hasil dari orang demam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik, demam dah kebah, cuma sekarang masih batuk-batuk. Semalam pagi masih terasa sengal-sengal badan, kepala pun ting tong je, berbaring sekejap, tapi takkan nak berbaring lagi sepanjang hari kan, perlu bangun untuk keluarkan peluh barulah sihat.

Melihat bahan-bahan yang dibeli en.azmi, mama mula merangka apa yang hendak dimasak untuk makan tengah hari. sehingga pukul 10 pagi mama masih berbaring di kerusi diruang tamu.kemudian kumpulkan semangat, bangun tuju ke dapur.





inilah hasil masakan dari orang yang baru nak kebah demam...hahaha, ketam telur masin, kerang tu dah lama mama minta en.azmi belikan, tapi dikedai runcit tu payah pula ada, semalam alhamdulillah ada rezeki mama nak makan kerang, maka jadilah rendang pedas kerang arwah mak mama punya stail..hehehe, memang kalau kerang irulah yang mama masak, jarang sangat buat masakan lain untuk kerang.




dan ini air untuk melegakan tekak dikala cuaca panas, walaupun batuk dan sakit tekak mama minum jugalah segelas..penawar sakit tekak katanya hahah. bukan apa alang-alang adan tembikai sebiji yang entah dari mana munculnya, kalau tak 2 biji sebiji dah dibawa ke rumah ibu pada sabtu hari tu dan sebiji lagi ni, kalau dipotong begitu tentu tak dimakan, jadi buat air saja tentu laku waktu cuaca panas beginikan.

kemain mama dengan gelas kaki yang tak berapa halus tu kan hehehe...gelas yang kini tinggal 5 biji, sebiji dah dipecahkan adelya, haish anak dara tu lain dari abang-abangnya, kalau abang-abang takut nak usik pinggan mangkuk mama, adelya pula selamba saja pecahkan. Gelas tu adalah benda pertama yang en.azmi belikan untuk mama. sebelum kawin kami ke metrojaya sale, katanya nak apa? ambillah... entah mama tak tahu nak ambil apa, mama ambil saja gelas ini hehehe..

Itulah hasilnya dari orang yang baru nak baik demam, alhamdulillah..moga hari ini bertambah baik, batuk-batuk ini biasalah ambil masa sikit nak baiknya kan, minum air masak banyak-banyak sikitlah, ya bekalan 2liter air perlu dihabiskan.

Wassalam



Comments

  1. suka gelas kaki halus tu hehe.. pandai AA pilih gelas masa dating hee :) sedap kerang.. masak apa punbsedap kerang ni, rebus pun abis. Berbanyak rehat AA.. inshaAllah dah nak sihar tu..

    ReplyDelete
  2. Dalam kata demam2 pun banyak lauk yang dimasak ya yan...sedap2 akak tengok.Air tembikai tu buat akak telan air liur ...cuaca panas kan minum sejuk.
    Apapun akak harap yan cepat sembuh dari demam .

    ReplyDelete
  3. perkkkh sedapnya menu org nk baik demam masak...
    kalau dana lah kak... mau telur dadar je yg mampu nk bt kalau baru nk baik demam hehehe...

    ReplyDelete
  4. Membuka selera betul ni AA
    Jgn kata yg baru baik demam yg tak demam ni pun lebih-lebih lagi teringinnya:)

    ReplyDelete
  5. mak aii. air tembikai tu menggoda nyer, yan oii.
    aduhai. sgt la sedap!

    ReplyDelete
  6. SYUKURLAH DH BAIK DEMAMNYA HIDANGAN ORG YG BARU BAIK DMM NI BEGITU MNYELERAKAN...

    ReplyDelete
  7. Wah, sesungguhnya air itu sgt menggoda!!!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum....moga cepat kebah demamnya tu...

    kak rendang kerang berkuah tu macam sedap je..apa kata share resepi....:-)

    ReplyDelete
  9. Wahhhh selera org demam bukan main banyak lauk lagi ekkkk ....Mmg rajin sungguhlah awak ni Azra. Kalau maklah yg demam mmg tak ke dapur gayanya hihi

    ReplyDelete
  10. Demam2 pun.. bnyk juga hasilnya tu.. tak tahan tgk air tu.. huhu..

    ReplyDelete
  11. Rajin mama masak. Kira sejak dah hujung2 pregnant ni makin menjadi2 perangai malas nk masak. Tmbh dengan bdan xlarat nya lagi huuu. Makan ala kadar je

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts