Thursday, 7 April 2016

nombor yang sama

Assalamualaikum...

Ujian sekolah rendah dan agama dah pun berlalu, keputusan pun dah keluar, mama buka laman web yang disediakan untuk tengok keputusan ujian sekolah rendah abang adam. Alhamdulillah dengan keputusan yang abang dapat, mama dah bangga dah tu, tapi abang sendiri yang sedih, abang kata, abang tak dapat markah 100 macam kawan abang.

Tak apalah abang mama tak kisah sangat pasal markah,mama macam biasalah takde target apa-apa pun bila abang exam, cukuplah bagi mama jika abang dapat ikut dan faham apa yang cikgu ajar, dapat markah tinggi itu bonuslah. apa yang lebih penting semangat abang untuk belajar. Tapi bila abang cakap tak dapat markah 100 tu, mama cakaplah kalau nak markah 100 kenalah lebih fokus bila belajar.

Melihatkan pada keputusan dan kertas jawapan yang abang bawa balik tu, mama dapat tengoklah mana yang abang kurang ok dan mana yang abang ok, takpelah abang belajarlah ikut kemampuan abang, asalkan abang tidak tertinggal jauh, lagi satu yang mama tengok, abang tak faham soalan yang diberikan, matematik memang abang pandai, tapi ada soalan yang abang tak faham, jadi abang salah jawab..hehehe takpe nanti kita lebihkan buat soalan berbentuk macam tu ye.

Mama tak naklah paksa-paksa abang belajar, takut nanti abang tertekan pula. Cuma mama pastikan homework abang buat. Study tu memang taklah kan..hehehe, takpela perlahan-lahan. yang perlu abang perbaiki adalah tulisan..adoii naik pening mama tengok tulisan abang, kecik besar, tertonggeng terlentang huruf-huruf abang tu..hahahah, takpe nanti kita belajar menulis dengan lebih baik ye, tak cantik takpe asalkan kemas dan mudah dibaca.



Bila mama tengok keputusan abang untuk sekolah agama dan sekolah rendah ni, buat mama tersenyum, hebatlah abang ni, kedudukan dalam kelas sekolah agama dan sekolah rendah boleh sama tu 18/37..hehehe, mama pun tak pernah dapat macam tu.

Mama doakan abang sentiasa bersemangat untuk belajar,walaupun abang tak dapat markah 100, inshaAllah kalau abang rajin dan fokus abang mesti dapat markah 100.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

12 comments:

  1. Anak-anak kalau boleh memang nak 100% AA
    Apa lagi kalau sikit lagi dpt markah penuh

    Teruskan usaha abang utk lebih cemerlang ye sayang.

    ReplyDelete
  2. ABANG NI SGT BIJAK WALAU XDPT MARKAH PENUH...BELAJAR DGN KEMAMPUAN INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  3. Akak dulu anak pertama sekolah x kisah apa pun keputusan tapi bila dah tahap 2 dia sendiri atasi kelemahan dia.
    Boleh pulak no yang sama ya yan...apapun tahniah utk abang,..terus berusaha untuk jadi yg cemerlang.

    ReplyDelete
  4. Tahniah abang.....abg mmg hebat boleh dapat no sama sekolah keb ngan agama....ingat senang ke kan mama hihi....

    Betul kata awak Azra yg penting dia paham dan tidak ketinggalan jauh sudah....

    ReplyDelete
  5. Akak pun dgn anak tak paksa dorang sangat..
    Usaha kena seiring juga kan yan..
    Tahniak abg adam..
    Usaha lagi..
    Usaha tangga kejayaan..
    Ingat lagi motto kat sekolah rendah akak dulu2 ;)

    ReplyDelete
  6. Takpe Adam, ni baru ujian pertengahan semester, ada byk masa lagi, in shaa Allah boleh maju lagi tu..

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah.. moga dipermudahkanNYA untuk peperiksaan yang akan datang buat anak2 kita semua.. ;)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah pandai abang, nombor yang sama pulak AA, inshaAllah dapat 100 nanti, boleh share tips dengan aunty :)

    ReplyDelete
  9. anak2 aida pun da dpt result peksa ari tu.
    before cuti skola kan peksa nyer.
    ok ok la. tak ler teruk. tapi boleh diperbaiki.

    ReplyDelete
  10. Alhamduliilah. Tahniah abang :)
    Semoga terus sukses :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah syukur....moga adam terus berusaha ok...

    ReplyDelete
  12. Tahniah abang adam. InsyaAllah mula2 ni mmg mcm tu. Lama2 nt mesti lagi pandai dan mahir kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...