Nak macam princess je..

Assalamualaikum...

begini rupanya perangai anak dara..hehehe, sebelum ni ada abang adam dan adrien je, jadi kerenah mereka tu macam biasa sajalah, peranagi anak-anak lelaki, tak kisah sangat tentang mamanya ni, tapi kadang-kadang adrien tu boleh tahan juga tu, bila mama buka almari nak pilih baju dia pun sibuklah "biar yen yang pilihkan baju untuk mama" sambil jari telunjuk dibibir sambil mengirai-ngirai baju mama "haaa...mama pakai baju ni, baju ni cantik"...haa kemain sangatkan.

Bila ada si tuan puteri seorang nih lain pula ceritanya, dulu masa umur setahun lebih pakaiannya nak mengikut abang-abang nak jeans dan t-shirt, tapi bila dah berumur 2thn 8bln ni, citarasa dah berubah, sikit-sikit nak princess, hari tu yang mama dapat hadiah dress bertingkek-tingkek tu, marah dia sebab dia punya takde...huhuhu siap tanya "yaya punya mana?" bila mama pakai baju tu, adelya siap cakap "waa..mama princess" hahaha princess la sangat pada hal mama ni taraf dayang senandung je.

Sekarang ni apa yang mama pakai mesti adelya nak ikut, bedak semua nak yang mama punya. bila dapat pakai dress bukan main siap menari pusing-pusing lagi tengok skirt tu mengembang. pagi tadi bangun tidur mengamuk-ngamuk, biasalah sebab diusik en.azmi la, rajin sangat mengusik anak pepagi hari, geram jeee kita menengoknya. Dah puas menangis pujuk-pujuk mandi, pastu nak pakai baju princess, pegilah pilih baju dalam almari, macamkan banyak sangat bajunya yang ala-ala princess dalam almari tu kan.

Ambil je la satu baju tu mujur muat lagi, itupun mommy yang beli masa makdak kawin dulu, bawalah baju tu ke bilik sambil senyum-senyum tunjuk baju tu kat papa dia, kemudian baru nak mandi, bersiap semua nak papa dia siapkan, haaa...layankan je la anak dara nan seorangkan. mama bersiap pakai baju, nak pakai shawl, dah adelya mengamuk nak tudung mama pulak, nak tudung bunga-bunga macam mama huhuhu...mana adelya ada tudung bunga-bunga. macam ni pulak ye peel anak perempuan semua nak ikut mama, kata mommy daeisha pun sama apa dress mommy beli dia pun nak jugak,kalau tak beli merajuk, alahaiii...anak dara mama pun ala-ala nak macam tu juga nampaknya tu hehehe

Perlu tak mama nak tambah dress dan tudung untuk adelya? mama memang bercadang nak beli lagi tudung untuk adelya, tapi kenalah tunggu gaji memandangkan bajet dah kena cut hehehe, sekali mommy cakap tak payah belilah nanti mommy bagi dress dan tudung kakak daeisha punya yang kecil-kecil dulu, mama apalagi...silalah bagi hahaha..laju je kan, takde hallah adik-beradikkan, lagipun baju-baju tu masih elok, budak-budak cepat membesar,sebelum ni pun dah banyak juga mama rembat baju kakak daeisha yang masa baby tu bagi adelya pakai.


tengoklah gaya adelya tu, siap beg dan botol susu lagi haa nak pergi taska, dalam beg tu ada 2 buah buku je, tapi semangat sangat nak bawa beg pergi taska, layankan sajalah.


Lagi gaya adelya sambil makan roti telur..hehehe

Layankan sajalah kan sementara anak-anak masih kecil ni dan selagi permintaan mereka bukan yang keterlaluan sangat. mama dulu kecik-kecik tak merasa nak pakai princess macam ni, baju raya pun sekayu ye dengan adik-beradik lain, sama kaler,sama corak, sama pattern..huhuhu itupun dah gembira sangat jalan keliling kampung sampai petang nak kumpul duit raya...hahaha.

Oklah sebelum mama merapu entah apa-apa lagi cerita hal waktu kecik-kecik dulu baik mama berenti dulu hehehe

Wassalam

Comments

  1. alolo comelnya adelya....macam dak besar je....

    ReplyDelete
  2. Ha ah kak, anak nak membesar and banyak keletah ni kita sebagai mama kena layan-kan aje. ☺ Sedangkan saya tengah bersiap pergi kerja pun, time nak pakai blusher sibukkkkk la cakap "nak kai - nak kai". Haihhhh nak pakai juga anak dara saya tu. Budak kecik semua memang camtu la gaya-nya kan kak. Walaupun kita fefeeling fening, tapi happy. ☺

    ReplyDelete
  3. alololo.. comelnye die.. best kan anak pmpn.. kwn gosip, kwn make up, kwn shopping.. haha

    ReplyDelete
  4. comelnya princess adelya nk ke taska.

    ReplyDelete
  5. comelnya, anak perempuan kan memang ke arah princess je la. tapi itulah kawan mama nanti

    ReplyDelete
  6. alah2 comeinya....
    udah gegirl kene lah mcm princess kan adelya

    ReplyDelete
  7. princess adelya nak ke taska ya....alololo...princess sopan santun ni..bagus :)

    ReplyDelete
  8. Biar yg perempuan ada naluri perempuan begitulah juga yg lelaki biar ada naluri lelaki baru kita ni yg jadi mama tak susah hati. Kalau asyik nak ikut cara lelaki lagilah kita pening AA. Ini oklah... good sign yg Adelya memang princess to mama and papa...

    ReplyDelete
  9. comelnya adelya, mai nk peluk cium sikit, boleh kawan dengan sarah ni. Esok sarah besar mcm na pula? HEHEHEH ni adelya ikut mamanya. Mama pls shopping lagi byk yyer kat adelya.

    ReplyDelete
  10. Asdalamualaikum.

    Comeinya...pakai gaun memang lagi cantik...teringat mada kecik2 dulu...arwah tok belikan...

    ReplyDelete
  11. Geramkan anak 2 tahun berbaju dress ni, bertudung pegang botol susu mesti la nak beg taska macam sekolah jugakkan... semua ikut mama tak sunyi mama ada peminat hehe..:)

    ReplyDelete
  12. masa tgh umur mcm adelya ni mmg semua nk ikut apa yg kita buat..
    kakak aimy dulu pun mcm tu.. abis semua bedak dan lipstik dia nk pakai..
    kita pakai tudung, dia pun nak.. da nk keluar rumah, baru nk cari tudung..
    sabar je la..

    kalau ada yg bagi.. ambik je.. hehe..
    budak2 cepat besar, kdg2 baju tu masih elok, tapi dah tak muat..

    ReplyDelete
  13. Dua pun nak cantik mcm mama jugak rupanya hihi....
    Untung tau ada kakak yg ada anak pompuan jugak. Boleh tumpang baju cantik cantik...

    ReplyDelete
  14. Comelnya dia bertudung siap haa :) Seronok keletah budak baru nak membesar. Macam2 ragam walaupun kadang2 agak bengang nak layan. Hahaha! Awak boleh pakai baju matching dengan anak. Bestnya! Mesti comel je both :)

    ReplyDelete
  15. a great moments, yan.
    aida ada 2 anak dara. memang fhm sgt ler pe yan nak citer ni :)
    memang princess style tu menjadi pilihan gegirls.
    hingga aida ada 1 kostum each princess utk diorang.
    ada simpan sampai skang :)

    ReplyDelete
  16. Dah namanya anak pmpuan kan. Dlu mama pening bila adelya nk pakai baju sama abg je hihihi. Makin besar budak kenit ni. Princess muslimah ni hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts