Assalamualaikum...
entah apa mama nak bebelkan pun tak tahulah ni, lambat pula en.azmi petang ni. En.azmi bekerja ada barang yang hendak diangkut hari ini, hingga sekrang belum selesai kerjanya. berlapang dada sajalah sambil menunggu, mama menulis di sini
Sekarang 7.15ptg, risau juga mama tadi sebab abang adam sampai rumah masih tiada sesiapa berlapang dada, whatsapp group jiran-jiran, alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi oleh Allah, rezeki jiran yang baik. Sebagai emak walaupun berlapang dada tetap juga merasa risaukan. Dua orang jiran wasap bagitahu abang adam dah sampai dan sekarang berada dirumah salah seorang daripadanya.
Lega mama membacanya,harap abang ok sebab abangkan pemalu, kak siti salah seorang jiran mama bagitahu dia ada menunggu didepan tadi, diajak abang mesti abang mesti abang tak mahu sebab abang segan dengan kak siti,pada hal anak kak siti tu sekelas abang masa tadika..hihihi takpe dirumah satu lagipun kawan abang juga, yang penting mama tahu abang dimana dan dengan siapa.
Azan maghrib dah berkumandang dari masjid shah alam tu,mungkin pukul 8 baru en.azmi sampai agaknya, minggu depan memang mama drive sendirilah, lagipun selepas ini mama pasti sibuk,kata bos mama paling awal pun pukul 8mlm baru boleh balik..bertabahlah mama ye dan berlapang dada sajalah
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Samalah kita. Bila suami balik lambat, mulalah nak update blog. Hii. Lambat balik next week, sebab dah end month agaknya ye. Huu. Drive elok2 nanti..
ReplyDeleteitulah kasih nya ibu bapa..mmbanting tulang 4 kerat..demi masa depan ank2
ReplyDeleteAlhamdulillah ada jiran tumpangkan dan tolong tengokkan, ini rezeki tak boleh dibeli kan.inshaAllah, dipermudahkan urusan minggu akan datang ni..
ReplyDeleteDpt jiran yg baik mmg satu yg menyenangkan, saling ambil tahu kesusahan dan kemaslihatan sesama jiran.
ReplyDeleteAkak pun bila Iman balik tanpa sesiapa kat rumah pada jiran lah diharap kan,mujurlah sibongsu akak ni bukan jenis pemalu dibandingkan abang kakak dia dulu.
ReplyDeleteBertabahlah dek dlm mencari rezeki perlukan pengorbanan masa utk keluarga.
sbb tu ptg bagi kita berbaik dgn jiran . blh tlg tgk2n anak ...
ReplyDelete8 mlm???!!!
ReplyDeleteAllahu Akbar yan.
tabah ye.
tu la dugaan mencari rezeki yg halal :)
Alhamdulilah ada jiran yg baik2. Memang risau kan kalau ada anak kt rumah sorg2. Mula rasa nk blik jalan kaki je masa tu
ReplyDeleteMaghrib maghrib gitu bila dah tau anak dengan sapa dan kat mana barulah lapang dada kita kan Azra. Nak buat macam mana Azra dah cari makan katanya sabar jerlah.....
ReplyDelete