Assalamualaikum....
Cuti aidiladha yang lepas mama ambil cuti 2 hari jadi dapatlah berlama-lama sedikit dikampung, maklumlah jarang-jarang balik kampung, jadi bila ada peluang kita cutilah lama sikit.
Cerita cuti aidiladha tak habis lagi ye...bertabahlah membacanya, tapi buakn nak cerita pasal raya, mama nak cerita pasal aktiviti mama,anak-anak dan family masa bercuti dikampung hari tu.
hari kedua dikampung...mama bersama buah hati ke temerloh membayar cukai tanah..tanah ladang dan tanah rumah. Sebelum pergi tu tanya mak mentua, boleh ke pergi bayar macam tu je, sebab geran tak de pada mama, kata mak mentua kalau takde geran takpe tapi kena ada slip bayaran yang sebelum nih, mama mana ada..sudahnya suruh makngah wasap je gambar geran pada mama.
Alhamdulillah orang tak ramai masa mama sampai ke pejabat tanah tu dan boleh je bayar cukai dengan hanya tunjukkan gambar geran ditelefon yang penting no lot tanah tu ada, kerana dah ada rekod bayaran sebelum ni, tapi kena denda la sebab lambat bayarkan, takpelah nak buat macam mana.
budak bertuah dua orang ni lah yang rajin ikut mama papa, abang adam memang tak mahulah mengikut,seronok duduk dirumah melayan youtube.kemain adelya bawa handbag tapi gaya ultraman.
lepas jumaat, berkunjung ke rumah kawan mama pula, sambil melawat sambil makan kenduri
mama dah ceritakan pun kisahnya pada entri yang lepaskan.
lepas balik dari rumah kawan mama, kami bertemu dengan family buah hati mama di star mall mentakab sebab ada aktiviti bersama sepupu sepapat buah hati mama...
inilah akivitinya...bukan wefie ye hahaha tapi main bowling, sebelum melempar bola ke longkang haruslah bergambar beramai-ramai dulu...mama macam biasalah jadi penonton je, belum masa nak tunjuk skill ahahah...pada hal takut malu baling bola masuk longkang je...
ini hari sabtu...takde tempat lain dah nak bawa anak-anak, ke kubang gajoh lagi la kita hehehe, sellau pegi pun tak puas-puas juga bebudak nih asalkan dapat main air kan, lepas ni mama nak usha-usha tempat lain yang berdekatan kot-kot ada yang menarik, abang adam kata ,lepas nih abang taknak pergi kubang gajah dah...sebabnya dia dah hilang google yang papa baru belikan...alahai abang sedih pula mama menengoknye.
Petang balik dari bawa anak mandi manda mama ada reunion dengan geng sekolah rendah pula...seronok sangat macam-macam nak cerita rasanya sebab dapat jumpa best friend masa sekolah rendah dulu.
Ahad pula...mama dengan buah hati beroperasi membersihkan rumah dikampung mama...adik mama lepas masuk hospital patah kaki tak duduk kat rumah,duduk dirumah kawan...
Alhamdulillah...dapatlah berkemas apa yang patut,itupun anak-anak mama tinggal je dekat kampung buah hati mama,ye lah jaraknya 10-15minit je naik kereta tak jauh pun...mama buat operasi didapur buah hati mama buat operasi diruang tamu dan di halaman rumah... penat hoii biasa buat ramai-ramai kali ni berdua je...
Itulah aktiviti yang agak padat waktu dikampung tempoh hari, apapun kepenatan yang berbaloi bila dapat penuhi apa yang telah dirancang dan yang tak dirancang,walaupun terpaksa bekejaran masa.
Allahummasolli a'ala sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
banyaknya aktiviti..seronok lah budak2 tu.
ReplyDeleteohh kampung akak dengan kampung en azmi dekat je ek...cuti panjang lagi padat hihih. biasala kan dapat cuti balik kampung memang kalau boleh xnak bazir sikit pun mama ye tak? hihihi
ReplyDeletekubang gajoh tu mcm best la
ReplyDeleteooo.. kiranya adik akak ddk dgn kawan dia ye.
xpa kemas berdua mmg syiok la.. senaman jugak tu..
apa yg pntg msa padat terisi
wah...cuti panjang pun kalau dah macam-macam buat
ReplyDeletepadat juga jadinya kan
penuh aktiviti nampaknya...
adelya comel buat gaya ultraman tu =)