Wednesday, 12 October 2016

Ya ampunnnn....mama lupa

Assalamualaikum...

Kisahnya...mama ni terlupa sangat-sangat..ya ampunnn en.suamiku.. Ahad tu entah apa yang mama sibukkan mama pun tak tahu lah..enfon entah ke mana, buatlah kerja apa-apa yang patut dibuat, petangnya pegi melawat rumah lagi sebab isnin nak pasang tinted,kenalah pergi buka kunci rumah,nanti macammana la si jordan tu nak masuk pasang.

Sambil-sambil bersembang dengan jiran terangga, bercerita itu ini, mama pun baru tengok enfon...penuh mesej kat wasap group member sekolah, tengok mesej kawan-kawan baru mama perasan hari tu besday en.azmiku rupanya..wakaka terlupa terussss okeh..ucapan pun tidak kek jauh sekali la, biasa pepagi mama suruh anak-anak ucap besday kat papa dorang tu,tapi kali ni memang mama lupa langsung.

Mujur jugalah en.azmi tu jenis tak kisah,takdelah nak bising-bising kalau isteri dia ni lupa, tak macam isteri dia ni, kalau lupa tarikh-tarikh penting maunya tarik muncung itik berdepa-depa sampai boleh diikatlah muncung isterinya itu...kikiki, maafkan isterimu ini ye en.suami, tapi doa untuk dia tak pernah dilupakan setiap solat mama ni. haishh pada hal sebelum ni dah plan nak buat kek, tapi itulah kita merancang Allah jua yang menentukan dan Allah lah sebaik-sebaik perancang.

Nanti kita pergi bercuti ye walaupun lambat lagi nak pergi tapi tarikh itu je yang mampu mama pilih, tahun ni sibuk..januari dah lega so kita holiday januari nanti inshaAllah...itu hadiah untuk family..anak-anak yang selalu ditinggalkan bila mama bekerja hingga malam dan juga weekend, juga hadiah buat en.suami yang menjaga anak-anak dikala mama kerja, menjadi driver hantar dan ambil mama dari kerja, oleh sebab balik malam mama tak berani nak ke parking dan drive malam-malam en.suami la yang jadi drivernya. Terima kasih en.azmi (mama tahu en.azmi baca..hihihi).

Dalam pada nak buat persiapan masuk rumah baru, tetiba nak bercuti pulak, nak buat macammana dah beli tiket, tup-tup kunci rumah pun dapat jadi marilah bertabah ye mama, pulunlah kira bajet untuk rumah dan untuk cuti-cuti...kikiki, takpe nak masuk rumah duit en.azmi nak holiday duit mama, jadi adil dan saksama gituuu, kira-kira bajet holiday pun bergegar kepala otak mama ni dibuatnya wakaka, takpe demi anak-anak mama akan berusaha dengan gigih.

Maaf ye en.sombong suamiku...I is lupa your besday. Why en.sombong???? Dulu-dulu dia sombong..okeh yang tu nanti-nanti mama story. Mari doakan yang baik-baik buat en.azmi.

En.sombong ini suamiku...haaa boleh buat tajuk novel dah ni..


Wassalam

14 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY EN AZMI...LAIN KALI YAN JGN LUPA TARIKH PENTING TU

    ReplyDelete
  2. heheheh mule2 sombont last2 terpikat ye kak...

    hehehehe nsb la en suami tu tak tarik moncong itik mcm akak kan

    ReplyDelete
  3. lupa sekejap tak apa, jgn dilupakan terus sudahlah. kita mak-mak ni semua benda nak diingat, manalah nak save semuanya kalau kotak memory dah sarat dan berat, kan.

    alah, selalu balik malam dan kerja weekend tu, tentulah dibayar OT. bolehlah tampung belanja vacation...kan, kan, kan...hihi

    selamat hari lahir kpd en. suami AA

    ReplyDelete
  4. Heh heh, akk pun selalu gak terlupa, tapi kami ni mmg jenis pasangan tak berkisah sgt, so kalu akk lupa dia tk bising, kalo dia lupa akk pun tk bising.
    Sanah helwah kpd en suaminya ye

    ReplyDelete
  5. Hmmm... sombong-sombong pun dialah pujaan hati kan:)
    Sehari tak jumpa rindu dah menggunung haha...

    Selamat ulangtahun buat en. Azmi

    ReplyDelete
  6. Yalah kalau dah sibuk2 memang lah jadi lupa.Takpe sekejap je tu.Semoga suami Ilah panjang umor murah rezeki dan bahagia bersama Ilah dan anak2.

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday utk abg mi..
    Semoga diberikan umur yg berkat, kesihatan yg baik, rezeki yg luas..bahagia dunia akhirat..

    Hehe.. nk buat mcm mana, da terlupa..mcm2 yg perlu diuruskan..
    Mcm ira ni, x dan nk lupa..sbb dia suka menyakat bg ira igt besday dia..

    Hehe.. sombong ke encik tu??

    ReplyDelete
  8. Bolah buat cerita tu tajuk tu akak. Tak apa,lepas ni boleh pergi bercuti.

    ReplyDelete
  9. Hahaha! Kelakar tau tajuk drama terbaru ni - Encik Sombong itu suamiku!

    Nasib baik suami AA jenis yang tak kisah. Kalau dia kisah, mesti merajuk dah. Hahaha!

    Suami saya pun jenis tak kisah tapi kalau kita buat-buat lupa, mulalah bagi klu macam-macam. Sayalah kan lagi diberi klu, lagi saya buat-buat lupa. Tapi, jadi isteri ni tak sanggup pulak nak buat-buat lupa sampai terlepas hari istimewanya. Lainlah macam AA, memang terlupa habis. Itu kenalah en sombong itu suamiku maafkan. Next time birthday isteri en sombong suamiku tu, buat-buat ajelah lupa. Tengok macamana meroyannya dia. Hahaha!

    ReplyDelete
  10. hihi.. boleh pulak terlupa kan AA...busy sangat kot...nasib baik En suami tak kisah kan... moga2 semua yg dirancang tu berjalan lancar... best nak cuti2... hehe

    ReplyDelete
  11. Selalu lelaki yg lupa birthday isteri, kali nih terbalik pulak ye. Hihi.
    Selamat hari Lahir En.Suami AA. Semoga kekal bahagia bersama till Jannah ^_^

    ReplyDelete
  12. Boleh lupa? Hish....kesian En Sombong. Walaupun dia tu sombong dulu dulu tp dia tetap mempunyai perasaan. Mahu di ucapi dan dibelikan kek haha....

    Nak bercuti ke mana tu Azra

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...