Sunday, 11 October 2015

The sumbs cafe

Assalamualaikum....

Hajat mama untuk belanja buah hati makan sempena ulangtahun kelahiran buah hati mama tu akhirnya tercapai juga. Memang dah niat nak bawa ke sini, sebelum ni pergi dengan kawan-kawan, jadi sebagai isteri dan mak ni biasalah bila makan sesuatu tu, mesti dalam hati berniat nak bawa juga suami dan anak-anak rasa juga apa yang mama makan kan?

Ahad pukul 11.30 kami pun pergilah jalan-jalan cari makan, hehehe...tempat yang mama nak bawa buah hati dan anak-anak tu... The Sumbs Cafe


Jom tengok apa yang kami makan...



Black paper chicken chop (untuk mama), burger ayam (abang adam punya), nasi goreng daging kering( buah hati mama punya), Churros (adrien), Mushroom creamy soup, garlic bread, air apple asam boi, tembikai laici dan mineral water... jumlah semua yang perlu dibayar RM71.45

Rasa makananya ok...sedap ditekak mama, buah hati mama pun berpuas hati dengan menu yang dipilih, churos tu pun sedap sangat, mushroom soup pun sedap dan creamy...air pun sedappp, pendek kata semuanya sedaplah dan harga pun bagi mama agak berpatutan, boleh ulang datang makan lagi nanti...sesekali time dapat gaji bolehlah datang lagikan..


Abang adam cukup suka dengan mushroom soup dan garlic bread tu,adelya pula makan sahaja apa yang didepan mata, semua dia boleh makan. adrien makan churos cicah coklat tapi abang adam makan churos cicah soup, bedal je lah abang yang penting abang suka.

Buah hati mama kata lain kali boleh datang belanja family makan dekat sini pula, inshaAllah kalau ada rezeki nanti kita datang lagi makan beramai-ramai. Apa yang mama tengok tengah hari makin ramai orang berkunjung kesini.

Oh ya di sini, makan tak dihidang dalam pinggan tapi tengoklah gambar diatas, makanan dihidang didalam kotak, lepas makan boleh terus buang kotak tu, kalau tak habis makan pula boleh terus tapau bawa balik, mudahkan...satu kelainan jugalah bagi mama.


Kalau sesiapa nak terjah boleh la ke :

The Sumbs Cafe
Blok 7, Persiaran Alami
Seksyen 13 Shah Alam.

Bersebelahan dengan Goodhope hotel.

Cafe ini tutup setiap jumaat ( ini biras mama yang bagitau sebab mama ingat tutup isnin.. sebelum nih hahaha...)

Ok lah...nanti mama cerita lagi, sesekali cerita pasal jalan-jalan cari makan ye, boleh juga bagi idea pada kawan-kawan untuk pergi makan...nanti mama bawa makan kat tempat lain pula ye...hehehe

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad.

Sampai ketemu lagi...

Wassalam

psstttt....kalau ada typo tu maafkan mama ye, keypad kocik bonar, nak tokan yang lain tertokan yang lain...haishhh la

10 comments:

  1. Untung aa dapat anak yang tak cerewet..asal makan apa saje :-))

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dpt belanja org tersyg dan anak2 makan di sini... makanan pun nampak menyelerakan tu... :)

    ReplyDelete
  3. Oo.. nampak menarik menunya kat sini. Masa pusing2 area rumah zilla haritu saya ada nampak cafe ni, kalau nak try lain kali bolehla sb dah tahu tempatnya..
    Alhamdulillah dapat sama2 sambut hari jadi en azmi dengan meriah tu ya. Moga kekal jodoh korang dan makin bahgia tahun demi tahun.

    ReplyDelete
  4. sedap je tgk burger tu..
    inshaaAllah.. ada rezeki dan kelapangan boleh la try sini pulak..

    ReplyDelete
  5. ohoiiiiiiii sedapnyaaaaa haaaaaa. kan kak bila kita makan kat mana2 mesti teringat orang2 dekat rumah tu. macam ktorang berdua la. nak makan tmpt mahal sikit time lunch hour weekday mesti rasa berpasir air liur bukan sebab kedekut tapi sebab teringat dekat anak huuuuuuu

    ReplyDelete
  6. sedap nampaknya.
    tu lah naluri seorang ibu kan.. apa yg dimakan nk juga anak beranak merasa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ciksu. kita serupa.
      kekadang x nak makan dulu, nak bwk juga asben & anak2.
      sama2 rasa :)

      Delete
  7. naluri ibu tu, gitulah...apa masuk mulut
    semua ingat dekat anak-anak dan suami =)

    nampak sedap tu, tapi kalau suami saya
    dia tak akan nak ke tempat camni...tekak melayu sangat katanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida & famili tekak rojak.
      melayu ke, chinese food ke, western ke... semua kami terkam masuk tekak :)
      japanese aje lom. sebab aida x brape berkenan :) hi hi

      Delete
  8. ni may be konsep dia pakai buang.
    ada gak few places aida gi konsep gini.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...