Friday 29 April 2016

Tips untuk kemahiran anak dirumah

Assalamualaikum...

mama share sesuatu yang mama dapat dari page FB yang mama follow ummu ilham, hari nak share sesuatu yang menarik buat mamalah mungkin dapat dikongsi juga dengan kawan-kawan yang punya anak-anak sebaya dengan anak-anak mama.

apa yang dikongsi tu?


Mari kita tengok apa tips yang dikongsikan tu, ada tak yang mama dah buat pada anak-anak.



Yang ini ada juga mama buat, memang selalulah sebab anak-anak memang suka basuh tangan sendiri, selain mencuci tangan mereka nak bermain air paip tu..huhuhu. tapi mama tidaklah suruh anak ambil kerusi bila tidak sampai, macam adelya mama angkat, adrien tangan nak basuh sampai, tapi buka paip tak sampai, biasanya abang adamlah yang tolong bukakan paip.



Ini pun ada juga mama lakukan, tapi tidaklah ambil yang berat-berat biasanya ambil sudu sajalah sebab itu saja yang boleh dicapai, pinggan pula letak di kabinet yang tinggi, memang tak dapatlah anak-anak nak ambil.


Inipun kadang-kadang berlaku mengikut kesusaianlah, kadang kalau orang tidak ramai, mama minta abang adam ambil sendiri, tapi disertai dengan kata-kata, elok-elok jangan jatuh kuih tu..mungkin ayat mama tu kurang sesuaikan, mungkin perlu gunakan ayat yang lain.


Ini mama buat bukan dikedai makan tapi disesetengah kedai sajalah, itupun bila abang hanya membeli satu barang, mama beri duit dan minta abang sendiri bayar dikaunter, lainkali mungkin mama boleh minta abang membeli makanan sendiri, seperti di big apple ke, tapi bukanlah di restoren yang perlu order makanan yang berjenis-jenis tu, order dan terus bayar dikaunter, tengok macammana, takpun boleh juga cuba di stall yang menjual air.



Setakat ini, boleh juga abang uruskan adik-adik, mandikan adrien, syampu dan sabun, kadang pakaikan baju adelya juga boleh sebab tuan puteri itu kadang manja terlebih mahu abang yang pakaikan bajunya, setakat ini abang dah boleh uruskan, sikatkan rambut adik pun boleh..hehehe




ini mama kadang buat juga, bukan apa sebab kadang mama tak tahu apa yang hendak dijawab jadi mama balas balik dengan soalan hehehe...teruk pula mama. kadang nampak lori ditepi jalan adrien bertanya "kenapa lori itu berhenti?" "adrien rasa kenapa?" balas mama sebab mama tak terfikir apa hendak dijawab. selepas itu akan ada jawapan balas dan pertanyaan lain dari adrien, sehingga dia puashati baru berhenti.


yang ini belum lagi, setakat ini memang anak-anak mama tak pandai uruskan masa lagi, mama yang menentukan masa untuk anak-anak apa yang perlu mereka buat, kadang apa yang mama minta mereka buat mereka tak buat pun..huhuhu

Sekian, perkongsian dari mama, kredit untuk ummu ilham yang berkongsi tips yang sangat menarik nih.

Wassalam

9 comments:

  1. Bila kakak baca ternyata dulu kakak banyak spoon-feed anak-anak kakak dlm banyak hal. Nak praktikkan sekarang semua dah besar hihi...

    Tunggulah kalau ada peluang jaga cucu kelak (beranganlah kakak ni AA).

    ReplyDelete
  2. Rugilah mak tak dapat guna tips ni Azra.... rugilah cenggitukan....
    Dulu dulu mana mak terer intenet internet ni...nak bukak pun tak tau tau!

    ReplyDelete
  3. Kadang mereka ada solusi yang membahayakan, bahagian soal balik tu ada pro dan con kut tu sebab baru pandai cakap.. good sharing AA.

    ReplyDelete
  4. Mmg kena ajar ank berdikari, selain meringankan sikit beban ibu, boleh Dpt kemahiran2 yg dikatakan tu

    ReplyDelete
  5. TENTU ANAK2 DPT TERIMA DIDIKAN YAN TU PELAN2...

    ReplyDelete
  6. hu hu hu...
    aida byk vuatkan utk anak2.
    meskipyn kakak2 da besar skang still few things aida x lepaskan diorang buat.
    a good reminder for me.
    maybe ijat = boy nak suruh dia survive skit.

    ReplyDelete
  7. kalau di ajar dari kecik mmg tak de masalah bila dah besar nnti kan

    ReplyDelete
  8. thanks share kak. sekarang kira tengah ajar uwais cuci basuh sendiri lepas buang air kecik. yg ambik barang tu alhamdulilah dah boleh dah dia. sebab dia paham soalan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...