Assalamualaikum....
amaran...jangan pening tengok gambar di entri ini dan jangan muntah sebab banyak gambar hehehe... balik dari family day di umang-umang chalet tu, lepas check out mama ajak buah hati bawa anak-anak berjalan-jalan, dah alang-alang berjalankan kita sekali harunglah singgah mana-mana tempat yang kita nak pergikan...
Ini mama pergi upside down art gallery port dickson, teringin pula nak pergi selepas baca entri blog biras mama ni jadi moh ler anak-anak kita layankan aje..lepas je check out, kami terus tuju ke sini, tak perlu waze sebab dah tahu tempatnya, buah hati mama dah usha tempatnya semasa dalam perjalanan pergi umang-umang semalam.
Sesampai je kami ke tempat dituju, tengok ramai orang beratur beli tiket, kami pun terus beratur sama, dapat tiket kena tunggu giliran sehingga orang yang didalam keluar, tidaklah tunggu semua keluar, sikit-sikit keluarlah, lepas tu datang pekerjanya panggil nombor, ok dah sistem tu cumanya tempat menunggu tu kena buat lebih cantik sikitlah, baru selesa...pandangan mama lah yang bawa anak-anak ni kan,macam tak sesuai letak kerusi macam tu je..
Layankan gambar yang ada dulu ye...
Ini di tepi pintu masuk, dapatlah bergambar anak-beranak sebab pekerja disitu tolong snapkan picca, dibahagian pertama ni adalah bahagian magic, bahagian ni mama tak bergambar sangat, disini je la pun yang mama bergambar.
nampak menjadi tak magicnya dalam gambar ni? agak menjadi jugaklah kan...hehehe nampak macam buah hati mama dan adelya bersila diatas angin je kan...
yang ini magicnya pada kerusi yang diduduki oleh buah hati mama dan adelya, nampak kerusi tu pula diawangan kan...menjadi juga magicnya tu bagi mama...
Dikawasan magic ni dua gambar itu je yang sempat diambil, yang lain tak dapat mama nak snap sebab orang ramai sangat, kawasannya pula agak sempit, nak bergambar pun agak susah, mungkin hari minggu ramai orang, kalau hari biasa ok lah nak bergambar.
Kemudian baru kami ke bahagian terbalik, dimana perabot dan peralatan rumah diletakkan secara terbalik...jom layan picca yang sempat kami snap, walaupun rasanya tak begitu menjadi kerana tidak dapat bergaya dengan betul...ecehhh pada hal bukan pandai bergaya pun kan...hahaha
anak-anak memberi kerjasama yang baik waktu ini...hehehe semua tiru gaya mama nampaknya tu...
adrien seronok nampak spiderman nih, terus nak suruh snap pic dia...
dalam takde mood tu sempat juga abang adam bergaya, takde mood sebab orang ramai dan abang adam susah nak bergambar...heheh
mama je lah yang bergaya nampaknya ye...hehehe dah masukkan bergambar je lah kita...
jangan pening tengok gambar-gambar ni ye...hehehe upside down katanye, terbaliklah kita.. ni kita terbalik dekat bilik
terbalik dekat kabinet dapo pulak...macam cantik je kabinet nih...hehehe
bersila dekat siling mengkome ye...hehehe, buah hati mama bergambar satu ni je la dekat ruangan terbalik nih...malas nak bergambor katanya...tak menarik, kalau dah malas tu ambil je lah gambar isteri dan anak-anak yang comey ni ye...
Bagi mama oklah juga masuk kesini cumanya ruangan agak sempitlah dengan orang yang agak padat nak bergambar pun jadi susah, kita nak bergambar orang lalu lang didepan jadinya spoil mood disitu, nak pulak anak-anak..mereka bergaya sekali je bila disuruh berkali-kali..takde moodlah memasing..
gambar terakhir sebelum keluar dari situ, bolehlah untuk rasakan pengalaman, untuk pergi lagi mungkin tidaklah kot. mungkin boleh cuba ditempat lain pulakan..melaka pun ada kan upside down nih...
sesapa yang ingin mencuba bolehlah ke sini :
upside down art gallery port dickson
No. 13A & 15, Jalan Coral Walk
Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson
harga tiket :
dewasa - rm15
Kanak2 -rm10 (bawah 90cm percuma, jadi adelya percumalah...hehehe)
Selepas ke sini kami ke suatu tempat lagi sebelum pulang, kemana tu nanti mama cerita dalam entri berikutnya ya.
Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Sehingga bertemu lagi..
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
seronok nya nengokk semua terbalik..hihi.. rasa nak singgah kesana nti klu ada masa balik Melaka..
ReplyDeletekat Sabah ada satu gak rumah terbalik tapi belum pernah sampai...hehe...
ya akak teringin juga nak pergi yang dekat sabah tu, tp tak tahulah bila nak kesana
Deletebesttt tapi pening nengok gambar..hahahaa..
ReplyDeletehahaha...itu lah pening dibuatnya...
Deleteseronok ni.. selfie sepuas hati.. ;)
ReplyDeletebetul tu...selagi boleh selfie je
Deletewah, nampak magic gambar yang awal tu.. menjadilah!
ReplyDeletesukala ke tempat macam ni klau anak tak buat hal, tengok tiga2 pun bagi kerjasama baik je tu.. boleh buat kenangan gamabr2 gambar yang cantik ni.. yg PD saya tak pernah pergi, yang melaka pernah, tp dengan menunggu lama dan orang ramai, Naim buat perangai, memang tak rasa best sangatla, cepat2 amik gambar dan tengok sikit2 je sebab memikirkan dah beratur lama masa nak masuk tadi..
kan..yg awal tu nampak magickan...
Deleteakak pun suka ke tempat macam ni, tapi anak2 buat hal juga hari tu, itu yg ambil gambar mana yg sempat je dan mujur juga bagi kerjasama walaupun takde mood dah waktu tu, masa tunggu turn nak masuk tu sempat belikan air, lega lah sikit anak2, hilang sekejap rasa jemu tu...sebab adam asyik tanya bila nak masuk je..hehehe
bestnya lah kalu sampai sini....
ReplyDeletemcm2 gaya blh bt... tp mcm ngeri lak yg terbalik tuh... nmpak real hehehe....
nk msk pun takdelah mahal rm15 kan dewasa... kanak2 tuh smpai umur baper di kira kanak2
sehingga 12 tahun dana, lupa pulak akak nak tulis
Deletewah...seronok juga nampaknya
ReplyDeletetak tahulah pula port dickson ada juga gallery gini
bila pula kami nak nyampainya
pandai juga akak anak beranak bergambo =)
kalau kena saya, entah jadi rupa apa
Teringin nak pergi....macam best...tapi bila akak cakap sempit cam tak best....tak seronok nak bergambar...hahaha
ReplyDeleteSekarang banyak galeri begini dibuka di sana-sini
ReplyDeleteMenarik bila tengok gambar yg dah siap
Pening pulak kepala tengok gambar tertonggek..hihi
ReplyDeleteruangan dlm galeri ni kecik sikit.. bila org ramai, jadi tak seronok nak bergambar..
ReplyDeletemasa kami pegi tu, awal lagi, takde ramai sangat menunggu diluar, tapi masa kami keluar, tgk ramainya yg tggu turn..
tapi ok la kat sini, pekerja dia tolong ambilkan gambar & explain mcm mana nk posing..
Macam2 ada kat PD skang kan. Dah lama tak terjah PD.
ReplyDeleteteringin nak pergi tp tak terpegi pergi lgi.
ReplyDeletein shaa Allah . memang pening dah ni kakk.
ppsstt: ptut la saya lagi pening, dok pikir kenapa akak tak update blog padahal blog snntiasa update, saya letak blog aka dlm bloglist tp kenapa x keluar erkkk ?
tengok gambar2 akak pun dah pening sekali hihihi. pernah masuk yang dekat sabah. masa tu demam. masuk situ jadi bertambah pening dengan keadaan sempit. tapi dekat sabah tak boleh ambik gambar dekat dalam rumah terbalik tu huuuu
ReplyDelete