Tuesday, 18 December 2012

selamat datang adrien aryan

assalamualaikum..




alhamdulillah aku telah selamat melahirkan hero keduaku adrien aryan bin azmi

meh akak nak citer saat2 sebelum kelahiran hero kedua ini.
khamis 8 dis 2011 - seawal 5.30am aku dah bangun,pinggang dah terasa sakit,perut pun sekejap2 mengeras,tp aku yg giler keje nih x peduli rasa sakit nih,aku tetap bersiap utk pegi keje.en.azmi sedikit bengang dgn aku sbb dia mmg suruh aku amik cuti awal sebelum bersalin.tp aku bertekad utk siapkan keje dulu sebelum bercuti. jadi hari tu aku tetap pegi keje,walapon aku terasa mcm ada contration berlaku,sampaikan merah mukaku menahan sakit,namun bagi aku xla sakit yg keterlaluan sbb aku masih boleh tahan.dlm sakit2 tu aku masih cuba siapkan keje apa yg patut.
dan pada ptg tu aku minta en.azmi tak balik lewat,kebiasaannya dia amik aku hampir2 pukul 7pm,tp hari ni aku minta dia blk awal,sbb aku tkt kang aku sakit sorg2 kat opis.kul 5.15pm en.azmi sampai..awal tuh.
 
balik tu kami x pegi cari makan mcm biasa,kami terus balik rumah jer,aku minta en.azmi bungkuskan je makanan utk malam nanti.sbb aku rasa nak duduk & berjalan pun dah x selesa.
malam tu sakit kerap terasa,aku tgk jam contraction agak kerap dlm 5minit sekali,tp aku masih xnak g spital,bkn apa aku xnak di check jln setiap masa..agak menyakitkan tuuu..
so mlm jumaat yg hening..eceh! tetiba lak yer..aku menyiapkan segala barang2 yg hendak dibawa ke hospital & aku suh en.azmi pegi kuarka duit sebagai persediaan,mana tau mlm ni nak kena masuk wad,jd perlu sediakan duit deposit.
 
memandangkan malam itu malam jumaat,aku amik kesempatan utk membaca yassin mohon moga segala urusan dipermudahkan,walapon x mudah utk aku membaca yassin dlm keadaan sakit begitu,aku ttp teruskan,debaran juga sangat kuat terasa,opcoz berdebar2 bak kata org,sakit utk melahirkan itu antara hidup & mati..hehe betul ker?
makan malam tu,dah x selera aku rasa,aku makan sikit jer,lepas tu baring tengok t.v sekejap,namun sakit masih terasa,tp tanda2 darah @ air ketuban pecah xder lak,penat berbaring di sofa,aku naik ke bilik berbaring dikatil sambil cuba lelapkan mata.en.azmi masuk bilik tanya boleh tahan ke sakit? aku kata masih boleh tahan,kalu x tahan nanti aku bagitau.
 
pukul 2am aku terjaga dr tido,rasa sakit semakin kuat,aku kejut en.azmi,bgtau aku nak pegi spital sekarang,sebab aku dah x tahan rasa sakit.sebelum tu aku ke toilet membuang apa yg patut,masa ni aku tengok dah ada tanda2 darah.Kul 2.30am dalam kabus pagi yg hening dgn tiupan angi sepoi2 bahasa kami menuju ke demc s.alam,sesampai di demc sunyi jer,pesakit lain xder masa kami ke kaunter,penjaga kaunter pun dok berselimut kesejukan,aku ckp nak bersalin.staff tu kata dia akan bawa kami ke labour room ditingkat 2,dia suh aku guna wilca (wheelchair)dan dia tolak aku ke ting.2,alamak dik! akak masih bole jalan la.masuk labour room,ada sorg nurse dah bersedia disitu & col doc norleen,aku disuruh tukar baju..eh2 dah nak bersalin ker,aku berbaring dikatil,nurse check jalan.dan sgt mengejutkan,nurse tu ckp jln dah buka 8cm,
alamak dah dekat nak bersalin,debaran kian terasa,aku nak buang air kecil pun nurse tu x bagi aku turun dari katil,dia yg bantu aku buang air kecil..
 
doc norleen sampai,aku lg berdebar,dia check jalan & kata dah bole bersalin tp air ketuban belum pecah,doc cuba pecahkan,akhirnya pecah juga.doc kata tunggu ada contraction pastu boleh push,aku sempat tgk jam dah pukul 4am.kali ni memang aku terasa bgimana rasanya utk melhirkan seorg insan kedunia,sbb masa adam dulu aku diberi epidural hingga aku x terasa saat2 utk bersalin,sehinggakan doc terpaksa gunakan vacuum.
xtau mcmmana nak gambarkan perasaan saat2 melahirkan tuh,yg aku tau aku cuba push,nurse siap sediakan air bg aku minum,pastu try push lagi,en.azmi tolong sapu peluh ngan airmata aku.akhirnya hampi 20minit lahirlah seorg insan kedunia ini,aku dpt lihat saat anak aku ditarik keluar dgn tali pusat tg berjuntaian,dgn keseluruhan badan bayi yg bagai disaluti tepung doc tunjuk kat aku sebelum nurse amik utk dibersihkan, kemudian doc keluarkan uri,pastu sesi menjahit,aku xtau la bape jahitan yg kena,aku tgk jarum ubat bius,kemudian terasa jarum & benang yg menjahit,namun dah x terasa apa selain dr rasa syukur & lega kerana sumer dah selamat.
adrien aryan azmi telah selamat dilahirkan pada pukul 4.21am dgn berat 3.21kg

alhamdulillah..syukur kupanjat kehadrat Ilahi dgn kurniaan yg x terhingga ini..
nanti bersambung lagi,kalu ada masa aku nak menulis lagi,,,

Monday, 17 December 2012

kereta sorang sebijik

Salam semua..
Selamat hari isnin ye,ada yang monday blues ke hari ni?
akak takde blues..tapi kebosanan hihi
dua beradik dengan kereta masing-masing


kereta ni bukan akak beli pun utk diorang,ni hadiah besday adam masa berumur setahun dulu,satu dari mummy diorang satu lagi dari mokde diorang ,masih elok.
memandangkan adrien dah setahun jadi akak keluarkan permainan lama adam ni,mujur ada dua kalu tak mau berebut ni,adam pun tak padan dengan dah besar nak jugak naik kereta tu.
amik lah nak jangan berebut ye,tapi berebut jugak tau,adrien tak pandai main lagi,taunya belek2 macam tu je la,bila angkat dia letak atas keta tu duduk la sekejap lepas tu nak turun la.
adam lak memang semangat la main,tetiba dengar adik dah meraung rupa2nya kaki dah tergilis dengan tayar keta abang,adoiyai bebudak nih..adam ni kadang2 takmo jugak mengalah dgn adik.
apa taknya keta ni dah lama tersimpan dalam stor.bila dah dikeluarkan semangat la dia.
akak tengah berjalan pun nak dilanggarnya..hehe
takpe mainlah nak ye..asalkan gumbira,yg tak gumbira apak diorang je..maklumla pantang nampak rumah bersepah..bising la dia..hehe
wassalam

Friday, 14 December 2012

satu bas tunggu akak tu,,hehehe

Salam semua...
dah hari jumaatkan sekejap je masa berlalu,lagi beberapa hari dah nak masuk 2013.apa yg dihajati tahun 2012 ni dah dipenuhi kah?
bukan akak nak citer pasal azam tahun baru ke apa,ni saja nak citer..citer lama dah tahun 95 lepas spm dulu. tetiba teringat bukan apa dah lama rasanya akak tak naik bas nih.
masa lepas spm dulu keje sekejap kat motorola p.jaya tu,tp sekarang dah tukar nama ke freescale,tau akak ye..biasala keje akak kan survey kilang2 kat selangor nih.
oh ye ada kisah yg vengong sikit terjadi masa tu,hari pertama nak pegi interview,berdua dgn member naik teksi,itupun kakak kat umah sewa tu pesan berpuluh kali,nak berenti kat mana dan apa nak buat,maklum la pestime kot dtg key el..hehe.
sampai je kat kilang tu,amik pass kat guard pastu jalan la masuk ikut yg guard tu tunjuk,sampai je kat satu pintu kaca kitorang dah cuak..tanya menanya "ini pintu ni nak kena tolak ke tarik ha??? tulisan pun takde"sbb kitorang tengok pemegang pintu takde kan..kot kami tolak kang tersalah pulak..sambil tu teruskan perjalanan..sekali pintu bukak sendiri daaa..terus tersengih dua2 org..haha nampak sgt very the kampung kan..pintu auto mcm tu pun taktau..ok lupakan citer pasal pintu.
ini ada lagi citer agak memalukan..waktu tu la,sekarang nih bila ingat balik rasa nak tergelak pun ada,skang nih tengah senyum-senyum sendiri je nih...
masa tu nak balik kampung,berdua jugak dgn member,dulu2 mana ada keta kan,balik kg naik bas ekspress la kat pekeliling tu,naik bas KL-temerloh,tapi masa kitorg nak balik tu,kena naik bas tambahan tau.tunggu punya tunggu bas pun datang,bas kilang kaler biru je tau..huhu,dapat pulak tempat duduk paling belakang sekali,bas lalu bonggol je rasa nak melambung sampai bumbung.masa dalam bas tu akak diam je,buakn sebab apa menahan sakit perut youu..sampai mengigil ha,bas lak jalannya sangkut-sangkut,akak ni dah tak menahan rasanya..ada jugak yg berenti tengah jalan nih.akak cakap kat kawan akak tu.kita turun je la kat depan tu,pastu tanpa fikir apa-apa berani mati la kiranya nih,akak suruh pakcik drebar tu berenti,akak ngan kawan akak nih hangkut semua beg kami,takpe akak tunggu bas lain je nanti..
mujur bas tu berenti betul-betul depan surau..eh pakcik nih macam tau2 jek akak sakit perut,tak berlengah lagi akak tinggalkan kawan akak jaga beg tepi jalan..yg penting lepaskan apa yg patut..
dah abis tu akak keluar la nak jumpa kawan akak dan tunggu bas lain,sekali akak tengok....hamik ko satu bas tunggu akak melepaskan hajat..rupanya kawan akak nih takut takde bas dia suruhnya pakcik drebar tu tunggu kitorang..adoyaiiii malu betul akak rasa,masa naik bas tu semula buat muka tebal jek,masa tu rasanya nak jadi kura-kura bole sorok kepala..pastu ada dengar suara2 gelakkan akak.katanya "hahaha..turun bas sebab nak uk..uk.." hampeh tol!!!!...pastu akak duduk dan buat2 tido...mencik tau...kawan akak tu la memalukan akak jek...
tapi betul tau kalu sakit perut sampai tahap menggeletar tu memang tak bole nak tahan,berpeluh2 dibuatnya,sapa yg penah jadi macam tu?
itulah pengalaman akak dulu masa zaman1 naik bas dulu..
gambar google jek
dah lama tak ke stesen bas pekeliling nih..
selamat berhujung minggu semua
wassalam

Monday, 10 December 2012

setahun sudah

Salam semua...
terlambat sudah entri untuk adrien nih..
09 disember 2012
genap sudah usia adrien setahun..gambar pun sempat amik malam tadi je..omak bizi mengutip buah2an masa kat kampung,plan nak sambut kat umah tok pun tak menjadi sebab semua pun bizi..apaknye bising kata omak letak gambar tak comeyy..eh comeyy aper,kalu harap apaknyer konpom langsung takde gambornye ye...
setahun dulu masa sakit nak bersalin adrien nih,akak masih semangat keje ok,nak abiskan sisa2 keje sebelum bercuti,maklumla omaknyer giler keje,sakit2 pun nak keje jugak.pada hal masa tu dah sakit contraction mula terasa,merah2 muka menahan sakit..hehe,tak sangka akak mampu tahan sakit tu dari pukul 5pg hingga 2 pg berikutnya baru pegi spital,sampai spital nurse cek jalan dah 8cm,ha tunggu doktor datang terus push jek..terasa hebat lak akak waktu tu..hehe,ye la mampu menahan sakit tu,pukul 4pg mula push pukul 4.21pg lahirlah adrien aryan bin azmi..terasa sangat2 lega..
semoga adrien menjadi seorang yang beriman dan beramal soleh
 membesar dgn sihat,bijak dan sempurna akhlaknya.
menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat.
wassalam

Tuesday, 4 December 2012

adam dan yoyi tak dapat dipisahkan

hamboih kemahin panjang tajuknya..opsss
salam semua..
sihat hari ni?moga semuanya sihat..
asyik post pasal makanan je kan dua,tiga hari ni..tu pun ada lg makanan2 yg akak tak ke udarakan lagi..hehe..
hari ni nak citer pasal adam yg sangat2 suka dengan lori tu..
selagi tak dapat apa yg dia nak selagi tu la dia akan berdialog dgn en.azmi
"papa..nanti pg giant beli yoyi adamkan" itu je la ayat yg diulang2, ada satu hari dia minta en.azmi belikan backhoe..bukan main lagi kenal dgn backhoe..
balik keje hari tu akak ajak en.azmi ke giant cari barang,dah alang-alang ke giant singgah la tgk mainan yg ada,ada la lori yg ala-ala backhoe..dah mcm kacukan akak tgk..beli le seketul utk adam...



gembira betul dapat lori,sampai berbaring pun dengan lori,beli satu ingatkan adrien tak nak sekali hamik..berebut adik beradik,pasni kena beli sorang satu la nampaknya..
sejak dua menjak ni,kebecokan adam makin teserlah...ada je benda yang dia nak cakap..
jangan main-main..kalu nak makan sambil baring,siap disoundnye..
"papa..makan jgn baring,kena duduk..." haa..selagi tak bangun memang dia akan jerit2 kat telinga sampai bengang,pada hal bukan baring pun,menyandar kat sofa sambil tengok tv je..macam2 lah keletah dia sampai tak terlayan dibuatnya...
apa yang pasti sampai sekarang minat pada lori masih tak berhenti lagi,nak belikan basikal pun taknak,tetap nak lori jugak...
wassalam


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...