By Lah

Assalamualaikum....

Sebelum ni mama tak berapa serius sangat sekadar suka-suka, tak pasti boleh tak buat benda ni. Hari tu dengar penerangan ustaz haslin mengenai dropship ni, katanya diharuskan asalkan tiada unsur penipuan. Janganlah bila dah dapat duit kita tak bagi pula pada peniaga tu.

InshaAllah mama nak buat betul-betullah, memandangkan masih tiada produk sendiri, mama jual produk orang lain dahulu...hihihi, cita-cita ni tinggi nak buat produk sendiri konon tapi tu lah belum cukup budget, inshaAllah kalau ada rezeki nanti.

Sebelum tetapkan hati nak bersungguh-sungguh ni,mama tanya geng gigirl mama kakak dan adik-adik nama apa yang best kikiki..saja minta pendapatkan, ada juga nama diberi tak boleh pakai, yang bukan-bukan saja, akhirnya mama pilih nama ini.





Siap buat page kat fb tu, sesiapa sudi bolehlah like..hihihi, ajak kawan-kawan like je, nak promote page tu memang takde lah lagikan.

Pilihan nama By Lah tu sebab memberikan dua maksud..Lah tu memang nama panggilan mama, so by Lah..dari Lah le, satu lagi kalau sebutan by lah tu , macam belilah hehe..haa ok juga tu kan, ni idea mommy, so mama ambil yang ni je...yang lain macam "pak dollah sayang" tu kita reject teus hahaha

Dapat tambah sikit-sikit income pun dah ok kan, bolehlah buat simpan-simpan untuk masa akan datang, penuhkan tabung anak-anak juga. Belajar dulu sedikit-sedikit mana tahu lepas ni keluar produk sendiri...hihihi impian setinggi gunung nih..inshaAllah. Buat masa sekarang kutip dulu ilmu yang ada kan.

Doakan mama ye..

Wassalam



Comments

  1. InsyaAllah satu hari nanti mungkin yan menjadi usahawan yang berjaya,menghasilkan produk sendiri ...

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya mulakan bisnis pelan2...

    ReplyDelete
  3. Yess!! pandai memilih nama yang punya dua pengertian.
    Semoga terus berjaya Lah:)

    ReplyDelete
  4. Ada dok dgr dropship ni, tapi tk smpt lagi nk survey pabendanya.
    Moga berjaya ye, terus Lah maju.

    ReplyDelete
  5. Wah.. makin betambah kemahiran dan income ni.. tahniah kak.. moga maju jaya dengan bisnes baru ni..

    ReplyDelete
  6. Moga permulaan ini menjadi langkah pertama yang cemerlang untuk masa hadapan..

    ReplyDelete
  7. Cantik nama tu. Semoga dimurahkan rezeki by Lah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah nama tu catchy sangat, beli lah kan.. mendoakan jugak.. moga berjaya AA. Cantik pagenya.

    ReplyDelete
  9. Tahniah awak. Moga bisnes berkembang dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah :)
    moga sukses ekk...

    ReplyDelete
  11. good luck kak. moga terus success dimasa akan datang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts