Friday 4 September 2015

sedih pula hati mama ni

Assalamualaikum....

sedih pula hati mama ni mengenangkan adik yang sedang berada di hospital, sendirian... cuma mengharapkan kawan-kawan yang teman.

kalau boleh memang mama nak teman, tapi apakan daya mama juga ada komitmen lain. mesti dia terasa keseorangan tanpa keluarga disisi..walaupun lelaki sedikit sebanyak pasti terasakan. mama ni pun masa sakit nak bersalin dulu,walaupun suami ada bersama tapi tetap terasa sedikit kekosongan tanpa arwah mak, adik mama tu dah la tanpa mak ayah, keluarga pun jauh...

moga adik mama tabah..sedih juga memikirkan nanti dah keluar, duduk sorang-sorang dekat rumah tu, makan minum entah siapa yang nak jaga, kerja-kerja ladang macammana agaknya.mama suruh datang sini dulu sementara nak kuat sikit, tak tahulah dia mahu ke tidak.

Alhamdulillah...sudah selamat dibedah masukkan besi petang rabu hari tu. Entah bila dapat keluar hospital tak tahu lagi.. Susah juga tu nak menguruskan diri pada permulaan ni kan, ye la biasanya cergas berjalan tiba-tiba hilang sedikit nikmat, takpe lah...selepas ini pasti nikmat lain yang akan datang.. Berbaik sangkalah dengan setiap pemberian dari Allah swt.


Mujur ada kawan-kawan yang tak putus-putus pergi melawat dekat hospital tu....tengoklah bebudak nih,tongkat pun boleh guna untuk berwefie..


Terharu mama tengok kesungguhan kawan-kawan yang membantu adik mama ni, merekalah yang setia menemani adik mama semasa di hospital...ini masa adik mama hendak dibedah hari tu... Syukur walaupun family jauh, masih ada yang mengambil berat.

Moga cepat sembuh seperti biasa Mohd Shahrizman bin Ibrahim.

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Waala ali sayyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. Masa susah lah kita tahu kawan yang betul2 kawan...beruntung adik mama dapat kawan cam ni

    ReplyDelete
  2. Sabar yer aryan, in shaa Allah ada jalan & dipermudahkan segala kesulitan..

    Sama2 kita berdoa..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak. lama tak jenguk akak kat sini kan. moga adik akak cepat sembuh dan dipermudah urusannya amin amin.

    akak bertanya khabar dia selalu pun dah cukup buat dia terharu kak. percayalah :)

    akak mohon bagi alamat akak dekat kira. ada sesuatu nak bagi. email dekat kira ek.
    syakira.yaakub@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Lega juga bila baca ramai kawan2 adik datang tu.. insyaAllah moga cepat sembuh.. insyaAllah apa yang diuji ni sebab adik tu mampu nak tanngungnya.. adik beradik kenalah banyu bg sokongan agar dia tak lemah semangat...

    ReplyDelete
  5. allah...baiknya kawan-kawan adik akak tu
    bukan senang nak jumpa kawan macam tu kan
    sanggup ye diorang menguruskan adik akak sampai macam tu sekali
    respect saya pada diroang

    apapun akak janganlah risau sangat ye. kang akak pula sakit
    cubalah kerap call or WA
    mungkin dengan cara tu buat dia tak rasa tersisih
    kadang orang lelaki ni lain sikit....diorang lebih banyak masa dengan kawan
    berbanding dengan keluarga sendiri

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat kawan2 yang sangat prihatin macam nih. Smoga adik AA cpt sembuh.

    ReplyDelete
  7. Semoga adik k.lah cpt sembuh, payah juga kalau xde kawan2 yg tlg. Nk bergerak lps operate tu mesti sakit. Syukur dpt kwn2 yg baik..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dpt kengkawan yg ada semasa susah dan senang.
    semoga berkekalan hingga akhir hayat aamiin
    sedey nya bila bca entry ni terpikir adik adik di kg..
    walaupon ddk dgn makayah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...