Friday, 30 December 2016

Bila harus memilih

Assalamualaikum....

Bila harus memilih dan membuat keputusan yang sukar, tak terluah rasanya tapi apakan daya keputusan tetap perlu dibuat setelah mengambilkiran pelbagai perkara. Ianya menjadi sukar apabila kita perlu meninggalkan sesuatu yang bagus untuk sesuatu yang kita belum pasti. Tapi biasalah semuanya perancangan dari Allah kan.

Berat hati mama nak bagitahu tecer taska yang tahun ini merupakan tahun terakhir untuk adrien dan adelya duduk di taska tu, selepas ini mereka akan duduk ditempat baru berdekatan dengan rumah baru. cuma abang adam masih transit disitu sebab masih belum dapat bertukar sekolah, jadinya abang adam perlu dihantar dan diambil dari sekolah nanti memandangkan tiada transport yang pergi ke sekolah abang adam tu, takpelah bersusah payah dahulukan, mana tahu kemudiannya akan diberi kemudahan.

Adelya akan diletakkan dirumah jiran sebelah rumah mama, alhamdulillah orangnya pun baik, inshaAllah dia akan jaga adelya dengan baik, jiran mama tu pulak bekas cikgu tadika jadi dia memang dah biasa dengan kanak-kanak dan katanya dah tak tahu nak buat kerja lain selain dari menjaga anak-anak, ok lah tu kan.

Untuk Adrien pula, satu keputusan sedang dipertimbangkan dan dikaji mana yang lebih baik untuk adrien juga untuk mamapapa, kena pertimbangkan dari semua aspek masa, kewangan dan semuanyalah, apa yang pasti Adrien sudah pun kami daftarkan di PASTI yang terdapat disitu, Adelya pula inshaAllah akan menyusul juga tapi buat masa sekarang kami tak masukkan lagi adelya ke pasti tu, setelah menimbangkan beberapa perkara, walaupun kata orang dah boleh nak bagi adelya sekolah tapi papanya kata biar dulu, ok takde masalah kita ikutkan saja.

Hari ini merupakan hari terakhir adelya dan adrien di taska, ada jamuan akhir tahun mama pun menyempatkan dirilah untuk memberikan sesuatu untuk tecer sebagai tanda penghargaan, mama berikan sebiji kek, itu untuk abg adam dan adrien potong nanti, sebagai sambutan hari lahir mereka di taska bulan ini. dan mama yang tak berapa nak kreatif ni pun membuat gubahan bunga dan coklat untuk tecer..ahahahaha orang buat canti, mama buat ala kadar je, itu je yang mama termampu dengan idea yang tak berapa nak memberangsangkan ini, oklah tu harap tecer gembira menerimanya.


inilah hasil dari kerastangan mama..hehehe tak sempat nak berfikir pun beli barang pun main sauk je.
Sedih mama rasakan bila terpaksa berpisah taska ni, tapi tak pe mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat anak-anak kan...semoga segalanya dipermudahkan nanti InshaAllah.

Wassalam

10 comments:

  1. Adoiiilah mama awat emosi sangat ni....mama pulak yg lebih lebih haha...

    Huish....terer dah tu buat jambangan bunga coklat tu. Kalau harap mak, lagi keras, takut tak jadi jer haha...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..
    Ada yg lebih baik menanti AA..
    Taska yg lain juga ada kelebihan tersendiri kan..

    ReplyDelete
  3. Mesti sedih adrien & adelya nk berpisah dgn tecer & kawan2 taska kan.. Ye la, da lama kat situ, dari kecik duduk situ..mesti rindu nnt..

    Cantik je gubahan bunga tu.. Simple.. Tecer mesti suka.. 👍

    ReplyDelete
  4. pandai mama gubah bunga + choc. cantik! ingat bunga anniversary ke apa tadi. hehe

    ReplyDelete
  5. Apakan daya kan, begitulah bila harus memilih, kita fikirkan byk aspek, dari segi susah nak htr jauh, duit minyak, pendek kata tolak, campur, darab bahagi semua, mudah2an itulah keputusan kita yg terbaik buat masa ni.
    Cantik pun kerastangan mama yan tu. Pandai buat.

    ReplyDelete
  6. Sabar2, tapikan cantik gak hasil kerja 'kerastangan' tu...;-)

    ReplyDelete
  7. Semoga temapat baru nanti bagus macam tempat lama juga.
    Cantik bunga.. :-)

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. perkara y paling susah adalah mbuat pemilihan & membuat keputusan..lg2 melibatkan perkara y pentingkan.. In shaa Allah..[asti kptusan y dibuat ni terbaik utk ank2..

    ReplyDelete
  9. Kita sekadar mampu berusaha dan berdoa AA
    Semoga perancangan itu mendapat redha dan diberi segala kebaikan.

    ReplyDelete
  10. izzat pun bertukar taska 2017 ni.
    memang sedih hati nak tukar kan dia.
    di tempat lama serasi.
    tapi tu la... hijrah kpd yg lebih baik.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...