Monday 28 September 2015

Aidiladha bersama sahabat

Assalamualaikum....

Walaupun raya korban orang kata kurang meriah tapi bagi mama kunjung mengunjung tetap diteruskan,kalau arwah ayah dan mak mama dulu siap melemang,merendang dan kuih muih macam aidilfitri juga..tetap jalan beraya ke rumah jiran.

Dah beberapa tahun mama tak balik kampung,beraya kat klang je..tahun ni balik beraya dikampung buah hati mama. Petang mama berkunjung ke rumah kawan masa aidilfitri dulu tak sempat berkunjung...seronok bersembang hingga maghrib menjelma.


Sebelah kanan mama..kawan sejak tadika lagi,kami sekampung. Sebelah kiri mama kawan masa sekolah menengah sekampung dengan buah hati mama, kiranya ini kawan sekolah rendah buah hati mama la...seronok bersembang dengan kawan-kawan lama...


Disebabkan dekat je rumah kawan tu dengan rumah buat hati mama jadi moh le kita merempit je dengan dressnye mama naik motor hihihi #dressbyruccimodisch... #shawlbyfiska.. eceh sempat lagi tu... abg adam tanak ikut jadi tinggalkan saja.

Esoknye...kami melawat kawan yang sakit sambil beraya,kebetulan kawan mama tu buat kenduri. Alhamdulillah rezeki...


Disebabkan mama perlu bergerak pulang awal jadi bergambar dulu walaupun kawan tak abis makan lagi dan tangan tak sempat dibasuh pun hihihi...hentam je la kan #dressbysweetmuslimah tapi tak nampak dress mama tu dan #tudungbyaidijuma...peminat AJ mesti tahu tu..hihihi saje mama bagitau


Sahabat mama yang tidak sihat, moga diberi kesembuhan dan terus sihat seperti sediakala..mama tiada dalam gambar sebab mama bekejar ke mentakab pula, ada aktiviti bersama family in law...wah gitu nanti mama cerita apa aktiviti kami tu.

Banyak aktiviti mama kali ini dikampung penat juga dibuatnya tapi sesuatu yang amat berbaloi walaupun penat.

Sehingga berjumpa lagi dilain entri. Mama masih bercuti dan sebentar lagi akan bertolak balik ke klang, moga perjalanan kami dipermudahkan inshaAllah.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayuidina Muhammad.

Wassalam

9 comments:

  1. bestnye jumpa kawan2,

    salam aidiladha

    ReplyDelete
  2. meriahnya ada kunjung mengunjung bagai... yelah kan lain tempat lain gaya nya kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah..masih dapat berjumpa lagi kawan2 sekolah...yan nak jumpa kawan sekolah asyik terlepas aje..huhu

    ReplyDelete
  4. syiok la beraya sana sini..kite xde k mana pon..hihih

    salam aidiladha..

    ReplyDelete
  5. semoga kawan kak lah cepat sembuh.. seronok beraya dpt ke rumah kawan2.. ira bnyk duduk rumah je cuti raya haji ni..

    ReplyDelete
  6. tu yang seronok kalau jumpa balik kawan sekampung =)
    negeri pantai timur memang meriahlah sambut raya haji
    kalau saya balik kampung sana pun, syok betul pergi beraya
    kalau dekat sini aje orang pelik kalau kita datang rumah dia =)
    bebanyak orang tu, akak juga nampak comel
    serious puji ni...apa rahsia? =)

    ReplyDelete
  7. Sakan beraya ni..
    Banyak tempat pergi dan jumpa ramai kwan tu kak..
    Akak ni pandai pilih baju n shawl.. semua lawa2 nampaknya ni..

    ReplyDelete
  8. sakaan juga akan beraya di aidiladha.
    saya pergi yg terdekat je sbb terkejar nk blk kg ciksuami pulak.

    ReplyDelete
  9. sama la kadang raya haji pun ktorg buat lemang sekali hihihi. raya haji lagi meriah kalau kita join korban kan. duk gotong royong ptong daging semua tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...