Mengemas

Assalamualaikum...

Projek yang lama tergendala...macam projek besar je bunyinya kan..hihihi, bukan projek apapun, mama nak mengemas je. Mengemas baju anak-anak yang masih elok, dalam almari dan ada dua box penuh yang belum mama asingkan.

Baju sejak anak-anak masih bayi, segala barut, sarung tangan, kaki semua adalah, mama asingkan yang mana masih elok dan mana yang sudah lusuh sangat, niat dihati yang mana masih elok tu hendak disedekahkan saja.


Barut warisan je nih dari anak-anak buah yang dulu, kalau tak tentu masih dah guna nih hihihi, yela bila abang adam 2thn mama lahirkan adrien,bila adrien 2thn mama lahirkan adelya, tapi sekarang adelya dah 2thn 8bln..mama stop dulu la,besarkan mereka bertiga dahulu. Ikutkan hati nak je tambah sebab seronok ada baby, tapi biarlah dulu sebab penat yang bertiga ni pun masih melasakkan,kalau ada baby tak tahulah mama.

Ok..selesai mengemas, banyak juga baju yang masih elok,itupun baru yang dalam box dalam almari belum kemas lagi, baju yang dipakai untuk berjalan, banyak dah yang tak muat tu, tapi masih elok, sebelum disedekahkan perlu beritahu anak-anak minta izin untuk sedekahkan baju-baju tu, ustaz pernah cakap baju yang kita beli untuk anak-anak jika nak sedekahkan perlu minta izin dari anak-anak,ok mama dah minta izin. Moga anak-anak mendapat bahagian mereka.

Baju mama pun perlu tengok juga, banyak yang hendak mama sedekahkan juga tu.. Semuanya masih elok, tapi mama tidak pakai lagi, kata en.azmi kumpul mana yang hendak disedekahkan dekat sek.18 ada disediakan tempat pengumpulan barang yang hendak disedekahkan.

Wassalam

Comments

  1. MENGEMASLAH APA YG PATUT AI...ANAK2 MSH KECIL LAGI TU KALAU NK TMBH BILANGANNYA PUN OK SBB MASA MUDALAH NK BERANAK PUN...MSH KUAT MSH SHT HEH..HEH..

    ReplyDelete
  2. comelnyaa , baju - baju baby tue . Tapi betul lah . Bila , anak - anak lahir tak jauh beza , mana yang boleh dipakai oleh anak seterusnya , better simpan kan ? tak lah membazir sangat . Nia , tak ada rezeki ada anak lagi . Tapi , mama Nia , buat yang sama macam awak . Sebab beza Nia dan adik - adik , setahun je . hihihi...

    Nia , pun baru je kemas almari jugak . mana yang tak nak pakai dan dah tak boleh pakai better kita sedekah kan . Eh , seksyen 18 shah alam yang ada tempat pengumpulan barang yang nak disedekahkan tue ? =) tq for sharing .

    ReplyDelete
  3. Barut tu jgn bagu orang, simpan je smp ank cucu pun bole je guna lagi, akk pun masih simpan barut, dr ank sulung smp ank ke 5 pakai barut yg sama, nk simpan utk cucu plak, he he...alah apa salahnya berangan nnt mmg akn jadi nenek pun..

    ReplyDelete
  4. Proses mewarisi baju turun temurun selalu diterapkan dalam keluarga siqah juga. Berkongsi dan tidak membazir lagi baik kan :) Siqah tiada rezeki anak lagi cuma tengok kakak siqah ada buat begitu. Siqah pun dah kena kemas almari. Banyak baju dah tak pakai lama dah, sebab baju dah kecik 😂😂😂

    ReplyDelete
  5. Sedekah barang macam stroller tu playpan rasa senang dan mudah tapi baju ni susah skit, tak tahu la macamana AA, moga dipermudahkan lah kan..atau buat turun temurun ke apa hehe..

    ReplyDelete
  6. Samalah kita Azra....mak pun banyak baju yg nak dikemas dan disedekahkan....Tapi tulah...kejap mcm sayang kejap mcm menyemak almari....

    Dah confirm ke nak relax dulu tu....

    ReplyDelete
  7. kat umah aida ada 2-3 plastik baju2 lama.
    yg da diasingkan dan masih elok tau yan.
    tak tau nak bagi mana :(
    masih aida simpan.

    ReplyDelete
  8. Saya pun baru aje mengemas pakaian anak-anak. Mana yang dah tak muat, memang kena beri anak-anak saudara yang ada anak sebaya. Pakaian sendiri pun sama. Berharaplah pakaian lama yang dah tak muat tu akan muat suatu hari nanti. Itu yang buat jadi banyak pakaian dalam almari. Dah tiba masanya untuk buat sesuatulah.

    ReplyDelete
  9. Sedekah amalan yang mulia. Bagusla sis. Dari terbiar and tak guna baik sedekah kat orang kan. Pahala kita dapat. :)

    ReplyDelete
  10. baju uwais kira belum nak sedekahkan lagi. bagi adik baby pakai dulu. tapi tatau la nanti kalau adik baby dah pakai jadi lusuh. tak sedekah dekat org dah la kot ihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts