Tempat makan baru

Assalamualaikum...

Mama ni rasanya macam dah lama tak ke dapur..kikiki malas betul nak memasak, kena tunggu ruang dapur baru nih baru ada semangat nak masak. Mama bukan apa keadaan dapur sekarang yang buat semangat nak memasak tu jatuh merudum. Dah bagitahu tuan rumah tapi masih takde apa-apa lagi,takpe la kita percepatkan sikit pindahlah nampak gayanya. Masalah dah lama nak repair sendiri tapi takde kata putus jadi kita terima sajalah keadaan yang ada.

Okeh seban dapur tak berasap kita cari dapur lain yang berasap, keluarga angkat rama mama ni, janji ada duit hahaha...order makan bayar. Sekarang port baru mama,en.azmi dan anak-anak dekat bukit naga tu, kedai biasa-biasa je tapi kena dengan selera, nampaknya mungkin lama tu jadi keluarga angkat mama tu hehehe. Nama kedai memang mama tak tahu sebab takde signboard kan apa yang penting apa yang mama dan anak-anak suka makan ada disitu.




Kesukaan anak-anak mama nih..chicken chop, sini chicken chop bajet namanya rm5, lamb chp rm6. Oklah untuk anak-anak mama sebab kalau besar sangat tak habis pula, inipun ayam je dimakannya sayuran tu mamalah yang kena habiskan, bukan untuk sepinggan tapi 3 pinggan. Mama ni mana boleh tengok makanan tak habis, membazir jadi mama la yang habiskan.


Ini.pula kesukaan mama dan en.azmi, nasi goreng kampung..memang sedaplah pastu geng kan dengan telur dadar memang layanlah mama makan. Bagi mama sedaplah nasi goreng kampung ni nak bandingkan dengan kedai dekat area rumah mama tu.


Masa makan hari tu abang adam nampak budak meja sebelah makan lempeng "mama budak tu makan apa?" Jawab mama lempenglah terus abg adam nak, ada beberapa jenis lempeng, lempeng biasa, lempeng pisang, lempeng kelapa,lempeng chesse..abg adam memang peminat chesse terus minta lempeng chesse memang sedaplah..mama dapat rasa secubit dua jek..nanti mama nak order lempeng kelapa pulak.

Haa inilah tempat makan baru kami..sedap dan harga pun berpatutan..ehh macam kena pergi je lagi nih..tengok lempeng tu perut rasa bergelora pulak...hihihi dengan harapan en.sombong baca entri nih dan bawa berbuka disini petang nanti.

Wassalam

Comments

  1. Amboi.. entry pasal makan aje ye skrg.. huhu.. sbar2.separuh jaalan je lg ni.

    ReplyDelete
  2. perkkkh apa mengoda sgt menu nih kak...

    ReplyDelete
  3. murahnya harga makanan di situ ya, AA. Lempeng tu pulak tak diberitahu harganya. mesti murah kebabom jugak ek?

    selamat berbuka puasa nanti. ada ke harapan nak berbuka di situ agaknya..^_^.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap chicken chop tu..
    Mudah2an dpt berbuka kat situ ye..
    Selamat berbuka..

    ReplyDelete
  5. Chicken cop 5 /6 ringgit tu murah sangat ...rasanya tak dapat kat tempat lain kan.
    Banyak dah kedai2 makan jual lempeng sekarang ni ya..berbagai perasa pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Murah harga western food tu... kat area rumah saya ni payah dah nak jumpa harga mcm tu... chicken chop je dah belas-belas regenya. Lamb chop pulak mau sampai RM20 sepinggan, dah mcm makan kat hotel lima bintang, padahal warung je.

    ReplyDelete
  7. Bukit Naga tuh kat negeri mana?

    ReplyDelete
  8. Kat mana tu, eh...dah tentu2 kt Shah Alam kan, ermmm..jauhlah nk pegi, tapi ciken chop tu mmg murahla. Kita ni kalo jmp tmpt makan yg sesuai, kena dgn bajet kita, tentu suka aje kan

    ReplyDelete
  9. wahh..mcm berbaloi sangt makan kat situ kan AA.. murah2 plak tu.. rm5 chicken chop mmg takkan jumpa kt sini.. hihi... lempeng pun sedap...abg pae sukalah.. :)

    ReplyDelete
  10. AA, pergilah tanya tuan kedai ni apa nama kedai makan ni. Macamana nak pergi kalau tak tahu nama ^_^ Masalahnya, Bukit Naga pun saya tak tahu kat mana!

    Saya tak boleh dengar orang sebut atau terbaca orang tulis tentang lempeng pisang. Tiba-tiba bergelora rasa keinginan nak makan lempeng pisang juga. Argghhh.. kena terjah Umai Cafelah nampaknya kalau nak lempeng pisang; dah AA tak tahu apa nama kedai baru dan murah nih...

    ReplyDelete
  11. Hihi.....semua tu alasankan sebenarnya.
    Nanti jgn lupa ambik gambo rumah baru, kabinet baru, cat baru, kerusi baru pendik kata semua yg baru barulah ye...

    Oittt murah tu....
    Mmg cantek sangatlah contract jadi keluarga angkat seunur hidup hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts