Thursday 27 October 2016

Houses Lighting dan Warung Cikgu

Assalamualaikum...

Sabtu..en.azmi bekerja mama dan anak-anak duduk dirumah, sambil mama mengemas sikit-sikit , mengemas sorang-sorang buatlah sikit-sikitkan. Tengok rumah pun dah macam tongkang pecah tak sabar nak angkut semua keluar. Dua rumah nak kena kemas nanti memang penatlah rasanya. Petang adik ipar wasap bagitahu nak singgah rumah..aah sudah rumah macam tongkang pecah dengan satu apa juadah pun takde bukan kata juadah, sirap ka semua takdelah memang en.azmi cakap malas nak beli apa-apa dah, nak memasak memang jauh sekali la. buat-buat tebal muka je lah dengan adik-adik ipar..wakakaka

Ahad..teruskan misi mencari lampu, semangat mama kejut anak-anak awal pagi konon nak sampai awal ke kedai lampu, sebab katanya kalau weekend orang ramai. tapi mama ni nak tak nak memang kena pergi weekend jugalah dan terpaksa juga membawa anak-anak. sampai je dikedai lampu pukul 10.30pg tapi kedai belum buka, tengok-tengok ahad pukul 12 baru buka..hahaha gigih sangat mama kan, tapi ye lah mama mana tahu kedai buka pukul berapa, mama bajet pukul 10 la buka. takpelah kami pergi kedai lampu yang ada disebelah houses lighting tu survey-survey, dalam pada nak tengok tu belilah 2biji lampu alang-alang orang melayan dalam kedai tu macam tak sampai hati pula tak membelikan.

Terasa lambat pula nak menunggu pukul 12, mama ajak en.azmi pergi cari makan dulu, area puchong nih mama tak tahu dekat mana nak pergi makan. dekat kawasan sekitar kedai lampu tu tiada pula kedai untuk duduk makan. so moh ler kita pusing-pusing cari kedai makan. En.azmi laju je drive entah ke mana nak dituju pun tak tahulah. separuh jalan dia kata "kita pergi makan dekat kedai ni..sedap" okeh mama ikut sajalah sebabnya mama pun tak tahu kedai makan yang lain. Maknanya en.azmi pernah makan disitulah kan.

Warung Cikgu nama kedai tu...amboii ramainya orang beratur, mujur kerusi meja banayk dapatlah kami tempat duduk, En.azmi order coconut shake dan air jagung, mungkin menu yang menjadi pilihan disitu agaknya kan. En.azmi cakap "tu ambik gambar, tak payah viral pun tapi orang beratur panjang"..kekekke mama pun ambilah gambar. Dekat sini tempat order air lain tempat ambil makanan lain. nak minum dan makan pergi order dekat tempat yang disediakan, mereka tak datang ambil order ye. senanglah tu mama tunggu meja dengan anak-anak, en.azmi pergi order air dan nasi hehehhe..

Dekat signboard tu tempat order minuman, yang beratur panjang tu tempat ambil makanan


Sesudah makan terus ke kedai lampu semula, mama membayangkan mesti orang tak ramai lagi sebab baru pukul 12, tapi  mama silap sampai-sampai je parking dah penuh adehh terpaksa parking jauh sedikit, menapaklah kami, dalam kedai pula orang dah ramai..mana datang mereka semua ni??? hahaha..ingat mama sorang je nak beli lampu ye, mungkin kedai ni dah terkenal jadi memang ramailah yang datang membelikan. konsepnya disini kita pilih dulu lampu yang mana kita nak, lepas tu panggil pekerja kemudian kita diberi nombor dan tunggu dikaunter untuk check barang yang kita beli, selepas berpuashati baru ke kaunter bayaran, selesai membayar, bawa resit dan terus keluar disitu nanti dah ada pekerja yang tunggu tunjuk resit dan mereka cari barang kita, siap tolong angkut bawa masuk kereta lagi.



Dapatlah lampu untuk rumah nanti dalam kalut dengan anak-anak tu dapat jugalah mencari lampu, beli lampu biasa-biasa je,ada harga lampu yang mahal..cantiklah lampunya tapi mama mampu tengok je la, lampu tu pun tak sesuai dengan rumah mama yang comel itu hihihi. kebanyakan kedai memang jual lampu patern yang sama je nampaknya sekarang ni, lampu led berbentuk bulat dan petak, cuma lingkaran diluarnya sahaja yang berbeza warna, hitam putih dan silver, mama ambil semuanya sama je, satu je berbeza sebab en.azmi mahu yang jenis tu, untuk letak dibahagian luar rumah. dalam sibuk-sibuk tu sempatlah mengira lampu yang hendak dibeli, walaupun dah kira siap-siap tapi yang jenis sama perlu kira berapa nak beli, sebab mama ada beli 2 lampu lain yang berbeza...kikiki nak juga yang lain sikit. Nak tahu lampu apa yang dibeli, nanti update ye lampu pun belum pasang lagi tu.

Alhamdulillah...dah settle bab lampu, lepas ni kipas pula..dah buat kiraan..lampu 13biji, kipas 6biji..waduhhh banyak lagi je macam belum settle nih, bulan depan dah nak masuk rumah, semalam dapat surat duit rumah akan dipotong bulan depan...haaa cepatnya hehehe dah pinjam duit orang mestilah orang suruh bayar cepatkan, nampaknya bulan depan kena bayar 2 rumah laa...apa nak buat bayar sajalah kan, ada jiran tu dan setahun bayar 2 rumah, mama ok la sebulan je kan. Moga dipermudahkan urusan kami untuk masuk ke rumah sendiri.

Wassalam

8 comments:

  1. hamboi ngancam coconut shake dia. tu lah kan,kalau dah sedap takyah tunggu viral kat tenet. dari mulut ke mulut pun boleh

    ReplyDelete
  2. Apa pun perancangan dah disusun cantik Insya-Allah bulan depan dan boleh masuklah rumah baru AA. Pasang lampu bila dah masuk pun tak apa.

    ReplyDelete
  3. waaaaa msti lawo pilihan lampu akak...

    nk msk umah baru mmg fening jgk lah nk beli sume baru jgk...
    moga dpt setel sume spt yg di rancangkan kak

    ReplyDelete
  4. Walaupun terasa penat, mesti seronok buat persiapan untuk pindah ke rumah baru ^_^

    Bukan main teruja lagi AA sampaikan kedai tak buka pun dah terpacak depan kedai ya!

    ReplyDelete
  5. Tu dia.....kedai makan cikgu anak dara namanya hihi..
    Sedap ke tidak makanannya Azra?
    Camnelah agaknya lampu awak tu ye Azra. Nanti jgn lupa tunjuk hokey!

    ReplyDelete
  6. Bagus konsepa kdai lampu tu buat. Sebab pelanggan ramai agaknya. Lagi satu lampu ni mudah pecah. Jadi mereka buat macam tu lagi selamat agaknya.

    ReplyDelete
  7. Hehe.. jgn kata kak lah, ira pun xtau kedai2 area puchong tu.. nama je dekat.. kalau xde sbb, mmg tak pegi la area situ..

    Banyaknya lampu kat situ, cantik2.. mesti rambang mata nk memilih..
    Settle lampu, kipas pulak ye.. mana yg x sempat tu, lps masuk rumah pun boleh buat.. nk buat semua sblm masuk rumah pengsan.. bajet pun bnyk kene keluar sedebuk.
    Pindah masa cuti sekolah la ye.. makin sibuk la kak lah dlm bln 11 ni. Selagi x pindah, selagi tu x senang hati kan.. smga dipermudahkan urusan masuk rumah..

    ReplyDelete
  8. wahhhhhh meriahnyaaaaaa. bab lampu memang best sikit nk soping. lampu mainkn peranan penting hihi.

    kira pun plan yg sama kak. klu dh dkt nk masuk rumah nt xnk soping sgt. susah nk pindah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...