Assalamualaikum...
24 julai 2019... Bermulalah Banci percubaan untuk Banci Penduduk & Perumahan 2020. Tujuan banci percubaan ini dijalankan untuk menguji mode yang akan kami gunakan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2020. Terdapat beberapa mode yang akan digunakan e-census,CAPI,CATI,PAPI,DOPU...gituuu singkatannya je yg mama guna e-census tentulah menggunakan website, CAPI tu sistem yang dibangunkan dan setiap pembanci perlu ada henfon android, PAPI menggunakan borang soal selidik,DOPU drop of pick up,CATI pula soaljawab melalui telefon.
Hari pertama kerja di lapangan, diTK (tempat kediaman) pertama kami disambut oleh 2 ekor angsa,mama tak boleh ni memang antara musuh yang digeruni sebab pernah dikejar angsa ni waktu kecik² dulu memang lari tak cukup tanahlah dibuatnya. Mujurlah pergi ramai² jadi ada yang berani, kita tumpang je la keberanian mereka, kalau tak mau mama lari pecut kalah usain bolt. Group mama perlu menggunakan mode CAPI. kata untuk uji sistem kan prosesnya agak lambat sesi temuramah mengambil masa 1 jam hmmm memang lama tu sebab kami perlu lawat 8TK sehari.
Selesai di TK pertama,langit bertukar mendung. Sedang menemuramah di rumah kedua hujan turun dengan lebatnya. Terus makcik tu ajak masuk rumah. Rumah tersebut merupakan TK baru dalam peta BP kami. Rumah dari pusat zakat kata makcik tu,tak apalah makcik rezeki tu,tapi tak banyaklah maklumat yang kami dapat perlu ulang lagi tu sebab anaknya pergi bekerja. Setelah hujan reda perjalanan diteruskan. Masuk kawasan kampung macam ni hati tercuit sedikit. Moga² dengan bancian yang bakal dilakukan pihak tertentu dapatlah buat sesuatukan.
Lepas ni bila datang lagi kesini perlu sediakan sesuatu untuk diberikan pada anak² yang mama jumpa. Bila kita pernah lalui apa yang kita nampak, kita merasakan perlu untuk lakukan sesuatu, tak dapat bagi banyak bagi sedikit,melihat mereka senyum itu sangat membahagiakan.
Rumah pertama yang kami pergi,kreatif betul pakcik tu kerusi,buaian semua dia buat sendiri, itu ada pangkin kecik berbumbung siap kincir angin lagi semua dia buat sendiri,tengoklah langit mendung waktu ni. Bila angin bertiup kencang kincir angin tu pun ligat berputar. Menarik betul,kreatif sangat.
Semoga banci percubaan ini berjalan lancar dan dapat disiapkan seperti yang telah ditetapkan, banci ini bermula 24 julai dan berakhir 7 ogos. Dah lama mama tak buat kerja dilapangan nih,sesekali seronok juga. Mama cuma turun sesekali je tengok prmbanci buat kerja sebab kerja dipejabat juga perlu diselesaikan. Mari laksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Saturday, 27 July 2019
Sunday, 21 July 2019
NightBus 127
Assalamualaikum...
Hari jumaat biasanya hari mama bercuti,balik kerja petang ada la masa lepak²,sembang² dengan jiran² sekejap,takde nak terkejar² bersilat didapur heheh,jumaat cuti memasaklah. Kalau isnin-khamis tu sampai rumah,angkat² tangan senyum terus masuk rumah tuju ke dapur.
Dah cuti² masak tu kita jalan² cari makanlah, biasa pergi area jalan kebun je,makan chicken chop yang boleh dapat rm5 sepinggan. Pergi makan ikut selera anak²lah, mungkin masa mengandung adrien dulu mama selera western agaknya, jadi sekarang bila tanya nak makan apa? Tak habis² chicken chop, kalau takde je muncung itik keluar, apak eh selera kampung,jadi kena cari kedai yang ada dua² makanan, mama,abg adam dengan adelya semua bedal je kampung ke western ke janji makan.
Lari dari kebiasaan jln kebun, kali ini kami ke NightBus 127, jenjarom. Sajalah nak mencuba yang lain pulakkan, konsepnya makan dalam bus. Menu semuanya western mulalah en.azmi terkebil² tak tahu nak makan apa, harga pun boleh tahan la. Air paling murah pun rm10 segelas, makanan rm15 dan ke atas,tapi banyaklah sepinggan tu memang kenyanglah kan. Kata en.azmi "kalau kat jln kebun boleh dapat 4 chicken chop ni" hehehe.. Sekali sekala mencuba sesuatu yang lainkan. Lagipun jenis en.azmi kalau ada duit belanja je anak² nak makan apa,kalau takde kita duduk diam² makan chicken chop rm5, tapi anak² dorang bukan kisah pun harga berapa yang penting dapat makan. Bila ada lebih tu kita belanjalah yang lebih sikitkan untuk anak², inshaAllah rezeki kita Allah bagi lebih lagi
Layanlah gambar anak² dan makanan yang kami makan. Bagi mama ok rasanya semua pun sedap paling win tentulah pilihan mama spaghetti beef carbonara, creamy je sama naik pulak dengan adelya dok berebut makan dengan mama,tapi sebab banyak memang cukuplah,adelya pulak memang suka carbonara tu "adik nak mee kuah putih" kata dia. Chicken chop tu ada 3 keping ayam rm23 sepinggan. Brownies dengan aiskrim tu pun sedap rm15. Spaghetti mama rm20. Standardlah harganya kat kedai macam tu kan.
Makanan yang jadi pilihan, alhamdulillah sedap semuanya..honey lemon tu mestilah air untuk mama, brownies aiskrim tu ehh sedap pulak nak buat sendiri malas.
Muka keriangan anak² sementara menunggu makanan sampai.
Lagi riang bila makanan dah didepan mata.
Oklah sesekali belanja anak² ditempat yang lain sikitkan, ada rezeki nanti kita jalan² cari makan lagi, mama survey banyak juga tempat makan yang best berdekatan dengan kawasan rumah tu. Sajalah share tempat makan yang mama pergi yang ada kelainan sikit,mana tahu ada kawan² nak cuba kan, bolehlah terjah nanti.
Wassalam
Saturday, 13 July 2019
Jalan-jalan ambik angin, makan²
Assalamualaikum...
Penat balik dari bertaklimat belum hilang..mengantuk sebab tidur lambat tapi sebab kasihan anak² kena tinggal mama paksa en.azmi bawa kami jalan² hahah..takde lah jalan jauh pun dekat² rumah jugak.
Setelah menggoogle apa yang patut jumpalah satu tempat tu dekat je dengan morib, dari rumah ni dalam 40minit macam tu je,so ok lah jom la kita tengok ok ke tidak tempatnya.
Kuan Wellness Eco Park nama tempatnya, ok jugalah tempatnya kan tapi takdelah besar sangat, ini atas tanah persendirian. Mama tengok macam ada lagi pembangunan yang akan dibuat, macam nak buat resort, sebenarnya dekat situ tempat sarang burung walid dan memang ada dijual produknya disitu, cuma mungkin pemilik menambahkan sedikit tarikan dengan membuat mini zoo disitu.
Bayaran dikenakan untuk masuk mini zoo tu sebanyak rm5 seorang, kira oklah untuk anak² dapat bagi makan ikan dan arnab, makanan ikan rm3 dan arnab rm2. Anak² mama ni mudah je asalkan dapat berjalan dah gumbira walaupun tempatnya takdelah besar mana pun.
Banyak jugalah haiwan dalam tu... Ikan, burung,itik,ayam,merak yang tak mahu kembangkan ekor, musang, ayam serama,iguana,rusa, ayam belanda...ehh banyak jugalah kan,cuma kawasannya tak luas manalah.
Dalam bangunan bersebelahan kami masuk juga, ada tempat untuk menonton info tentang burung walidlah agaknya tapi mama tak tonton sebab dalam bahasa cina, terlupa pula nak bagi cadangan nanti buat dalam bahasa melayu atau english. Seronok masuk dalam ni sebab nak aircon bagi sejuk badan sekejap.
Keluar dari situ mama ajak lepak pantai pula, kami pergi tempat mama taklimat tu lah sebab kata anak² mama naik buai tak ajak dorang ok pergilah naik buai tu anak². Tapi adrien.dah membebel kenapa mama tak bawa baju mandi kitorang,kitorang nak mandi kolam... Adoiii, siap cakap sabtu depan datang lepas tu kita tido situ ahad baru balik...inshaAllah anak² ada rezeki kita datang, senang juga dekat dengan rumah kan.
Haaa...berbuailah anak², seronok juga lepak2 tepi pantaikan
Gambar mama berbuai...en.azmi la tunjuk pada anak² gambar mama ni. Sesekali mama ko nak fefeeling bawang merah kan bila anak² tak ikut,kalau anak² ikut mesti nak terjun kolam je.
Balik tu pekena cendol durian pulak, tengah panas memang layanlah. Selesai makan baliklah kami. Tak sampai sehari pun berjalan hahaha. Mama penat hokey,nak cover tido pulak. Nanti ada rezeki kita jalan² lagi ye
Wassalam
Penat balik dari bertaklimat belum hilang..mengantuk sebab tidur lambat tapi sebab kasihan anak² kena tinggal mama paksa en.azmi bawa kami jalan² hahah..takde lah jalan jauh pun dekat² rumah jugak.
Setelah menggoogle apa yang patut jumpalah satu tempat tu dekat je dengan morib, dari rumah ni dalam 40minit macam tu je,so ok lah jom la kita tengok ok ke tidak tempatnya.
Kuan Wellness Eco Park nama tempatnya, ok jugalah tempatnya kan tapi takdelah besar sangat, ini atas tanah persendirian. Mama tengok macam ada lagi pembangunan yang akan dibuat, macam nak buat resort, sebenarnya dekat situ tempat sarang burung walid dan memang ada dijual produknya disitu, cuma mungkin pemilik menambahkan sedikit tarikan dengan membuat mini zoo disitu.
Bayaran dikenakan untuk masuk mini zoo tu sebanyak rm5 seorang, kira oklah untuk anak² dapat bagi makan ikan dan arnab, makanan ikan rm3 dan arnab rm2. Anak² mama ni mudah je asalkan dapat berjalan dah gumbira walaupun tempatnya takdelah besar mana pun.
Banyak jugalah haiwan dalam tu... Ikan, burung,itik,ayam,merak yang tak mahu kembangkan ekor, musang, ayam serama,iguana,rusa, ayam belanda...ehh banyak jugalah kan,cuma kawasannya tak luas manalah.
Dalam bangunan bersebelahan kami masuk juga, ada tempat untuk menonton info tentang burung walidlah agaknya tapi mama tak tonton sebab dalam bahasa cina, terlupa pula nak bagi cadangan nanti buat dalam bahasa melayu atau english. Seronok masuk dalam ni sebab nak aircon bagi sejuk badan sekejap.
Kincir angin tu.tempat cantik untuk.bergambar, mama bayangkan kalau ada bunga tulip lagi cantik tu |
Haaa...berbuailah anak², seronok juga lepak2 tepi pantaikan
Gambar mama berbuai...en.azmi la tunjuk pada anak² gambar mama ni. Sesekali mama ko nak fefeeling bawang merah kan bila anak² tak ikut,kalau anak² ikut mesti nak terjun kolam je.
Cendol durian,Milo tabur float dan milo nestum float |
Wassalam
Sunday, 7 July 2019
Fokus lain pula
Assalamualaikum...
Dah habis cerita makan2 syawal, dah habis juga waktu bersenang2, sekarang bermulalah tumpuan penuh pada kerja2 yang menunggu. Penghujung jun kita mulakan sesi taklimat di Putrajaya selama 3 hari.
Balik ofis buat persediaan untuk taklimat pula. Walaupun fobia dengan mikrofon terpaksalah membiasakan diri. Taklimat jumaat jadi emcee dan pemberi taklimat tapi tak kecut sangat sebab buat sesi hands on sistem saja, bercakap sikit je selebihnya mama tunjukkan sistem je lah.
Tahun ni jab.perangkaan akan menjalankan Wholesale Retail Cencus atau singkatannya WRC 2019, jadi mana kawan2 yang ada jalankan perniagaan borong,runcit dan kenderaan bermotor berilah kerjasama pada pegawai kami yang akan datang nanti ye,mama tak terlibat dengan kerja lapangan hanya terlibat dengan pemprosesan borang sahaja. Tanggungjawab diberikan pada mama perlu digalas sebaik mungkin, tutup WRC ni 30 sept...doakan mama berjaya ye hampir 20ribu borang yang perlu diproses dan perlu menyelia semua tetap dan psh..moga Allah permudahkan urusan kami semua.
Dalam pada tu terpilih pula sebagai penyelia untuk Banci percubaan untuk Banci Penduduk yang akan bermula bulan ini,isnin sampai rabu akan bertaklimat di ofis bersambung pula khamis-jumaat di Gold Coast, Morib jee heheh. Dah lama mama tak buat kerja di lapangan nih, sekarang terlibat pula dengan banci.. sebelum ni hanya terlibat dengan syarikat2 saja, tapi tak apa kita sahut cabaran yang telah diberikan. Cuma banci percubaan,tapi mencabar jugalah , ada seorang psh setiap penyelia, moga mama mampu jalankab tugas yang diberikan dengan baik.
untuk tahun depan Banci Penduduk yang sebenarlah, semua kawan2 terlibat ye diharap semua dapat berikan kerjasama jangan dihalau pembanci kami heheh. Tapi takpe kami akan sediakan portal untuk semua orang menjawab soalan banci melalui website sahaja. Itu mama akan maklumkan kemudian. Sekarang ni mama cuma nak war-warkan sajalah dulukan.
Pernah juga ada pengalaman dikejar anjing masa buat kerja luar dulu, pengalaman.yang tak dapat dilupakan heheh..pejam celik,pejam celik dah 19 tahun mama di Dosm Selangor nih campur 2 tahun jadi pegawai sambilan dah 21 tahun jugalah kan. InshaAllah mungkin sampai pencenlah kalau dipanjangkan umur sehingga sampai waktu bersara wajib nanti.
Macam2 ragam banci yang boleh dilihat, bolehlah kawan2 follow fb mycencus 2020 untuk info seterusnya. Ada masa mama jenguk kawan2 ye manalah tau kesibukan melanda nanti tak sempat jenguk, dok sibuk mengadap borang je kan.

Tuesday, 2 July 2019
Seronok main hujan???
Assalamualaikum...
Semalam tengah buat kerja, dapat whatsapp dari guru kelas Adrien. Tak terkata apa dah mama gelak sajalah...heii anak nombor 2 nih dia memanglah susah nak dijangkakan. Ikutlah Adrien janji senang hati..enjoy je lah zaman kanak-kanak tu dengan sebaiknya tapi jangan buat benda yang bukan2 sudahlah setakat main hujan tu mama tak kesah pun.
Muka ada senyum walaupun kena berdiri luar kelas... Basah lencun okeh dia pergi main hujan. Balik sekolah mama tanya seronok ke main hujan? dia senyum je sambil angguk..ehhh mestilah seronokkan mama pun suka kalau dapat main hujan masa kecik2 dulu, paling tunggu2 hujan lebat turun, gigih berlari dalam hujan tau. Kelas Adrien ni depan padang itu yang petang semalam hujan lebat dorang berlima ni berlarian di tengah padang.
Baru hari tu mama tengok dekat fb ada budak yang berenang2 dalam lopak air di padang, semalam mama pulak dapat berita Adrien main hujan sampai basah kuyup. Takpelah anak, mama tak marah pun kalau setakat main hujan tu kan, cuma tu lah kan dah buat salah tu kenalah denda jugakkan, duduklah kkau situ sampai petang dengan baju seluar basah, kalau dekat bolehlah mama pergi hantar baju tukar, ini jauh memang taklah mama nak pergi sekolah tu melainkan betul2 kecemasan je setakat baju basah bertabahlah ye tunggu waktu balik.
Minggu lepas hari diskusi ilmu mama tak dpaat hadir ke sekolah sebab bertaklimat di putrajaya, en.azmi pulak susah nak cuti. aishhh ini kalau mama pergi jumpa cikgu mesti banyak yang cikgu nak cakap nih. Mama dah bagitahu tak dapat hadir hari tu, cikgu cakap bila-bila pun boleh datang. ini belum mama jumpa cikgu anak dah buat hal pulak, macam2 adrien ni kan. yang nombor 2 nih memang lain sikitlah. suka mengusik orang,,abang tengah mandi dia tutup lampu, meraung abang dalam bilik air. Mama taknak makan nasi dengan kicap "mama tu taknak makan kicap sebab takut hitam la tu" kata dia ehhh macam2 lagilah peel budak sorang nih.
Wassalam
Semalam tengah buat kerja, dapat whatsapp dari guru kelas Adrien. Tak terkata apa dah mama gelak sajalah...heii anak nombor 2 nih dia memanglah susah nak dijangkakan. Ikutlah Adrien janji senang hati..enjoy je lah zaman kanak-kanak tu dengan sebaiknya tapi jangan buat benda yang bukan2 sudahlah setakat main hujan tu mama tak kesah pun.
Tengoklah seluar tu senteng ala-ala kpop dah, sebenarnya takdelah senteng sangat tapi dia suka tarik.seluar tinggi |
Baru hari tu mama tengok dekat fb ada budak yang berenang2 dalam lopak air di padang, semalam mama pulak dapat berita Adrien main hujan sampai basah kuyup. Takpelah anak, mama tak marah pun kalau setakat main hujan tu kan, cuma tu lah kan dah buat salah tu kenalah denda jugakkan, duduklah kkau situ sampai petang dengan baju seluar basah, kalau dekat bolehlah mama pergi hantar baju tukar, ini jauh memang taklah mama nak pergi sekolah tu melainkan betul2 kecemasan je setakat baju basah bertabahlah ye tunggu waktu balik.
Minggu lepas hari diskusi ilmu mama tak dpaat hadir ke sekolah sebab bertaklimat di putrajaya, en.azmi pulak susah nak cuti. aishhh ini kalau mama pergi jumpa cikgu mesti banyak yang cikgu nak cakap nih. Mama dah bagitahu tak dapat hadir hari tu, cikgu cakap bila-bila pun boleh datang. ini belum mama jumpa cikgu anak dah buat hal pulak, macam2 adrien ni kan. yang nombor 2 nih memang lain sikitlah. suka mengusik orang,,abang tengah mandi dia tutup lampu, meraung abang dalam bilik air. Mama taknak makan nasi dengan kicap "mama tu taknak makan kicap sebab takut hitam la tu" kata dia ehhh macam2 lagilah peel budak sorang nih.
Wassalam
Masih beraya lagi ke
Assalamualaikum...
Sajalah entri kali ni mama nak kongsi gambar beraya. Last raya tahun ni lah kot, ada rezeki panjang umur tahun depan pulak kita bercerita raya dan kalau umur panjang kita cerita raya aidiladha nanti.
Kek batik dan nasi goreng ayam kunyit untuk jamuan sekolah abang adam dengan adrien. Sampai.time off la mama sebab nak menggoreng nasi, ye lah jamuan di sekolah petang takkan mama nak menggoreng dari pagi,kesian anak2 makan nasi goreng sejuk. Buatlah apa yang mama teemampu, entah apa rasanya tak tahulah mama.
Ceria sungguh adrien tu beraya dengan kawan2 siap ustazah bagi duit raya lagi, yang bagusnya sekolah agama dan kebangsaan buat pada hari yang sama. Sekolah sebelah2 je,kedua2 selalu berkomunikasi. Hari gerko pakai terus baju gerko pergi sek.agama. Hari tu hari persaraan guru besar sek.agama, budak2 yg sek keb pergi amik kehadiran je lepas tu ramai2 jalan pergi sek.agama.
Adelya menyanyi lagu raya, ini kami beraya di Pasti. Mama papa adelya daeisha je pergi, abg adam dengan adrien taknak ikut, lepak rumah ibu masa ni sebab kami buat makan2 raya dekat rumah ibu
Mama beraya dengan YB Azmin Ali di pwtc, kami dijemput seban jabatan mama sekarang dibawah MEA kan. Meriahlah makanan hari tu kambing bakar pun ada, harum manis makan dengan pulut pun ada, banyaklah yang mama rasa sikit2 lah kan.
Beraya dirumah adik ipar dekat bandar kinrara puchong, menu macam2, nasi daging, bihun sup, laksa johor, nasi impit kuah kacang semua menarik tapi mama dah kenyang makan sikit2 je, sekarang rasa menyesal tak makan hahaha...entahlah bila dah 40-an ni nak makan lebih2 tak boleh sangat dah, bila dah keyang memang tak boleh nak paksa makan lagi dah, jamah sikit2 walaupun sedap.
Juadah raya paling sedap dekat rumah ibu, ubi kayu rebus cicah sambal bilis memang mabeles lah kan. Ini kami makan2 raya dekat rumah ibu, masa balik raya hari tu tak sempat nak beraya dengan semua orang dan ada yang tak sempat berjumpa pun, jadi kami plan raya ramai2 dekat rumah ibu, cuma pakjang je lah yang takde hari tu, tapi takpe dengan pakjang sempat beraya masa balik hari tu, walau sekejap je dapat jumpa, kira oklah kan.
Masa kami beraya di Pasti dorang ramai2 pergi bergambar di rimbayu...cehhh sungguh, tapi takpe dekat je dengan rumah bila2 boleh pegi photoshoot dekat situ hari tu kami.dah ronda2 tengok kawasan dalam tu, cantik2 rumah yang hanya mampu ditengok tak mampy dibeli.hahaha....dapat tengok pun jadilahkan nikmat juga tu.
Gula2 hati semua orang sekarang mestilah budak kecik nih. Bukan main lagi budak nih tak padan dengan kecik, hari tu nenek dok sibuk urus open house dia pegi tumpahkan air satu jug. Bukan main.dia tu kan dah boleh merangkak tu, eh sekejap je dah 9 bulan si kecik nih, lahir hari tu tak cukup bulan, mama nak dukung pun takut tapi sekarang ok dah, dengan semua orang pun ok je.
Minggu ni pun ada makan2 lagi, alhamdulillah rezekikan kita terima dengan hati yang gembira dan bersyukur.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...