Monday, 4 April 2016

Majlis Aqiqah Adelya Azra bt Azmi & Aisyah Shaffiyah bt Azizul

Assalamualaikum...

Perjalanan majlis Aqiqah untuk adelya dan aisyah (anak buah mama), majlis hari ahad.



Pagi sabtu en.azmi dan adiknya ke mempaga melihat kambing untuk aqiqah disembelih, adrien dan adelya mengikut sekali melihatnya, kata en.azmi adrien steady je tengok, adelya pun ok, cuma masa kambing tu melmpat rempuh pagar semasa hendak ditangkap tu, adelya terkejut dan menangis. balik tu bercerita pada mama " yaya tengok kambing berdarah banyak, yaya takut"Pada hal kata en.azmi masa sembelih tu adelya tak  tengok pun, mama agak adelya takut masa kambing tu terpa ke arah dia sebelum itu.



Petang acara merewang bermula, adik beradik en.azmi masak sendiri je, bukan mama yang memasak, mama cuma tolong potong-potong je, itupun sambil menangiss...huhuhu bukan sedih tapi potong bawang merah menitik-nitik airmata dibuatnya.potong bawang dan segala daun untuk dimasak, sepupu-sepupu en.azmi pun datang, bertambah meriah suasana. buat kerja sambil berbual dan bergelak ketawa, tak sedar pun dah selesai, tapi sedar jugak lah hahaha


sebakul mama mengerjakan jantung pisang untuk dibuat masak lemak,habis bergetah tapak tangan,sapu minyak masak dan gosok dengan pencuci periuk, cepat je tanggal getahnya tu. pucuk ubi, daun kunyit, daun kaduk, serai dan petai untuk dibuat tempoyak ubi kayu, makanan kegemaran mama tu, memang sedap sangatlah.Geng-geng lelaki mengerjakan kambing. agak mencabar bekerja dalam cuaca yang panas membahang, bukan merungut, tapi mencabar betullah, mujur dapat rembat kipas besar dari rumah makcik sebelah..hehehe


Goodie beg, ada orang kata membazir je sediakan goodie beg, ada juga yang kata sediakan goodie beg sengaja nak menunjuk-nunjuk, bagi mama terpulang pada niat kita, niat mama sediakan semua ni adalah untuk bersededah dan dengan niat nak berkonsi sdekit kegembiraan dengan yang menerima, takde apapun yang diisi, sebuah buku doa harian dan yassin, air kotak(mak mertua beli), popia nestum (biras beli), cream puff (adik ipar beli), ini 100 beg, mama tambah 30 beg untuk kawan-kawan yang datang dan boleh juga diberi kepada tetamu yang lain, juga 30 beg untuk anak-anak, ya mama pasti anak-anak akan gembira bila dapat goodie beg ini, walapon hanya diisi dengan 3 jenis makanan sahaja.



Dalam majlis ini juga dibuat tahlil dan bacaan yassin diikuti dengan majlis cukur jambul untuk anak buah baru aisyah shaffiyah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, banyak mama snap pic, tapi banyak pula yang gegar, sebab ada yang mengikut dibelakang hehehe, siapa lagi kalau bukan adelya.

gambar-gambar lain dihari majlis..



seronok bila ada kawan-kawan sekolah yang berkunjung, kebetulan mereka pulang ke kampung, kawan yang seorang itu memang dah menetap dikampung mengerjakan tanah yang dimiliki sengan menanam pokok getah, moga usahanya beroleh kejayaan.. Jiran-jiran setaman di klang pun datang, mereka ini datang kerana nak makan patin tempoyak...memang en.azmi beli patin khas untuk mereka.
oh...lupa pula mama nak ambil gambar menu semalam, antara menu yang ada, kari kambing, ayam goreng berempah, patin tempoyak (lauk khas), jantung pisang masak lemak, tempoyak pucuk ubi, buncis goreng, tembikai, ais krim malaysia (yang ini memang laris dalam cuaca panas nih)


adelya dan kakak aimy, yang berlawan siapa yang buat peace yang betul..hehehe dua-dua pun betul tu. Adelya tu bertudung, berjubah tapi bukan main ganas lagi, main pakciknya siap bersepak-sepak lagi, adoiii...tapi memang nampak juga la keganasan adelya tu, hmmm... Macam tahu je ikut siapa tu hehehe...kalau kawan-kawan rapat mama mereka tahu,pasti ikut mama, kalau kawan baru je tak tahu hihihi sebab dorang kata mama lembut..itu mama yang sekarang, alhamdulillah dah bertukar dari ganas ke lembut. Pernah ada member lelaki cakap "kau ni kalau mengandung aku tak tahu macammana" hehehe...manusia boleh berubahkan.


Adelya tak habis-habis makan ais krim malaysia tu,sempat selfie dengan adelya je, abang-abang entah ke mana dah,tak sempat nak bergambar pun. Adrien petang tu berlari-lari jatuh di jalan tar, luka siku dan tapak tangan, takpe lah nak, itu baru namanya anak lelaki, zaman kanak-kanak itu, jatuh sakit dan luka barulah seronok, macam zaman mama kanak-kanak dulu, setakat jatuh luka itu perkara biasa dah...hihihi

Ok lah itu saja gambar dan cerita yang ada sekitar dua hari dikampung,anak-anak tak puas di kampung,tapi nak buat macammana mama kerja,anak-anak juga perlu bersekolah, petang itu sebelum balik, bereskan dulu pinggan mangkuk yang ada bersama adik-adik ipar, rasa tak selesa pula nak tinggalkan mereka sahaja buat kerja, tolong kemas apa yang patut, lepas maghrib kami bertolak balik, jalan jem pula, hampir pukul 12 baru sampai rumah.lenguh tangan memangku adelya.

Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, adik-beradik mama takde seorang pun yang datang sebab tiada siapa pun yang balik ke kampung, tak apa mama faham, nanti ada rezeki mama buat kenduri di rumah sendiri pula...inshaAllah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

26 comments:

  1. kn dh kata compom meriah bila bt ramai2 kt kg....
    menu tuh ya Allah mcm2nya... sedap2 lak tuh
    perkkkkh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana..meriah sangat buat kerja ramai2 macam tu

      Delete
  2. SERonok klo buat majlis kat kampung..meriah sbb ada xtvt rewang... masak sama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lya, merewang ramai2 macam ni best sangat

      Delete
  3. Meriah majlisnya. Alhamdulillah dah buat aqiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah, itulah alhamdulillah selesai sudah

      Delete
  4. Alhamdulillah buat from scratch juga ye, memang meriah. Geram dengan Adelya, baru 2 tahun lebih kan, umur ni memang geram. Tengok tu nak buka apa tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah bp buat kerja ramai2 macam tu, aah adelya 2 tahun lebih, bln 8 ni 3 tahun la. betul tu macam2 idea dia bp, nak makan aiskrim malaysia tu

      Delete
  5. Alhamdulillah.. Semuanya lancar ye..
    seronok berkumpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua berjalan lancar, lega sangat, memang seronok dapat berkumpul ramai2

      Delete
  6. alhamdulillah
    semuanya berjalan lancar, kan !!
    puashati seronok.bila dpt realisasikannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ciksu, seronok bila dapat buat apa yang kita nak buat

      Delete
  7. Alhamdulillah.. rasa lega kan bila dah selesai majlis yang dirancang.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..
    Selesai majlis ye Yan..
    Bila berkumpul ipar duai memang banyak lah dibualkan ..
    Riuh jer tempat rewang tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yati memang riuh dibuatnya,siap menangis-nangis sambil potong bawang hehehe

      Delete
  9. Ermmm...tengok gambar pun dah tau meriah sakan tu, kanak2 mmg suka goody bag tk kisahla apap pun isinya...

    Cam dpt idea je, apakata hari raya kita kasi goody bag je kt budak2, sesuai tak, he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang budak2 suka dapat goodie beg tu kak, sesekali bagi budak2 gembira.

      idea yang bagus juga tu bagi goodie beg masa raya

      Delete
  10. Tahniah ye Azra....
    Jangan Azra budak kecik kalau terkejut tengok kambing tu harus trauma tak makan kambing nanti hihi.... Anak yg sulung tu dulu masa dia kecik terkejut tengok kepala lembu sampai ke besar tak makan lembu. Nasiblah sekarang dah ok....

    Yelah kan biarlah org nak kata apa pun, yg penting niat kita nak bersedekah....
    Gader gader gini mmg best cuma yg tak best nak merewang tu jerlah hihi...Penat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nom..

      ye memang risau juga, malam tu tido berapa kali adelya terjaga menangis-nangis, rasanya mesti terbayang kambing tu terkam kat dia la tu.

      itulah memang niat nak bersedekah makan pada orang, moga ada ganjarannya dari Allah, tak banyak sedikit.

      memang penat pun, inipun sengal-sengal lagi badan ni ha, mata pun nak terlelap je dibuatnya

      Delete
  11. Alhamdulillah... selesai sudah ibadah aqiqahnya.
    Semoga ibdah diterima Allah. Anak-anak menjadi anak yg solehah.

    Cantiklah Adelya berjubah dan bertudung. Comeeeellll sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak zakie, itulah yang diharapkan moga semuanya diterima oleh Allah.

      kadang2 nak pakai tudung, ikut mood dia kak

      Delete
  12. Alhamdulilah selesai dah bahagia aqiqah adelya. Masak kampung alahaiii sedapnyaaaa. Semua pun sedap2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega dah selesai.

      memang sedap pun masakannya tu...hehehe akak tolong makan je, masak memang taklah

      Delete
  13. Alhamdulillah....selesai majlis aqiqah dengan lancar dan meriah....

    ReplyDelete
  14. ijat ada sekor lagi kambing utk dikikah kan.
    ntah bila. moga ada rezeki ijat in shaa Allah.
    aida dulu buat kikah ada jugak gudi beg.
    saje suka2 nak rai kan org.
    letak dlm tu pulut kuning dgn sambal bilis.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...