Projek aiskrim abg adam

Assalamualaikum...

Satu malam mama sedang menonton tv, abg adam datang pada mama
"mama...abg nak berniaga la"kata abg adam pada mama.
"abg nak berniaga apa?" Tanya mama.
"Berniaga aiskrim yang mama buat tu"
"Abg nak berniaga dekat mana?"
"Berniaga dekat depan, tapi abg kena ada meja, abg nak ambil meja mana?abg ambil meja tv nilah, nanti papa tolong angkat meja ni" semangat abg bercerita, tapi abg itu buka meja, itu kabinet tv mama lah, takan nak bawa kabinet tv buat letak aiskrim kot...hehehe
"Abg kena ada tong nak letak aiskrim, nanti yen teman abg, tapi kalau yen lari-lari macam mana siapa nak jaga yen" sambung abg adam lagi, mama hanya mendengar je segala perancangan abg adam tu.


Mama cuba realisasikan perancangan abg adam, gigih buat 3 jenis aiskrim, alhamdulillah kali pertama jual dapatlah abg rm5. Cuma mama sedikit kecewa aiskrim tidak membeku dengan elok, entah apa kena dengan esbok tu agaknya. Mama jual 20sen je sebatang. Abg masih tak pandai mengira dengan baik, duit baki lupa nak bagi, ok takpe lepas ni mama ajar lagi sebab abg masih tak faham.pelan-pelan ye abg.

Namun takdelah mengikut perancangan abg sangat sebab abg nak jual ditepi jalan sana, buat masa ni jual pada jiran-jiran dulu,nanti kita pergi tepi jalan pulak ye sebab nanti kalau ditepi jalan mama perlu tunggu dengan abg masa abg berjualan. Itu kita fikirkan nanti ye. Mama tengok abg seronok sebab dapat duit, mama dah asingkan duit hasil jualan aiskrim abg tu.

Doakan abg adam berjaya dalam usahanya ini ya, mana tahu abg jadi pengusaha aiskrim yang berjaya nanti kan.

Abg..mama dulu pun jual aiskrim malaysia masa kecik-kecik..

Wassalam


Comments

  1. Aunty PC pun dulu jual ais krim malaysia ni abg adam...sampai kopak pintu esbok...promosi kat sekolah...balik sekolah nail melecet ketiak...asyik keje buka tutup esbok...tapi alhamdulillah...moga abg adam berjaya ya sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah... terima kasih PC, mama harap pun abg adam berjaya dengan usahanya ini

      Delete
  2. wah bersemangat sekali abang kecik2 lagi dh minat berniaga...elok beri galakan sambil membantu insyaAllah sukses kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak..moga terus bersemangat abg adam ni, mama sentiasa berikan semangat

      Delete
  3. Wah dah mula projek abang Adam ya...
    Tapi kan Ilah murah sangat tu 20 sen ...tempat akak yang tinggal ceruk kampung ni pun orang jual aiskrim sumi dan coki2 50 sen sebatang.
    Kalau Ilah nak tau kakak tadi nak beli plastik aiskrim pun dah kehabisan kat kedai,ramai dah minat buat aiskrim sumi musim2 panas ni.
    Apapun makcik harap perniagaan abang adam akan bertambah sukses ,dari hari ke hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah mula dah kak, aah jual 20sen je kak untuk anak2 jiran ni, nak ambil mahal macam kesian pula hehehe, tak apalah sambil menjual tu kita bersedekahlah kak, moga makin dimurahkan rezeki oleh Allah nanti hendaknya.

      terima kasih kak, moga Allah makbulkan doa akak untuk abg adam

      Delete
  4. Laa mama yan, kalu rmh kita dekat2 mau aunty borong eskrim abg adam tu byk2, murah sgt tu, tapi tkpelah niat sedekah sekali ye abg adam;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai3 borong hehehe, aah memang jual murah2 je, selebihnya kita sedekah

      Delete
  5. Abg Adam, bagusnya! Kecik-kecik dah tahu cara mencari rezeki dan duit. Hii. Bagus2, aunty suka! Didoakan agar perniagaan abg semakin laris nanti. Keep it up! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih siqah doakan abg adam

      Delete
  6. Rajinnya AA dah jadi misi yang diniatkan lega kann. InshaAllah ada ganjaran menyusul nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinkan diri demi anak2 BP, seronok tengok semangat anak2 nak meniaga

      Delete
  7. Tabik springlah auntie dgn Adam kalau macam ini
    Bagus.. teruskan apa lagi sekarang tengah musim panas dan aisrkim malaysia dah viral balik macam zaman auntie kecik dulu:)

    ReplyDelete
  8. rajinnya berniaga..adam ni mesti ikut mama dia nak jd bisnessman
    achik pun ada niat nk jual aiskrim tau adam
    tp risau takde org nk beli, asyik takde kat rumah jer..:(

    ReplyDelete
  9. rajinnya... memang nak buat ni, tapi masa macam tak de la pulak... ( alasan je tu)

    ReplyDelete
  10. Abg adam itu kecil2 cabe rawit ya mbak, masih kecil sudah rajin dan bersemangat untuk jualan, saya doakan semoga abg adam itu berhasil .. amin

    ReplyDelete
  11. Mama yg bagus ni! Anak sebut nak jual eskrim jer terus buat....
    Semangat abang dan semangat mama mmg patut di puji! Kalau cengginilah, insyaallah cepat berjaya tau.

    Azra nampaknya kena tuka esbok ni hihi

    ReplyDelete
  12. bagusnya...semangat usahawan!! =)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah yan.
    sgt bagus. boleh dilentur and jadik kan minat dia sebagai hobi dan seterusnya menjana pendptan yg byk.

    ReplyDelete
  14. Bagusnya alahai nak berniaga aiskrim. Mulalah depan rumah dulu lepas tu baru pergi ke tepi jalan ya, Abang Adam ^_^

    Murahnya jual 20 sen sebatang. Kalau up naik 50 sen, tak boleh ke? Kasihan Abang Adam berniaga balik modal aje nanti...

    ReplyDelete
  15. Alahaiiii, bagus nya abang adam ni. Kecik kecik dah pandai sangat, genius sangat ni. :)

    ReplyDelete
  16. pandainya bisnes, bagus camni kan

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah , kecil lagi dah ada semangat berniaga . sunnah tu . blh tabung dlm tabung haji . my anak buah lak , wpun tabung duit dr baki duit belanja sekolah , mrk gunakan uk membeli apa yg mrk suka bila ikut mamanya shopping . cuma kakak sulong je simpan dlm bank bila dah cukup rm50 . tapi bila dpt surat dr bank , adik2nya jeles pulak ... hehehee

    ReplyDelete
  18. letak je iklan depan rumah. nt ada la yg bagi salam mintak aiskrim hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts