg,tapi tak dilayannya. Adelya lagi siap menjawab "yaya bukan makan kat depan,yaya makan belakang" memang la belakang tapi belakang abg,cuba makan dekat dapur..adehhh macam-macamlah anak-anak ni.
Apa yang mama tengok abg adam ni kalau mama takde depan abg,mama rasa abg boleh puasa sampai habis sebab dekat taska abg rilek je puasa dan bermain tak penat pun tapi bila mama ada,abg dah mula manja buat muka kesian,hai lah abg ni..manjakan. Tak apalah yang penting abg jaga solat dulu, panjang lagi masa..inshaAllah, hari ni tengok macammana pula,yang penting abg ada semangat untuk berpuasa.
Terima kasih sudi singgah dan baca.
Wassalam.

Wednesday, 8 June 2016
Tadika Cahaya Ammar
Assalamualaikum...
Mama nak share kat sini, ini tadika adik mama dan kawan-kawannya, jika ada kawan-kawan yang duduk di kajang bolehlah jenguk-jenguk ye, kot nak mendaftarkan anak-anak kat tadika Cahaya Ammar nih.
Tadika ni baru saja dibuka bulan ini, alhamdulillah sudah ada pelajar, tapi masih ambil pelajar lagi ye, kalau kawan-kawan ada kenalan di area kajang bolehlah war-warkan...hehehe, kalau dekat mahu juga mama masukkan anak-anak kesini, tapi itulah jauh pulak dengan rumah mama.
Ini mama share sedikit gambar dan info yang ada ye..
jika nak mendaftar bolehlah hubungi nombor yang tertera diatas,anda pasti dilayan dengan baik.
mari tengok keadaan dalam tadika pula
ok kita tengok yuran dan perkhidmatan yang disediakan di tadika cah ya ammar ni pulak ye
Ini antara aktiviti anak-anak di tadika, satu aktiviti je lah sebab baru dibuka hehehe
semangat anak-anak buat muffin tu.
InshaAllah..cikgu-cikgu di tadika ini adalah yang berpengalaman, teacher aini tu jiran mama dikampung, rumahnya depan rumah mama je, memang baik sangatlah budaknya lemah lembut pulak tu...bukan sengaja puji tapi memang baik budaknya dari kecik-kecik dulu lagi, tak lama dah tu nak bersalin anak pertama.
Sekian entri mama untuk hari ini, tak tahulah kot mama muncul lagi nanti,maklumlah kebusy'an sikit minggu ini dan mungkin akan busy sehingga hujung tahun,ada lagi rumah kawan-kawan yang tak sempat mama singgah, sempat baca tapi tak drop komen pun ada. InshaAllah nanti mama terjah ye.

Tuesday, 7 June 2016
Abang ipar buat hal
Assalamualaikum....
Ramadhan ke 2. Mama nak ceritakan kisah ramadhan pertama sebelum berbuka semalam. Siap-siap hidang juadah berbuka sambil tunggu azan maghrib, berwhatsapp dengan adik-beradik ucap selamat berbuka dan macam-macam lagilah ceritanya.
Tetiba abg ipar buat hal send gambar yang mengundang betul..bukan mengundang marah tapi mengundang airmata, dah semua dok pakat imbas memori hampir 9 tahun yang lalu, krjadiannya hari pertama puasa dan pada waktu berbuka puasa 9 tahun yang lalu.
Itulah gambar yang dihantar abg ipar, gambar kami adik-beradik di hari-hari terakhir bersama seorang ayah. Masa ni emak baru saja pergi,jadi setiap minggu kami balik menemani ayah,tak mahu ayah rasa sunyi dan rasa kehilangan, bawa ayah makan pizza kegemaran ayah, ayah suka spaghetti,tapi yang sebenarnya ayah suka je makan apa-apa yang anak belanja.
Hari pertama puasa 9tahun lalu..jumaat, kami tak balik kampunglah sebab nak balik esoknya sabtu,teman ayah berbuka pula. Kata adik-adik..ayah sibuk hari pertama puasa tu, bawa kawannya berjalan pada paginya dan petang ayah sediakan juadah berbuka pula, yang mama ingat ayah masak nasi,sup daging dan pengat pisang.
Mama di shah alam 9 tahun lalu, bersedia untuk berbuka,saat nak menyuap makanan pertama telefon berdering,adik call bagitahu ayah dah pergi dijemput Ilahi, luluh hati ini hanya Tuhan yang tahu. Pemergian ayah genap sebulan 1 hari selepas emak pergi.tak sempat ayah nak berbuka,adik hulur kurma tapi ayah tak sempat makan.
Itulah kenangan yang memang tak pernah kami lupakan setiap kali menjelangnya 1 ramadhan. Tenanglah disana emak & ayah,pasti Allah tempatkan kalian di syurga. Al fatihah setiap hari untuk arwah emak dan ayah.
Maaflah jika kawan-kawan yang follow blog mama, memang inilah cerita yang pasti ada diblog mama ni setiap kali munculnya ramadhan. Adik mama yang dekat kampung tu lagi terasa,dah la duduk sorang-sorang,pasti sedih melihat sofa dimana arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tabahlah pak jang...

Monday, 6 June 2016
dah pertama ramadhan kita
Assalamualaikum...
Dah pun pertama ramadhan kita hari ini, cepat-cepat mama kena buat entri baru nih, entri semalam ado durian, takut ado yang terliur pulak susah mama kang hahaha..
Dah bertahun ramadhan mama tak sempat nak ke surau berterawih, dok rumah sajalah menjaga anak-anak, bagus bagi ibu-bapa yang dapat bawa anak-anak ke masjid solat terawih,mama nih tak mampu la nak membawa anak-anak lagi, bukan apa takut huru-hara je, ye patut bawa sajakan ajar anak-anak dari kecil, kadang en.azmi bawa juga abang adam tu ke surau, tapi untuk terawih ni memang mama tak pergilah,risau menganggu solat orang lain pula.
Tapi emak-emak yang ada anak kecil tu jangan risau, boleh solat terawih sendirian dirumah,kakak mama yang takde anak kecik tu pun solat terawih dirumah, katanya lebih selesa, haa terpulanglah pada diri sendirikan, pokok pangkalnya kita sendiri, nak buat atau tidak,islam itu mudah tapi janganlah kita mudahkan semua benda pulak ye.
Disini mama saja share cara solat terawih sendirian, kawan-kawan mungkin dah tahu tapi ini untuk rujukan mamalah.

Solat Tarawih bererti solat dengan
rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau
tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah
seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah
mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat
bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan
keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih
dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْÙ€Ù€Ø ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat
satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1
salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti
salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih,
tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau
berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat
tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْØَانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak
dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah
tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah
yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun
ni kita usaha buat.
Terima kasih sudi singgah dan baca.
Wassalam
Sunday, 5 June 2016
Makan-makan sebelum puasa
Assalamualaikum...
Edisi jalan-jalan cari makan sebelum puasa...hihihi,mahap sapa yang baca entri ni pada hari puasa ye.
Sekarang ni mood memasak mama memang je laut lah, malas bebenor nak masak,entah apa kena pun tak tahu. Jumaat balik kerja en.azmi ajak ke pasar malam tapi hari mendung macam nak hujan malas pula mama,sudahnya mama ajak en.azmi makan chicken chop dekat westplate seksyen 23.
Sabtu mama masak untuk lunch tapi masak ala kadar je sebab untuk mama dan anak-anak je, petangnya ajak ke pasar malam kebun bharu, takde apapun yang dibeli mama cuma beli buah dokong sekilo dengan sotong king, itu je yang mama rasa nak makan.
Ahad bawa anak-anak pergi beli baju untuk raya,dapatlah seorang 2 pasang ok lah tu janji ada yang baru. Kemudian nak makan cendol tapi tak tahu mana nak cari pusing-pusing jalan kebun beli durian lepas tu beli pula coconut shake,takde cendol coconut shake pun bole lah.
Lama dah nak beli durian,dapat juga akhirnya makan sebelum puasa. Ok lah kan bulan puasa macam tak lalu lak nak makan durian malam-malam. Sebelah tu coconut shake. Bawah moroccan fried rice makan di westplate factory, sebelah tu chicken chop, garlic bread dan mushroom soup. Alhamdulillah semuanya sedap.
Sekian entri makan-makan sebelum puasa. Malam ni dah mula solat tarawih, selamat menjalani ibadah puasa,selamat bertarawih, moga bertambah amalan kita dibulan yang mulia ini.

Friday, 3 June 2016
Salam jumaat
Assalamualaikum...
Sedar tak sedar hari ni dah jumaat terakhir di bulan sya'ban. Isnin nanti dah ramadhan, moga diberi kesempatan untuk kita bertemu dengan ramadhan nanti inshaAllah.
Dikesempatan ini, mama memohon maaf andai ada tersalah kata atau terkasar bahasa semasa komen di blog kawan-kawan dan maaf juga andai entri mama ada membuatkan kawan-kawan terasa hati, Selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba, moga dapatlah kita tambahkan amalan dibulan ramadhan nanti, semoga ramadhan kali ini akan lebih baik dan lebih bermakna buat kita semua.
Teringat puasa di zaman kanak-kanak dulu...sehari sebelum puasa,mama dan kawan-kawan kalut beli jajan dekat kedai makan puas-puas sebab katanye esok dah tak boleh makan lagi..aduhai macamlah berpuasa tu satu harikan, tak boleh makan langsung, pada hal malamnya boleh je nak makan. Mama siap bertanding dengan kawan-kawan siapa puasa habis sebulan.siapa puasa penuh dapat duit raya lebih hehehe.
Berpuasa dikampung waktu kecil mestilah seronok dan meriah,malamnya orang sibuk solat tarawikh kami sibuk bermain,malam tujuh likur pulak sibuk memasang pelita keliling rumah,pada hal tak tahu pun apa tujuan pelita dipasang pada malam tersebut,ada pula yang terlebih semangat mencari buluh dan buat pelita, memang suasananya meriah dan sangat seronok,mungkin sebab masih kecilkan sekarang dan tua ni seronok jugalah, tapi takdelah nak beria sangatkan.
Ok lah selamat berpuasa ye semua..

imej dari pakcik gugel |
Ok lah selamat berpuasa ye semua..
Wassalam
Thursday, 2 June 2016
makan dan makan lagi...hehehe
Assalamualaikum...
2 hari ni, semalam dan hari ini, penuh dengan acara makan-makan sajalah, alhamdulillah rezeki yang ada dikongsi bersama.
Semalam rehat tengah hari adik-adik yang dapat anugerah perkhidmatan cemerlang di seksyen mama yang lama menjemput mama join mereka makan-makan, adik-adik yang dapat APC ni belanja makan di antan batura..haaa nama kemain mama tak pernah dengar tapi tempatnya sekakngkang kera je dengan opis mama nih, mama tahulah mana restoren tu tapi tak tahu namanya hehehe
Makan ramai-ramai macam nih memang best, lupakan hal kerja dan berbual santai sahaja, alhamdulillah ingat juga adik-adik ni dekat mama walaupun dah bertukar seksyen, tempat jatuh lagikan dikenang apatah lagi tempat bekerja dan berkawan, 16 tahun di seksyen itukan dah sebati dengan jiwa, tapi terpaksa jugalah berpisah.
Hari ini pula buat makan-makan di seksyen baru mama ni yang mama baru masuk mac hari tu..sambutan besday untuk 2 quarter dari jan - jun, mama pun sambut lagi sekali hehehe dulu dah sambut dengan seksyen lama, rezeki mama lagilah kan dapat potong kek...layankan gambar mama vouge bergaya ala-ala nak potong kek (vouge la sangatkan heheheh)
Banyaknya makanan sampai tak tahu nak makan yang mana, semuanya sedap-sedap, seksyen baru mama ni staffnya ramai wanita jadi memang rajin sangatlahkan, bila cakap kita buat pot luck makan-makan...nahhh makanannya penuh meja semua rajin-rajin tu, ada juga yang mama tak sempat nak merasa makanan yang ada tu,maklumlah perut cepat penuh sekarang ni, lagipun kena control makanlah sekarang ni tak boleh nak bedal sesuka hati je.
Alhamdulillah moga terus dimurahkan rezeki adik-adik yang belanja mama dan kawan-kawan lain makan. Begitu juga dengan semua yang berkongsi rezeki pada hari ini, moga semuanya terus dimurahkan rezeki. Lepas raya boleh buat makan-makan lagi, tu diaa belum puasa dah fikir lepas raya hehehe...biasalah kan kita merancang, tapi Allah jua merancang..
Terima kasih sudi singgah dan baca

Wednesday, 1 June 2016
Kalau ada rezeki
Assalamualaikum...
Rentetan entri mengidam nasi ayam semalam...jeng..jeng...jeng... Hahaha saje buat gempak je,mesti ada yang ingat mama buat pregnancy test tu hihihi,takdelah mama tak buat pun ikutkan hati nak juga buat,kalau ada rezeki Allah nak bagi alhamdulillah mama terima je.
Memang mama ada memasang implan sebenarnya untuk rancang kehamilan, tapi kata dokte kita merancang Allah jua merancang dan perancangan Allah yang lebih baikkan,kalau betul Allah nak bagi rezeki mama terima dengan gembiranya,mana tahu dapat twin pulak hahaha berangan...haa sepupu en.azmi ada yang twin,mana tahu terkena tempias..hahaha mengarut je mama.
Sebenarnya mama memang rasa tak sedap mulut makan pun tak lalu,sejak lepas demam minggu lepas sampai mama mc tu, lepas baik sikit dari demam mama memang tak sedap mulut, sekarang pun masih terasa pahitnya tu, nak makan masih takde selera tapi makan jugalah sebab lapar, telankan saja apa yang ada depan mata, tapi mulut tetaplah nak makan nasi ayam.
Haa cakap pasal nasi ayam, mama dah pun request nak mak mertua masakkan nasi ayam nanti... hehehe dengan muka tak malunya request, tapi mama memang selalu request pun nak makan apa, kalau nak balik kampung tu ada je lah yang mama minta..hehehe kita buat macam mak kita sajalah kan, dulu-dulu balikkampung minta mak masak macam-macam sekarang kita minta mak mertua masakkan pula, sebagaimana mak gembira masak untuk kita,mesti mertua juga gembira bila menantu dia ni suka masakan dia kan..heheh (cakap je lah mama malas nak masak,sebab tu minta mcam-macam supaya tak kena masak kat rumah mertuakan..taktik ler tu..kihkihkih).
mama tak setuju dengan gambar diatas hahaha...sebab mertua mama tak macam tu
yang ini pun tak sebab..mertua mama selalu cakap rehatlah awak dah penat kerja, tapi kadang sendiri yang malu nak bangun lewat, kalau bangun awal pun tak tahu nak buat apa hahaha..sebab sarapan dah sedia bila bangun huhuhu...haru betul menantu nih
Sebenarnya mama memanglah tak pernah memasak dirumah mertua, kalau masak pun jika ada yang mereka minta mama masakkan, mama ni segan kalau didapur orang tapi kalau diddapur sendiri, inshaAllah mamalah chef terhandal..wah gitter handal katanya, pada hal sejak baik demam, vitamin M melekat kuat, asyik bungkus jekk, apa nak jadi pun tak tahulah, mujur en.azmi tu tak banyak kisah layankan saja. Dirumah mertua sebenarnya ramai chef handal, kalau ada abg ipar memang abg iparlah yang memasak, mama bersila je tolong makan..
Kata en.azmi memang masa dulu-dulu, abg ipar tu kerjanya menolong mertua di dapur jadi secara tak langsung abg ipar hebatlah bila bab memasak nih, en.azmi pulak kerjanya menolong abah di ladang jadi en.azmi biasalah dengan kerja-kerja kasar macam tu, jadinya sekarang dia tak kisah jika kerjanya memang lasak dan memerlukan kudrat yang berlebihan. ok lah tu kan, segalanya diatur dengan baik, mertua ni pun memang dah ajar anak-anak lelaki buat kerja rumah seperti lepas makan basuh pinggan sendiri, so sekarang mama agak senanglah bila kerja mencuci dan mengemas en.azmi tolong buatkan hehehe.
Bila suami rajin membantu macam tu dapat anak ramai pun ok rasanya kan sebab beban kerja tak tergalas pada bahu isteri saja, sama-sama tolong buat kerja, tapi kan idok ler mama nak cakap mama nak tambah lagi hahaha...sebab dah masuk 38 umur ni, rasa tak berapa larat dah nak membawa badan hahaha..apapun kita tunggu sajalah kot Allah nak bagi rezeki.
Okeh tak sabar tunggu minggu depan nak makan nasi ayam ibu mertuaku...hehehe
Sekian entri entah hape-hape, terima kasih sudi singgah dan baca

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...