Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya selepas 8 tahun, benda yang memang mama elak untuk masak, akhirnya semalam mama masak buat pertama kalinya.
semalam balik dari kerja singgah kedai runcit bersama en.azmi, mama nak beli bahan masakan untuk untuk juadah berbuka puasa, dalam dok pilih-pilih sayur tu sekali en.azmi hulurkan satu bungkusan pada mama, dia kata kalau masak ni sedap juga. mama terusss...hmmm ok
Belilah bahan untuk masak apa yang disuruh en.azmi tu, ok takpe tak pernah masak pun, bukan tak pandai nak masak, tapi benda itu memberikan kenangan yang cukup mengusik jiwa mama nih, Sampai bila pula mama taknak masakkan? lagipun benda itu memang mama suka...huhuhu cumanya kali ini mama masak sendiri.
Inilah bendanya...bubur pulut hitam, makanan kegemaran mama. setiap kali bulan puasa inilah makanannya yang mama minta arwah mak masakkan, tak pernah tinggal ok, memang sedap sangat makan hari-hari masa berbuka pun takpe. Tapi sejak mak pergi, mama tak makan lagi, pernah minta kakak buatkan sebab rasa nak makan masa mengandungkan abang adam, tapi itulah...manakan sama.
lama jugalah selepas itu, tengok bubur pulut hitam je, mama rasa nak makan tapi jauh disudut hati rasa macam, nantilah mama makan, satu perasaan yang tak dapat diungkapkan.
Ok lah juga bubur yang mama masak ni sedapp..hahaha puji sendiri,maklumlah sendiri masak, sendiri yang makan, sendirilah yang puji..
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
PC suka bubur pulut hitam ni...memang best untuk berbuka puasa kira manisan yang menyegarkan...
ReplyDeleteaida suka juga ni.but tak pernah buat sendiri :)
ReplyDeletex brape reti la yan.
beli. tapi tu la kebykan nyer x sedap :(
Sedih akak baca,rupanya kenangan mengusik jiwa.
ReplyDeleteBubur pulut hitam memang sedap .Akak pun jarang masak tapi selalu mkn kat majlis2.
Saya pun suka bubur pulut hitam.
ReplyDeleteYe..manakan sama masakan mak kita dgn org lain mama yan, akk pun smp sekarang rindu masakan arwah mak,sedih..
ReplyDeleteSiqah suka bubur pulut hitam. Sedap!!!
ReplyDeleteTula sedap bubur pulut hitam, kalau dalam pressure cooker sekejap ja 20 minit ke pernah buat tak ingat pulak sedap makan sejuk:) betul rindu masakan ibu kan..
ReplyDeleteyan pun suka bubur pulut hitam..kadang yan bekukan ..jadi macam aiskrim..
ReplyDeleteYelah kan ...bila makanan tu mengingatkan pada seseorang rasa sedih tu mengatasi keinginan....huhu.... Alfatihah utk arwah mak
ReplyDeleteBubur Pulut Hitam ni MIL suka Azra
Mesti terasa2 kan. Mcm kira kuih abuk2. Tp johor panggil ondeh2 kot. Fevret kuih opah. Bila makan mesti rasa tercekik lekat kat tekak ni.
ReplyDelete