Friday 15 April 2016

Berlapang dada

Assalamualaikum...

entah apa mama nak bebelkan pun tak tahulah ni, lambat pula en.azmi petang ni. En.azmi bekerja ada barang yang hendak diangkut hari ini, hingga sekrang belum selesai kerjanya. berlapang dada sajalah sambil menunggu, mama menulis di sini

Sekarang 7.15ptg, risau juga mama tadi sebab abang adam sampai rumah masih tiada sesiapa berlapang dada, whatsapp group jiran-jiran, alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan rezeki yang diberi oleh Allah, rezeki jiran yang baik. Sebagai emak walaupun berlapang dada tetap juga merasa risaukan. Dua orang jiran wasap bagitahu abang adam dah sampai dan sekarang berada dirumah salah seorang daripadanya.

Lega mama membacanya,harap abang ok sebab abangkan pemalu, kak siti salah seorang jiran mama bagitahu dia ada menunggu didepan tadi, diajak abang mesti abang mesti abang tak mahu sebab abang segan dengan kak siti,pada hal anak kak siti tu sekelas abang masa tadika..hihihi takpe dirumah satu lagipun kawan abang juga, yang penting mama tahu abang dimana dan dengan siapa.

Azan maghrib dah berkumandang dari masjid shah alam tu,mungkin pukul 8 baru en.azmi sampai agaknya, minggu depan memang mama drive sendirilah, lagipun selepas ini mama pasti sibuk,kata bos mama paling awal pun pukul 8mlm baru boleh balik..bertabahlah mama ye dan berlapang dada sajalah

Wassalam

9 comments:

  1. Samalah kita. Bila suami balik lambat, mulalah nak update blog. Hii. Lambat balik next week, sebab dah end month agaknya ye. Huu. Drive elok2 nanti..

    ReplyDelete
  2. itulah kasih nya ibu bapa..mmbanting tulang 4 kerat..demi masa depan ank2

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada jiran tumpangkan dan tolong tengokkan, ini rezeki tak boleh dibeli kan.inshaAllah, dipermudahkan urusan minggu akan datang ni..

    ReplyDelete
  4. Dpt jiran yg baik mmg satu yg menyenangkan, saling ambil tahu kesusahan dan kemaslihatan sesama jiran.

    ReplyDelete
  5. Akak pun bila Iman balik tanpa sesiapa kat rumah pada jiran lah diharap kan,mujurlah sibongsu akak ni bukan jenis pemalu dibandingkan abang kakak dia dulu.
    Bertabahlah dek dlm mencari rezeki perlukan pengorbanan masa utk keluarga.

    ReplyDelete
  6. sbb tu ptg bagi kita berbaik dgn jiran . blh tlg tgk2n anak ...

    ReplyDelete
  7. 8 mlm???!!!
    Allahu Akbar yan.
    tabah ye.
    tu la dugaan mencari rezeki yg halal :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah ada jiran yg baik2. Memang risau kan kalau ada anak kt rumah sorg2. Mula rasa nk blik jalan kaki je masa tu

    ReplyDelete
  9. Maghrib maghrib gitu bila dah tau anak dengan sapa dan kat mana barulah lapang dada kita kan Azra. Nak buat macam mana Azra dah cari makan katanya sabar jerlah.....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...