Wednesday 30 September 2015

Back to school after 25 years

Assalamualaikum...

Yeah...sabtu 26 sept 2015 mama kembali ke sekolah,bukan sekolah menengah tapi sekolah rendah.



Alhamdulillah apa yang dirancang bersama kawan-kawan akhirnya jadi kenyataan. Bukan setakat dapat jumpa kawan- kawan selepas 25 tahun tapi mama dapat jumpa guru kelas mama masa darjah 5 & darjah 6,umpama mimpi dalam mimpi...eceh tetiba tajuk lagu la pulak heheh.







Yang berkopiah tu cikgu kelas mama masa darjah 6, cikgu amir...cikgu paling hensem waktu tu,sekarang masih hensem walaupun dah berusia 50 tahun. Gambar sebelah tu cikgu hamid guru kelas mama masa darjah 5. Kebetulan cikgu-cikgu ini mengajar di pahang dan kawan-kawan mama ada yang cikgu juga,jadi dapatlah mereka menjejak kasih dan cikgu pun dapat hadir pada hari kejadian, yang seronoknya cikgu masih ingat akan murid-muridnya ni.



Bersama ustazah dan cikgi-cikgi hihihi...tetiba mama duduk sebaris dengan cikgu, sebelah mama tu cikgu zaida isteri cikgu amir..ada pula cikgu zahidil akmar yang tudung biru tanya mama ni belajar lagi ke? Adakah mama nampak muda @ nampak macam educated??? Kohkohkoh... Perasan!!!

#dressbyummuaimanmuslimahclothing
#adelyashawlbymamavouge...kahkahkah jangan muntah ya, shawl tu mama buat sendiri



Seramai 35 family yang join majlis ini,buat dekat kantin sekolah je, ini bukan kelas mama je tapi 3 kelas hijau,kuning dan biru. Akan datang inshaAllah akan buat aktiviti macam ni lagi..kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat cam kawan-kawan, yang perempuan alhamdulillah mama kenal tapi yang lelaki ada yang mama tak ingat langsung tapi dorang kenal mama. haishhh...pada hal mama tak glemer pun dulu-dulu, yang glemernye sebab mama tinggi dari murid-murid lain.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun mama sampai lewat, maklumlah banyak aktiviti sebelum pergi ke majlis tu hehehe, tapi mama tetap sampai,cuma tak dapat nak join aktiviti yang disediakan untuk pasangan tu, maklumlah terpaksa mengejar adelya, risau pula jatuh longkang, jadi bagi pada pasangan yang punya anak-anak dah besar..

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, dapat jadi program tahunan pun dah ok bagi mama, ye la susah juga nak kumpul ramai-ramai macam ni kan sebab semuanya dah bekerluarga, inipun ada yang terpaksa tarik diri disaat-saat akhir. ramai yang sedih tak dapat join bila tengok gambar-gambar kami ni, inshaAllah ada masa dan rezeki kita jumpa lagi nanti.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhamad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam.

psttt...tak sempat mama nak berkunjung ke rumah kawan-kawan lagi ye, busy sikit sekarang ni, inipun sambung-sambung update dari petang semalam on the way balik keje dan ini sambung on the way pegi keje, mujur ada tukang bawa kereta...hehehe nanti mama terjah kawan-kawan ye

10 comments:

  1. WaH..best ni dapat jumpa semula kawan2 lama dan cikgu sekolah .. agaknya mesti ramai yg berubah dan banyak nk dibincangkan masa jumpa tu kan. Lagi2 bila dipuji akak nampak muda tu.. wah bagus sangat kembang tu..

    ReplyDelete
  2. mesti seronok lahai... yelah 25thn dh berlalu dpt jumpa semula msti mcm2 cerita nk di kongsi kan

    ReplyDelete
  3. alahai lamanya kan.ramai tu kalau dpt kjmpul sampai 35 keluarga betul ada rzeki blh dibuat acara tahunan.. seronokkan bila dpt berkumpul..
    thn 85 saya baru kluar tgk dunia. hihi

    ReplyDelete
  4. lebih kurang lima tahun jarak usia kita kak
    tapi nape akak tak nampak sama macam usia akak huh
    heran sungguh ni. mesti selalu ceria aje orangnya kan =)

    tiba-tiba komen lari tajuk plak...hehe
    35 keluarga? kira ramai dapat kumpulkan tu ye
    aritu sekolah suami saya buat cam akak ni juga
    tu yang seronok kalau sekampung...cam saya ni payah sikit
    bukan payah apanya...nak bergerak kena ada en suami
    dia pula jarangnya ada. kadang clash date...tu payah

    seronok ye dapat jumpa kawan dengan cikgu lama
    nampak sihat lagi cikgu akak tu
    habis semua keturunan cikgu ye keluarga cikgu amir tu

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah...masih sihat cikgu2 aa...dapat berkumpul bersama

    ReplyDelete
  6. Org lakum ke, mggu lps bawu g sana rmh wan suami, mngkn awal muharam kami ke sana lg, lehla jumpa sis face 2 face....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kampung akak di lakum, tapi akak tak duduk sana, awal muharam akak tak balik la cikna kalau tak boleh jumpa cikna.

      Delete
  7. Seronok dpt join reunion.. ramai juga yg dtg.. mesti mcm2 nk sembang.. setakat da kawen ni, blum lg ada kesempatan join reunion sekolah..

    ReplyDelete
  8. wahh...memang seronok lah sis.. dapt jumpa kawan2 lama ni.. mcm2 cerita....:)

    ReplyDelete
  9. wahhh seronoknya lama tu haaaa. kawan sekolah rendah kan. kira ada cikgu sekolah rendah yang bila kita pegi sekolah dia still ingat kita lagi. siap ingat nama penuh lagi hihihihihi

    25 tahun. kurang 2 tahun dari usia kira ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...