Nasi ayam sedap

Assalamualaikum...

Ya lepas ni mama tak perlu nak sentap-sentap nak menangis bagai mengalahkan ibu mengandung kalau terasa nak makan nasi ayam..kikiki. Bukan apa susah betul ak cari nasi ayam yang kena dengan selera mama ni, pernah makan yang sedap dekat uptown damansara tapi takkan tiap kali makan nak ke sana? Memang en.azmi tak layan le gamaknya melainkan kalau mama mengidam la kan harus en.azmi bawa. Mama pun takde la nak menyusahkan dia pun hihihi.

Ha yang sebenarnya nak cerita mama dah jumpa nasi ayam sedap yang memang kena dengan selera mama, ayamnya sedappp lembut berjuicy..tu diaaa kemain mama kan, yang penting bagi mama nasi ayam ni adalah sosnya, kadang nasi ayam orang bagi sos cili memang tak kenalah dengan selera mama ni, tapi nasi ayam ni sosnya sedap pedas-pedas masam. Dah berapa kali mama beli tak perlu tunggu en.azmi lagi untuk pergi beli.

Nasi ayam sedappp... Rm5.50 sebekas
Kedai sebelah cafe di ofis mama ada jual nasi ayam, pertama kali beli dah jatuh hati kemudian mama hasut kawan-kawan beli dengan memuji nasi ayam ni sedap, kawan-kawan pun terjebak, ada satu hari semangat nak beli turun bawah tengok kosong ingatkan belum sampai nasi ayamnya rupanya dah habis huwaaaa sape yang beli awal-awal ni? Esoknya mama turun awal pergi beli kikiki... Turun awal beli bungkus, makan tetap pukul 1, lari kejap takpe kot, jangan ada yang amik gambar sudahhhh...tak pasal-pasal viral pulak, penjawat awam berebut nasi ayam wakakaka.

Hari ni tak bolehlah makan nasi ayam, esoklah mama beli..hehehe

Wassalam

Comments

  1. wah3... mau hari2 layan ns ayam lah ni kak....

    harga pun boleh tahan murah, tgk isi pun banyak mmg puas hati lah

    ReplyDelete
  2. Lagi dekat dan murah aje ni AA
    Nampak lauk/sayuran diberi pun memuaskanlah AA

    ReplyDelete
  3. tengok kat gambo tu mmg menyelerakan!

    Lps ni mungkin AA boleh amik no hp penjual tu, sng mintak reserve..hehe

    ReplyDelete
  4. Murah dan sedap. Sebab tu ramai yang beli akak.

    ReplyDelete
  5. Dia memang letak dalam bekas tu ek? Nampak sedap dan berbaloi lah dengan harga..

    ReplyDelete
  6. Hari2 makan pun x jemu...sedapnya

    ReplyDelete
  7. Tulah kan, jarang nk jumpa nasi ayam yg kena dgn selera kita. Akk kalo nak makan buat je sendiri, puas hati, makan pun puas.

    ReplyDelete
  8. Hehe.. xde la ngidam lg ye. Kalau ngidam senang da nak cari..
    Tu la nasi ayam ni, sosnya tu main peranan penting juga.. susah nk jmpa nasi ayam yg betul2 sedap. Dulu ira suka makan nasi ayam madu dkt setiawangsa..kedainya dkt ngan sekolah.. hehe.. x igt la nama kedainya..

    ReplyDelete
  9. Untunglah nmpaknya penjual Nasi Ayam tu ada orang beli selalu haha....Teringat masa kerja dulu, ada sebuah kedai ni jual nasi ayam sedap jugak. Kalau beli nasi ayam mesti mintak ayam dia 2 bhg. Hihi....sikit sangat portionnya

    ReplyDelete
  10. Itulah siapa suruh promote satu pejabat. Kan dah habis orang beli! Hahaha!

    Ni cuba cerita sikit kat mana nasi ayam sedap ni? Kalau sekadar AA mentioned office AA aje, manalah saya tahu kat mana.

    Ohh....AA pun penjawat awam yerk! Jaga-jaga! Ramai yang memerhati! Jangan pergi rehat sebelum waktu rehat ~_^

    ReplyDelete
  11. Banyaknya.. Kalau macam nie memang berbaloilah dengan harga..

    ReplyDelete
  12. tnegok portion dia besar. betoi kak nasi ayam ni kena betoi2 orang pandai masak je. kira tak suka nasi ayam yg ayamnya goreng mcm ayam goreng biasa tu. kadang tu sup dia tak kick

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts