Wednesday, 30 September 2015

Back to school after 25 years

Assalamualaikum...

Yeah...sabtu 26 sept 2015 mama kembali ke sekolah,bukan sekolah menengah tapi sekolah rendah.



Alhamdulillah apa yang dirancang bersama kawan-kawan akhirnya jadi kenyataan. Bukan setakat dapat jumpa kawan- kawan selepas 25 tahun tapi mama dapat jumpa guru kelas mama masa darjah 5 & darjah 6,umpama mimpi dalam mimpi...eceh tetiba tajuk lagu la pulak heheh.







Yang berkopiah tu cikgu kelas mama masa darjah 6, cikgu amir...cikgu paling hensem waktu tu,sekarang masih hensem walaupun dah berusia 50 tahun. Gambar sebelah tu cikgu hamid guru kelas mama masa darjah 5. Kebetulan cikgu-cikgu ini mengajar di pahang dan kawan-kawan mama ada yang cikgu juga,jadi dapatlah mereka menjejak kasih dan cikgu pun dapat hadir pada hari kejadian, yang seronoknya cikgu masih ingat akan murid-muridnya ni.



Bersama ustazah dan cikgi-cikgi hihihi...tetiba mama duduk sebaris dengan cikgu, sebelah mama tu cikgu zaida isteri cikgu amir..ada pula cikgu zahidil akmar yang tudung biru tanya mama ni belajar lagi ke? Adakah mama nampak muda @ nampak macam educated??? Kohkohkoh... Perasan!!!

#dressbyummuaimanmuslimahclothing
#adelyashawlbymamavouge...kahkahkah jangan muntah ya, shawl tu mama buat sendiri



Seramai 35 family yang join majlis ini,buat dekat kantin sekolah je, ini bukan kelas mama je tapi 3 kelas hijau,kuning dan biru. Akan datang inshaAllah akan buat aktiviti macam ni lagi..kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat cam kawan-kawan, yang perempuan alhamdulillah mama kenal tapi yang lelaki ada yang mama tak ingat langsung tapi dorang kenal mama. haishhh...pada hal mama tak glemer pun dulu-dulu, yang glemernye sebab mama tinggi dari murid-murid lain.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun mama sampai lewat, maklumlah banyak aktiviti sebelum pergi ke majlis tu hehehe, tapi mama tetap sampai,cuma tak dapat nak join aktiviti yang disediakan untuk pasangan tu, maklumlah terpaksa mengejar adelya, risau pula jatuh longkang, jadi bagi pada pasangan yang punya anak-anak dah besar..

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, dapat jadi program tahunan pun dah ok bagi mama, ye la susah juga nak kumpul ramai-ramai macam ni kan sebab semuanya dah bekerluarga, inipun ada yang terpaksa tarik diri disaat-saat akhir. ramai yang sedih tak dapat join bila tengok gambar-gambar kami ni, inshaAllah ada masa dan rezeki kita jumpa lagi nanti.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhamad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam.

psttt...tak sempat mama nak berkunjung ke rumah kawan-kawan lagi ye, busy sikit sekarang ni, inipun sambung-sambung update dari petang semalam on the way balik keje dan ini sambung on the way pegi keje, mujur ada tukang bawa kereta...hehehe nanti mama terjah kawan-kawan ye

Monday, 28 September 2015

Aidiladha bersama sahabat

Assalamualaikum....

Walaupun raya korban orang kata kurang meriah tapi bagi mama kunjung mengunjung tetap diteruskan,kalau arwah ayah dan mak mama dulu siap melemang,merendang dan kuih muih macam aidilfitri juga..tetap jalan beraya ke rumah jiran.

Dah beberapa tahun mama tak balik kampung,beraya kat klang je..tahun ni balik beraya dikampung buah hati mama. Petang mama berkunjung ke rumah kawan masa aidilfitri dulu tak sempat berkunjung...seronok bersembang hingga maghrib menjelma.


Sebelah kanan mama..kawan sejak tadika lagi,kami sekampung. Sebelah kiri mama kawan masa sekolah menengah sekampung dengan buah hati mama, kiranya ini kawan sekolah rendah buah hati mama la...seronok bersembang dengan kawan-kawan lama...


Disebabkan dekat je rumah kawan tu dengan rumah buat hati mama jadi moh le kita merempit je dengan dressnye mama naik motor hihihi #dressbyruccimodisch... #shawlbyfiska.. eceh sempat lagi tu... abg adam tanak ikut jadi tinggalkan saja.

Esoknye...kami melawat kawan yang sakit sambil beraya,kebetulan kawan mama tu buat kenduri. Alhamdulillah rezeki...


Disebabkan mama perlu bergerak pulang awal jadi bergambar dulu walaupun kawan tak abis makan lagi dan tangan tak sempat dibasuh pun hihihi...hentam je la kan #dressbysweetmuslimah tapi tak nampak dress mama tu dan #tudungbyaidijuma...peminat AJ mesti tahu tu..hihihi saje mama bagitau


Sahabat mama yang tidak sihat, moga diberi kesembuhan dan terus sihat seperti sediakala..mama tiada dalam gambar sebab mama bekejar ke mentakab pula, ada aktiviti bersama family in law...wah gitu nanti mama cerita apa aktiviti kami tu.

Banyak aktiviti mama kali ini dikampung penat juga dibuatnya tapi sesuatu yang amat berbaloi walaupun penat.

Sehingga berjumpa lagi dilain entri. Mama masih bercuti dan sebentar lagi akan bertolak balik ke klang, moga perjalanan kami dipermudahkan inshaAllah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayuidina Muhammad.

Wassalam

Thursday, 24 September 2015

Salam aidiladha

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah selamat sampai ke kampung. Pagi lepas solat raya baru gerak balik sebab nak elak redah jamed lagipun semalam mama keje lagi.

Juadah raya dari ibu mertuaku is nasi dagang, rendang daging...sampai je kampung terus ngadap lemang... sedapnya dapat kunyah lemang, raya puasa hari tu tak puas makan hihihi..

Ok lah sempat lagi tu mama nak hapdate blog...kikiki anak dara tidur tu,sempatlah lagipun takde apa yang mama nak buat sekarang..


Salam aidiladha dari kami...bertiga je papa tengah drive,abg adam xmo bergambo.. sama-samalah kita hayati erti pengorbanan..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam...

Wednesday, 23 September 2015

ber ephyra lah mama

Assalamualaikum...

Semalam dapat dua bungkusan dari adik pos laju..ewah..ewah kemain mama...hahaha tapi satu je yang mama beli ye, alhamdulillah baju yang mama beli dari sweet muslimah tu dah selamat sampai petang semalam.

Sampai rumah petang semalam,belum sempat turun kereta, buah hati tanya mama " kertas apa kat depan tu?" mama yang agak rabun nih pun cakaplah, kertas melayang kot tu.. buah hati cakap "bukanlah macam bungkusan je" lepas buka pagar mama terus tengok..lahhhh bungkusan untuk mama rupanya, ada ke main campak macam tu je? mujurlah tak hujan,kalau tak mesti dah berenang- renang bungkusan tu kat depan ni haa..

Alhamdulillah...rezeki Allah bagi untuk mama, dapatlah mama ephyra trial pack dari cik sue owner blog qasehnyarania mama saja cuba-cuba je dalam rania turn's 1 giveaway tu, tak sangka pulak terpilih sebagai pemenang pertama.

Sebenarnya memang mama teringin nak mencuba ephyra nih, tak sangka dapat trial pack dari ciksu bolehlah mama cuba, dah selamat pun mama cuba pagi tadi, sedap rasanya tak macam makan ubat atau supplement yang pernah mama cuba sebelum ni,kalau ok bolehlah mama terus gunakan ephyra ni, ye lah teringin juga nak makan supplement tapi tidak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri, jadi mama cubalah dulukan.






 terima kasih cik su untuk ephyra ni, suka sangat mama.

Alhamdulillah...dengan hanya berblog dapat berjumpa kawan-kawan yang baik, tanpa pernah berjumpa, silaturrahim tetap terjalin, moga ukhuwah kita dialam maya ini berterusan..insha Allah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Tuesday, 22 September 2015

beli barang online

Assalamualaikum....

mama ni asalnya tak pandailah sangat nak membeli online, tapi bila tengok banyak pulak baju yang dijual online tu cantik-cantik, teringin la pulak hati ni nak membeli...hahaha

barang pertama yang mama beli online kolam itupun bukan duit mama,duit makngah (kakak mama) yang belanja ank-anak mama dengan membeli sebiji kolam, mama cuma deal dengan owner  tu saja, tapi alhamdulillah...jujur peniaga yang mama berurusan ni, hari ni order esok terus dapat...


                               


kat sinilah mama beli kolam tu, bukan setakat jual kolam,ada jual pelbagai lagi dekat sini, baju untuk kaum ibu pun ada, barang permainan untuk anak-anak juga ada, jika sesiapa ingin tengok-tengok bolehlah ke zaifaa collections. Mama pun macam nak membeli lagi tu...hehehe

baru-baru ni mama ada order lagi satu jubah...eceh kemain lak ye mama ni, alah sesekali reward pada diri sendiri kan, takde salah pun...hehehe, setiap orang pasti ada cara yang tersendiri untuk reward diri sendirikan...yang penting dapat kelulusan dari buah hati... jubah ni mama order dekat ummu aiman muslimah collection ini mama tengok dekat facebook. pun alhamdulillah, rezeki mama berurusan dengan peniaga yang jujur.Budak pos laju yang hantar baju ni pun kemain bagus belum 8 pagi dah call hantar barang.
 
 Semalam dapat offer dari sweet muslimah bila mama buka website, dapat voucher diskaun 10% untuk membeli baju, boleh beli sehingga 3 item dari sweet muslimah, tapi mama tidaklah beli sampai 3, mama beli satu je, itupun sebab mama nak cuba, tengok ok tak bajunya jika ok bolehlah mama beli lagi lain kali.Diskaun ni untuk item yang takde sale je..hehehe, tapi memang murahlah bagi mama.

Disebabkan mama ni takde online banking jadi mama bank in sajalah selepas waktu pejabat, tetiba atm tu kehabisan resit pulak, takde pula dia bagitahu awal-awal,mesin sebelah dah tulis awal-awal slip takde, mesin yang mama guna ni takde pulak tulis, mama dah cuak juga la sebab mama nak bagi bukti pembayaran macammana nanti, tapi mama emel jugalah maklumat seperti yang dikendaki, siap note kat situ resit pembayaran tidak dapat disertakan kerana kehabisan resit...hahaha kira bolehlah...tak lama selepas itu emel mama dibalas..legaaa sebab diterima dan siap dapat tracking number, hari ni baju mama akan dipos...syukur alhamdulillah... sweet mulimah rasanya ramai yang dah tahu pasal sweet muslimah ni kan...sajalah mama share jugak..

sesekali nak beli baju yang dah siap, bila dikira-kira balik kosnya lebih kurang je kalau mama beli kain dan hantar jahitkan..tapi terpulang pada masing-masing punya pendapat ini sekadar pendapat mama saja, ikut kesesuaian kadang-kadang teringin nak beli kain dan hantar tailor,kadang-kadang teringin nak beli baju yang dah siap, tepuk poket tanya hati...mana yang berkenan kita beli hihihi... kadang-kadang teringin nak jahit sendiri baju untuk mama pakai, tapi itulah belum cukup modal nak beli mesi jahit, hajat hati nak juga jadi tukang jahit profesional...hahah tak beragak angan-angan mama nih..kotlah boleh jahit dan jual baju pulakkan...inshaAllah..

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...