Wednesday 6 April 2016

bekalan sihat

Assalamualaikum....

Cuba mengikut saranan dan nasihat yang diberikan.



Bekalan untuk diri lebih sihat, marilah amalkan...hehehe.

Semasa mengandungkan adelya mama mengalami sakit belakang yang teramat sangat, bila berbaring sukar pula untuk mama bangun, kadang hampir saja menangis, terkadang pula terus saja menangis. sakit yang teramat sangat.

Selepas melahirkan adelya, mama ingatkan sakit belakang tu akan hilang, mungkin hanya sakit ketika mengandung, tapi silap...sakit belakang itu berterusan, sakit yang teramat sangat hinggakan mama tak boleh nak bergerak dan bangun,

Satu pagi, mama terjaga dari tidur seperti biasa mama nak bangunlah untuk rutin harian, mengemas beg taska anak-anak, tapi entah macammana mama langsung tak boleh nak bangun, biasanya mama berpaut ditepi katil tu dan bolehlah mama bangun, tapi hari tu mama langsung tak boleh bangun, ingatkan mama dah lumpuh ke apa...alhamdulillah lepas tu boleh bangun tapi terpaksalah mama EL sebab tak boleh nak berjalan seperti biasa.

Ujian dari Allah, sabar dan redha menerimanya pasti ada hikmah disebalik setiap ujian dan kesakitan yang diberi.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

19 comments:

  1. Pengalaman perit tu...syukur alhamdulillah sdh pulih kesihatannya. jaga kesihatan diri n apa yg dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah PI harap sembuh sepenuhnya lah

      Delete
  2. Bagus makan buah-buahan banyak yan..
    Hendaknya musim panas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, memang dokte sarankan banyakkan makan buah2an dan sayuran

      Delete
  3. Habis ada pergi buat chcek-up tak AA
    Bimbang juga kalau slip-disc bahaya.
    Harap bukanlah, tapi sebaiknya cuba consult dgn doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pergi kakzakie, alhamdulillah akhir-akhir ini dah semakin ok, banyak juga pantang larang yang perlu diikuti, takut juga jika terlalu teruk dokte kata perlu dibedah, rsiau juga dibuatnya,harapnya tak perlu sampai dibedah

      Delete
  4. Anak ppuan akak juga selalu alami sakit belakang.Masa nak masuk asasi tahun lepas buat xray nampak tulang belakang nya agak bengkok wlpun pada zahirnya tak nampak.Doktor pun ada pesan mmng mudah sakit belakang .Akak pun tak tau mcm mana nak dia atasi sakit .
    Akak juga harap yan akan sihat demi untuk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, harap anak akak pun akan pulihlah sakitnya tu, memang teruk kalau sakit belakang ni.

      inshaAllah kak, terima kasih, buat masa ni takde lagi sakit yang begitu teruk, cuma kadang2 je sengal2 sikit

      Delete
  5. hai. lama aida x dpt singgah sini :)
    moga sihat ye.
    kalau teruk, gi cek doktor.
    jgn lengah2 tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah aida, dah jumpa dokte..kalau masih teruk akan berjumpa lagi nanti

      Delete
  6. Betul kata kzakie, bimbang slip disc jer, kena pegi check doktor cepat, ada kwn akk tu slip disc, buat keje rmh smb bwtdiri pun tk bole. Lama dia buat terapi baru ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah akak,moga2 tak bertambah teruk, sekarang dah makan ubat yang dokte bagi, harapnya akan sembuh sepenuhnya

      Delete
  7. Akak kena pegi hosp check ya.. takut2 ada masalah buah pinggang.. kawan saya penah 2 tahun lepas lumpuh sementara, lepas warded beberapa minggu dapat tahu masalah buah pinggang dia tak leh kenalpasti benda baik n buruk dan buabg semua garam yg diserap badan jadi bila badan kurang garam menyebabkan lumpuh .. istilah sebenarnya saya tak pasti.. tapi kisah kawan saya tu gitula.. jd 2 tahun ni dia mmg amik ubat. Kata doc mayb sepanjang hayat kena amik ubat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops.. jangan salah faham ye.. moga akak xde apa2 masalah kesihatan.. cuma berkongsi masalah kawan sy.. apa2 pun elok pegi jumpa doc dulu..

      Delete
    2. eh..takpe akak tak kisah aisy, betul tu kena pergi jumpa dokte, inshaAllah sebelum dah berjumpa dokte, sedang makan ubat yang diberikan, jika masih berterusan akak akan pergi berjumpa dokte yang lain pula, sebab ada banyak lagi masalahnya ni

      Delete
  8. Mmg sihat sungguh tu....awet muda pun yer jugak tu tau!.
    Tak dpt nak bayangkan camne sakit pinggang awak tu Azra. Gitulah kehidupan kan.....moga jangan diuji dgn yg lebih teruk, takut tak mampu menghadapi

    ReplyDelete
  9. Semoga awak sihat2 sahaja. Kalau sakit lagi, terus check up lagi ye..
    Kena banyakkan makan buah dan sayur. Haih, makanan yang tak berapa suka itu lah sebenarnya penawar segala.

    ReplyDelete
  10. Huuu perkara yang pling takut. Sakit masa pregnant membawak sampai ke dah bersalin. Sungguh takut @.@

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...