Friday 11 September 2015

mereka berdua

Assalamualaikum.....

mereka berdua ni...kadang baik, kadang bergaduh...






sweet je mama tengok gambar dua beradik ni duduk makan ais krim bersama-sama.. walaupun selalu bercakaran namun masih nampak sweet kadang-kadang tu, biasalah adik beradikkan..

macam mama kecil-kecil dululah selalu juga bergaduh dengan kakak-kakak dan adik-adik, itulah penyeri suasana namanya...

adelya ni kalau dengan adrien pantang salah sikit memang kerja dia nak mencubit sajalah, berkongsi apapun tak mahu kalau dengan abang adrien dia. memang abang adrien nih mangsa buli adelya je la..

tapi awasss ye...jangan ada orang lain yang marah atau buli abang adrien,siaplah orang tu...hehehe hari tu papa marah abang adrien , terua adelya pergi pada papa... " papa! jangan marah abang yen.." marah adelya sambil memukul papa...

kalau abang adam gaduh dengan adrien pun adelya akan marah abang adam, pendek kata biar adelya saja yang membuli abang adrien jangan orang lain...haiii macam-macam perangai anak dara sorang ni kan...

abang adrien pun, nampak lah sifat abangnya tu kalau dengan adelya, kalau dia nak minum air adelya pun nak minum, sanggup dia bagi air tu pada adelya, ye abang adrien pun dah makin besarkan, makin bijak berfikir, kalau adelya merajuk atau menangis pun abang adrien dah pandai pujuk...

Moga mereka menjadi adik-beradik yang terbaik dan saling sayang menyayangi..

Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

6 comments:

  1. Tu lah adik beradik kanAA...
    Bak kata pepatah "air dicincang tak kan putus"

    ReplyDelete
  2. Sejuk mata memandang..mudah mudahan..ikatan adik beradik mereka kukuh sampai bila2..amin

    ReplyDelete
  3. samalah dengan afif dan aisyah tu tau kak
    kalau dekat, ada aje jadi bahan untuk diorang gaduh
    memang confirm jadi singa mama diorang ni kadang tu
    tapi kalau part pakatan sulit, serahlah kat diroang =)

    comellah gambar tu kak
    tu time tengah baiklah budak berdua tu ye =)

    ReplyDelete
  4. hihi mesti cute gaya adelya marah papa, kan..
    sayang adik pd abgnya

    ReplyDelete
  5. hahahaha lawak la adelya ni. abang yen tu dia je boleh sentuh orang lain tak boleh hihihih. nanti dah besar mesti dia yang paling sedih bila abg yen tu nak kawen :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...