Tuesday, 12 April 2016

rendang kerang arwah mak

Assalamualaikum....

Malu pulak mama nak bagi resepi...hehehe, tapi sebab blogger iryanty minta mama share kat sinilah, malulah pulak resepi mama tu main agak-agak dan campak-campak sesedap rasa je. Apapun mama share jugalah, sebenarnya ini resepi turun-temurun dari arwah mak mama dulu, inilah resepi yang selalu mama buat sebab mama suka.






Bahan-bahan ni takde sukatan ye main agak-agak je ye...huhuhu

Kerang
Cili padi*
bawang merah*
bawang putih*
halia*
serai ( dihiris halus)*
jintan manis*
jintan putih*
kunyit*
daun kunyit
santan
minyak untuk menumis

cara memasak

kerang rebus dahulu dan dibuang kulitnya...hehehe itupun nak bagitahu ke mama, alah saja nak bagi nampak panjang sikit mama tulis nih. masa mama buat ni anak-anak tolong mama asingkan kulit kerang, seronoklah anak-anak dapat menolong.

bahan yang bertanda * ditumbuk, mama tumbuk ye tak guna blender sebab lebih sodap bila guna lesung batu..hahaha, bila dah halus, ambil sejemput kelapa parut tumbukkan sekali dengan bahan tadi.

santan pun agak2 dengan kerang yang kita ada tu, tak perlu banyak sangat kalau kerang kita sikit.. hehehe agak-agak je ye, mama tak pandai nak bagitau banyak mana nak guna tu.

Tumis semua bahan yang sudah ditumbuk tadi, bila dah naik bau masukkan santan. sentiasa dikacau supaya santan tidak berkepala. setelah nak hampir pecah minyak baru masukkan kerang, kacau lagi, jika nak berkuah bolehlah tutup api awal, jika nak pekat sikit tunggu sehingga kuah sedikit kering, taburkan daun kunyit, tutup api perisakan dengan garam.

Selamat mencuba...

Wassalam

32 comments:

  1. aduh...sedapnya...lama dah tak makan rendang kerang ni. kalau ada kulat kecik2 tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kulat sisir tu kan..haaa memang sedaplah

      Delete
  2. Amboi! aromanya terkeluar dah dpt kakak hidu hihi..
    Bagaikan dpt menikmati sedapnya rendang kerang AA itu tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak zakie, macam sedap sangat rendang saya ni ye

      Delete
  3. Rendang kerang mmg meletop letop kesedapannya. Cuma jarang buat jer hihi...
    Rajinnya awak tumbuk Azra...hish

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang buat,sesekali je nom.

      haa saya memang rajin menumbuk, guna blender jarang sekali, hakak orang dolu-dolu hehehe

      Delete
  4. Nakkkk jugak rendang kerang Yan..
    Sedapnya akak tengok..
    Makan dengan nasi lemak..
    Aduhai sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak, mai la datang rumah boleh saya buatkan hehehe

      Delete
  5. msti sedap nih... wajib cuba nih kak....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya rendang kerang tu.. tgk gmbr pun da rasa terliur.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi resepi dekat pokde, minta pokde masakkan hehehe...takpun mokde buat kejutan masak rendang kerang pulak untuk pokde

      Delete
    2. Ok jgk tu.. hehe.. kakak aimy suka kerang..

      Delete
  7. sedapnya sambal kerang ada tmbh jintan manis/putih mesti lain rasanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pi jintan penambah perisa tu

      Delete
  8. Pertama kali akak makan rendang kerang bila dapat adek ipar orang selangor...buat masa raya .Sejak tu akak jatuh cinta.Ni dah tengok rendang yan lagi lah akak terliur..hmmm sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak sini memang orang rajin buat rendang kerang, memang sedaplah

      Delete
  9. Walau ceritanya resipi campak-campak tapi kalau tengok gambar tu boleh terliur jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang resepi campak-campak je sweetie...hehehe

      Delete
  10. tq kak..kecur air liur..makan dengan nasi panas2 sedap agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap yan kalau makan dengan nasi panas

      Delete
  11. sedapnya rendang kerang makan dgn nasi lemak. nyummm.. nyummm

    masak ni mmg main agak2 j kan, kak. kalau buat kek atau sekut saya mmg ikut sukatan.. kang tak ikut lain jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ciksu, masak lauk main agak2 je, kalau baking kena ikut sukatan kalau tak, tak menjadi pula

      Delete
  12. Tula pertama kena cari kerang dulu :) kerang di olah begini nampak lebih sedap, pedas pedas panas, pergghh macam nak cari sekarang kerang tu. Oh serai dihiris halus ye..bagus ada resepi arwah boleh turun kepada adelya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah hajatnya BP, nak turunkan resepi pada anak2 share disini nanti mereka boleh tengok

      Delete
  13. sedapppp weiii rendang kerangggg.. tapi time nak cari kerang memang payah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang payah nak cari kerang, lama dah mencari,inilah baru jumpa

      Delete
  14. Jarang dah mkn kerang, manyak kolestrol ma, jgn marah mama yan, gurau je.
    Btw..rendang kerang tu menggodalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..saya pun jarang makan kerang juga, ini sebab teringin itu yang beli tu dah lama nak makan hehehe

      Delete
  15. sy save ye... hikhik...dah byk parking resepi...hari je xpernah cukup nak buat apply resepi2 tu......

    ReplyDelete
  16. aduhai yan.
    dap nyer...
    jarang family aida buat rendang kerang.
    sgt jarang.
    bcoz peminat kerang tak ramai :)

    ReplyDelete
  17. Sedapnyaaaa ratah mcm tu je pun sedap ni!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...