Saturday 24 September 2016

Kesyukuran berganda

Assalamualaikum...

Kalau nak murah rezeki kita kena banyak memberi. Mama ni kalau diikutkan dah lama tak memberi, almaklumlah lebih mendahulukan keperluan diri, bayar itu itu, repair sana sini, jadinya dah lama la tak memberi kepada kebiasaan yang mama selalu beri ralat jugalahkan, tapi nak buat macammanakan.

Ini sajalah nak share..khamis baru ni mama dah berniat,kalau duit masuk mama akan transferlah kepada orang-orang yang selalu mama transferkan duit. Pagi tu mama transferlah sebab malam duit dah masuk, untuk online banking memang tak banyak pun ada kalau ada banyak nanti macam-macam pula yang mama nak online shopping, jadi apa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi, cuma kadang masuk lebih mama shopping jugak hahaha..gagal melawan nafsu untuk bershopping.

Pagi mama transfer petangnya dapat dua perkhabaran atau pemberian yang menggembirakan, syukur alhamdulillah...cepat Allah membalas pemberian itu. Mama ni sejak tengok review pasal satu barang ni teringinlah nak membeli,tapi harus tunggu bajet dulu, tapi petang khamis tu rezeki mama betullah dapat barang tu dengan percuma. Makngah whatsapp dekat group ibrahim dotters "muka korang dengan aku lebih besar je tak?" Semua kami jawab dengan tanda soal tanda tak faham "muka kita semua sama je kan" jawab makngah barulah kami faham,kami jawab muka makngah lebih kecil..kenapa? Rupanya makngah belikan kami semua telekung siti khadijah...lebiu makngah memang mama teringin nak beli telekung tu, tak sabar nak amik kat makngah.


Makngah whatsapp gambar...cantiknya tak sabar dibuatnya, ye lah yang mama idamkan dapat free haruslah suka kan...harga tak tahulah berapa, yang mama tengok telekung ni mahal juga...baling belakang jap, dulu pernah kata-kata seorang makcik ni membuatkan hati tersentak, walaupun bukan makcik tu cakap pada mama kebetulan mama ada kat situ dan terdengar. Makcik ni jual telekung dan ada seorang wanita datang bertanya harga telekung bila makcik tu beritahu harga, wanita tu cakap "amboi mahalnya harga telekung" lepas tu makcik tu jawab, "beli baju mahal kita tak berkira tapi bila telekung mahal kita berkira pula, sedangkan ini pakaian untuk kita jumpa Allah" mama faham bukanlah maksud makcik tu nak cakap jumpa Allah kena pakai yang mahal-mahal, cuma mungkin sebab jawapan wanita itu yang membuatkan makcik itu berkata begitu. Mama pun tersentak juga, ye lah harga baju kadang cecah ratus,takan beli telekung yang ratus pun nak berkira.. Teruk pula rasa mama ni, tapi alhamdulillah dapat jugalah apa yang mama hajatkan tu.

Satu lagi kesyukuran dihari yang sama. Berita ini sangat mama nantikan..tiap kali berdoa mama tak pernah lupa untuk dimudahkan urusan yang satu ini,siap cakap pula tu,kalau dapat tahun baru nak berada ditempat baru dengan suasana baru. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, perkhabaran yang satu ini memang lama dinantikan, hari ini terjawab sudah. Moga dipermudahkan urusan mama yang satu ini dan semoga tahun baru januari 2017 memberikan kami kehidupan dan suasana baru, ditempat yang baru.

Wassalam

16 comments:

  1. ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN N LUASKAN REZKI DGN BANYAK MEMBERI INSSYA-ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga murah rezeki & dipermudahkan urusan.. dpt masuk rumah baru ke?..
    Teringin juga telekung SK tu.. tp tu la.. belum ada bajet..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki...semoga segala urusan dipermudahkan ye.

    ReplyDelete
  4. Suka memberi akan murah rezeki kan...
    Alhamdullilah dapat rezeki telekung SK ,bertuahnya adek beradik baik hati memberi.
    Akak kalau ada rezeki nak juga merasa pakai telekung SK untuk solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak syukur sangat2,ada adik beradik yg pemurah

      Delete
  5. alhamdulilah,...saya membacanya penuh senyum dan hati gembira apalagi akak yang mengalaminya,moga akak sentiasa dilimpahi rahmat ALLAH buat keluarga juga.moga sentiasa bahagia dan happy selalu kak..amin

    ReplyDelete
  6. Betul tu Azra....kalau kita buat benda baik, percayalah, Allah akan balas dengan benda benda yg baik jugak....
    Kalau bukan kita yg dapat baiknya mungkin pada anak atau keluarga kita....
    Ikhlaskan ajelah....ada masa syaitan mmg suka menghasutkan....

    Telekung SK rasanya cecah Rm200 jugak tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nom, kadang2 syaitan tu.menghasut je bila nk buat benda baik.

      Aah..200++ harganya tu

      Delete
  7. saya dah lama pasang impian nak beli telekung siti khadijah.
    cantik dan selesa.
    tapi sebab harga dia mahal.... terpaksalah pendam je niat tu...
    pakai yg biasa pun cukup, asalkan cukup 5 waktu sehari semalam.. huhu..
    alhamdulillah, rezeki buat AA =)

    **panggil AA pulak. hehe.. jangan marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu gee..harga telekung tu tak kisah walaupun murah yg penting solat kita tu kan, cukup & sempurna.

      Takpe panggil AA pun hehehe

      Delete
  8. Murah rezeki AA. Alhamdulillah. Syukur pada Allah ^_^

    Aha, rezeki yang satu tu saya tahu sudah sebab dah baca entri terbaru. Mesti tentang rumah barukan ^_^ Berganda kegembiraan ya AA bila apa yang kita hajati menjadi kenyataan dalam hidup. Tambah ceria hidup jadinya.

    Saya pun minat telekung Siti Khadijah ni tapi dalam pada membelek, beli telekung lain pulak ^_^ Benarlah kata makcik tu, kalau bab duniawi, mahal-mahal pun kita sanggup pejam mata tapi kalau bab nak ganti sejadah, telekung, tambah AlQuran etc. semua pun siap 'berkira-kira' dalam kepala! Sayalah tu salah seorang. Malu nak ngaku sebenarnya!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...