Tuesday, 20 October 2015

family fun day - umang-umang chalet, melaka

Assalamualaikum...

Moga semuanya sihat dan ceria dibawah lindungan Allah taala.

Alhamdulillah sabtu dan ahad lepas mama. buah hati mama dan anak-anak join family fun day bersama kawan-kawan ofis mama, bukan setakat member ofis, member diluar ofis pun join, ada yang dah berpencen, bekerja ditempat lain, bertugas di negeri lain tapi masih join family fun day yang dianjurkan, family fun day ni adalah family day untuk seksyen mama dan bekas anggota seksyen mama dulu. destinasi pilihan kali ini adalah umang-umang chalet melaka.

Sabtu - 17 okt 2015

Tidak berjanji pun untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain, kami bergerak sendiri je, tak perlu masuk melaka, lalu ikut PD je kerana tempat ini terletak bersempadan dengan negeri sembilan je.. dah sampai sempadan kami guna waze je, mulanya rasa macam salah, tapi signboard ada, teruskan juga perjalanan...rupanya memang kawasan chalet ini jauh ke dalam, kami perlu melalui jalan tanah merah dan ladang kelapa sawit...hehehe ini macam ke naik 4WD baru ngam...

 jalan nak ke umang-umang chalet...mulanya rasa macam salah jalan je, tapi sebab ada signboard kami teruskan juga perjalanan...


pintu masuk ke umang2 chalet...cantik kawasannya dan luas. kami sampai pukul 2.30 ptg, tetapi tak boleh nak check in lagi sebab bilik sedang dikemas, jadi moh le jalan-jalan dulu dekat pantai


sempatlah mama berbuai bersama anak-anak, abang adam tu kemain style pegang beg mama dah macam model je gayanya tu...tema kami hari tu "hitam itu menawan" tema mama papa dan anak-anak je la hehehe...dekat 3.30ptg baru boleh check in, mujur ramai yang masih belum sampai. yang sampai awal memang lepak je dekat tempat makan yang ada disitu.


ini keadaan dalam bilik, ok lah selesa untuk kami, cumanya didepan toilet perlu diletak kain lap kaki yang serap air..depan tu ada kain lap kaki tapi tak serap air dan membuatkan lantai basah,perlu berhati-hati jalan takut licin, mama gunakan baju yang telah dipakai untuk buat lap air..tv cantik tapi tiada astro, dapat siaran tv 1 je..huhu. tapi takpe bukan sempat tengok tv pun, aktiviti penuh..

gambar diatas tu, reban arnab, ada 4 ekor arnab yang comel-comel kalau mama tak silap, kat situ juga disediakan tempat untuk anak-anak bermain dan berlari riang-ria, tetengah panas pun boleh main lagi, itu depan bilik mama tu, mama ambil bilik sea view...

petang...

anak-anak mama orang nak bersukaneka, dorang boleh terjun laut pulak, bukan anak-anak mama je, ada jugalah anak-anak yang lain dah terjun laut...hehehe biasalah anak-anakkan kalau jumpa air..


selepas minum petang ada acara sukaneka untuk anak-anak dan pasangan suami isteri...

isi air dalam botol menggunakan span, acara ibubapa dan anak-anak, tapi kaum mak yang lebih-lebih, siap tolong anak perahkan spn tu dalam botol...hohoho main cengkelat ye...hahaha hentam sajalah kita pun nak suka-suka je...


acara untuk suami isteri...ini acara mendera isteri namanya hahaha...orang suruh bungkus jadi mumia. dibungkusnya mulut dan mata isteri, ni mesti geram sebab isteri suka membebel terus dia bungkus mulut ni...member sebelah tolong gelak je ye...hahaha...



anak-anak mama...nampaknya adelya seorang yang mengambil bahagian, abang-abang semuanya pemalu...adelya masuk acara kutip gula-gula..jenuh mama bagi tips dekat adelya, tapi adelya buat tak tahu je, dia ambil sebiji je gula-gula...haishhh memang kalah la kita...hahaha, acara ini untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah je...


musical chair untuk kanak-kanak...game ni tempat pertama hingga ketiga dibolot oleh adik-beradik bertiga, cukup bersusun dari tempat pertama hingga ke tiga, tu adiknya yang berbaju coklat tempat pertama, abang kedua bebaju hitam tempat kedua, abang sulung berbaju biru tempat ketiga...

acara lain yang tak sempat mama nak ambil gambar tiup belon siapa paling besar untuk anak-anak, sebab dorang taknak sampai pecah nanti terkejut, jadi kita tiup tengok siapa yang paling besar, seronok tengok anak-anak ni ambil bahagian, walaupun hadiahnya biasa-biasa je, tapi penyertaan amat menggalakkan.

untuk ibubapa selain acara mumia, tu ada acara belon-belon cinta...hehehe belon diisi air lepas isteri baling disambut belon itu oleh suami, siapa paling lambat pecah dialah yang menang. acara lain epal beracun...epal diikat dengan benang, isteri pegang benang, suami makan epal tanpa pegang epal tu... sapa yang habis dulu dialah pemenang...mama dengan buah hati tak dapatlah join sebab mama urusetia..jadi tengok je lah dan catit nama yang menang...

malamnya...ada bbq, siap kambing bakar seekor dan karaoke...setengahnya ada yang di sponsor oleh individu, mama tak sempat pun nak berkaraoke, lagipun malaslah nanti berebut-rebut syarikat rakaman nak amik jadi artis..kahkahkah...

malam itu ternyata..mama, buah hati mama dan adelya bertuah, nama naik untuk lucky draw... abang adam dan adrien dapat saguhati je...ok lah tu yang penting nama semua kanak-kanak dipanggil untuk dapat hadiah, jadinya tiadalah yang berkecil hatikan, anak-anak biasalah tengok kawan dapat dia tak dapat nanti kecik hati,jadi kita bagi pada semua. macam biasa untuk ibubapa kita bertukar-tukar hadiah tapi buat stail lucky draw jugalah, semua dapat hadiah dan kali ini meriah sikit hadiahnya ramai yang murah hati bagi hadiah lebih...seronoklah...



hamper paling win yang buah hati mama dapat...nah stok barang dapur sebulan, ada tepung, minyak masak, gula, milo, susu tin, sos cili, teh...haaa  biasa orang letak hamper makanan dan jajan je.. ini stok barang dapur, memang terbaikklahh.


sebahagian dari peserta family fun day, yang selebihnya dah balik bilik sebab anak-anak nak tidur termasuklah buah hati mama dana anak-anak...selepas itu mama pun balik bilik juga, yang lain ada yang tinggal berkaraoke sehingga pukul 12


ahad...tiada acara lgi, semua aktiviti bebas

bangun pagi dengan tak mandinya anak dara mama tu pergi lepak tepi pantai dengan papanye... kemainlah manja sangat dengan papa dia tu...


selepas bersarapan...papa teman anak-anak mandi laut...mama tengok aje di tepi pantai... tanya kawan mama "akak tak mandi ke?" " tak kuasalah...akak kan diva,malas nak melekit-lekit" hahahaha ayat poyo je lebih..takde mood nak mandi laut, jadi kita tengok sajalah dari tepi...




 sebelum check out sambil tunggu mama bersiap sempatlah anak dara mama ni bermain buai lagi... oh ya kami dibenarkan check out pukul 4, sebab semalam check in lambatkan, tapi mama tak tunggu lama, selepas zuhur kami check out sebab ada destinasi lain yang hendak ditujui...

kemanakah kami? tunggulah entri yang berikutnya ye...tak larat nak kumpul dalam satu entri nanti panjang berjela-jela pulak dan gambar pun banyak...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

oklah jumpa lagi dilain entri...inshaAllah

catatan tambahan...

Umang-umang chalet
lot 602 batu 31m bukit darat
kuala linggi
78200 kuala sungai baru
Melaka
 012-3933821
http://umangumangchalet.blogspot.my/

pakej minum petang, bbq,minum pagi dan makan tengahari :

dewasa rm60/pax
kanak-kanak (5-12 tahun) rm30/pax

Wassalam

21 comments:

  1. wah, nampaknya seronok sangat main buaian besar macam tu.. barulah tak takut nak duduk beramai-ramai ya.meriahnya family day macam ni, ramai yang dapat hadir sama.. bagus usaha ni. sejak saya kerja kat selangor ni, orang sini tak suka buat family day, asyik buat hitea atau dinner yang tak boleh bawa keluarga je.. pelik saya.. macam ni kan meriah, dapat kurangkan tekanan dan pada masa sama tak risau family kita yang kita tinggalkan kat rumah .. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah dan sangat seronok dapat berkumpul ramai2 macam ni

      Delete
  2. Replies
    1. anak2 memang seronok kalau dapat bercuti2 macam ni

      Delete
  3. seronok nya berfamily day... nanti nak cuba ke chalet ni lah klu balik Melaka.. nampak cantik & nyaman suasana nya tu sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok atie...nanti cubalah pergi, emmang cantik tempatnya

      Delete
  4. xtvt yg best utk family kan
    wah hampernya besar. brg dpur pulak.betuk tu, bg mcm ni lg menarikkan.. balik mask bg anak mkn

    mcm best je chalet ni.. blh la skali skala try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ciksu...haa hamper tu memang menarik sangat, lari dari kebiasaan hamper yang akak pernah dapat

      Delete
  5. comeynya yaya.. nak pulak dia pakai headband tu..
    kalau da biasa berfamily day, wp ex staff, tetap nak join juga kan..
    seronok dpt berkumpul mcm ni, masa bersuka ria..
    tambah pulak ada cabutan bertuah lagi la seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali nak la adelya pakai...

      aah...memang walaupun dah pencen atau bertukar seksyen dan ke tempat lain masih ramai yang join, memang seronok.

      cabutan bertuah tu memang wajib bg setiap family, bukan apa semua dapat macam bertukar2 hadiah la, saja nak seronok2

      Delete
  6. Amboi...enjoy nyer anak beranak yer... eloklah tu sesekali bersantai dgn anak2 ..semoga merapatkn lagi kasih sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang enjoy bunda, sesekali bersantai macam ni...

      Delete
  7. wahhh best jugak kan! boleh masuk wishlist ni.

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum...aa..maaf ye beberapa hari tak.jenguk rumah aa...

    wah dapat hamper besar
    .tahniah :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...xpe yan, akak faham kadang2 internet kita x ok kan

      terima kasih yan.

      Delete
  9. Menarik tempat tu, boleh buat aktiviti bersama family tu yang best.. ;)

    ReplyDelete
  10. perjalanan nak ke situ menyeramkan juga ye
    tapi dalam dia cantik betul...
    seronok kalau buat aktiviti team building ni kan

    sweet aje adelya ni tau...
    pakai headband gitu baru nampak rupa gegirl
    pandang adelya asyik teringat aisy masa kecik aje
    sama aje aisyah dulu masa kecik tak pakai headband orang dok ingat lelaki =)

    ReplyDelete
  11. wow. kat kg aida ni. dekat aje dgn umah mak.
    tapi aida x tau pun kewujudan nyer.
    terbaik la. kebetulan nak buat family day dgn jiran2 ni :)

    ReplyDelete
  12. Mencabar juga jalan nak masuk chalet tu yerp. Tapi nampak cantik tempat ni. Best tu dpt hamper beso ☺

    ReplyDelete
  13. bestnya sekali sekala dapat kumpul2 keluar dari ofis dari fail yang bertimbun kan kak. boleh release tension. tapi kalau tengok keadaan jalan masuk tu memang kira pun boleh buat keputusan patah balik belakang tu hihihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...