Sunday 13 September 2015

Dapat juga yang diingini

Assalamualaikum...

Ibubapa ni seboleh mungkin akan cuba tunaikan apa yang anak-anak mahukan,selagi boleh dipenuhi la dan juga apa yang diminta itu berpatutan.

Demam robocar poli telah melanda anak-anak mama sekarang ni. Hari-hari minta nak mainan robocar poli, bukan tak ada yang dibeli sudah ada tetapi anak-anak mahu yang lain,ada rezeki lebih minggu ni dapatlah papa belikan.


Seronoklah abang adam bila dapat apa yang dihajati. Beli satu je, ikutkan mama nak beli setiap satu..sebab dijual berasingan track poli,roy,amber dan heli. Cemas je mama nak rembat amber sebab cute sangat pink colour tapi kata buah hati mama nanti beli lagi.

Hahaha...nampak tak mama yang terlebih-lebih disitu? Adelya sukakan amber, kalau amber yang ada ni abang-abang ambil,memang percuma kena marah dengan adelya.

Ok ada rezeki kita beli track amber pula nanti ye...buat masa ni berkongsi main apa yang ada.

Allahhuma solli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

8 comments:

  1. Salah satu mainan dalam list yan..:-))

    ReplyDelete
  2. Wah..banyakla koleksi korang ya.. seronokla main.. ada mcm2 tu... untuk anak2 kan, ikutkan je selagi tk b3nda yang bahaya...

    mujur gak naim minat robocar poli ni awal2 lgi, masa belum lg katun ni ditayang di malaysia.. kami beli 3 kali je benda2 ni, masa harganya lebih mahal masa tu.. bila dh tayang citer ni di malaysia, mujur naim mula minat cerita lain pulak.. jimat duit papanya bab belikan mainan ni.

    ReplyDelete
  3. Seronok la abg adam..
    Aimy ada juga minta belikan.. sbb dia tgk mainan sepupu dia dkt kg hr tu..
    Disebabkan dia baru je dpt permainan, so permintaan x dilayan..

    ReplyDelete
  4. tu kira setiap sorang satu ke tu
    kalau anak-anak say pun kena buat gitu
    idak terjadinya peperangan yang tak berkesudahan...hehe

    anak-anak saya tak kena demam ni
    tapi diroang suka tengok juga cite tu

    ReplyDelete
  5. makin bertambah koleksi
    sekejap je jadi perhatian utk anak anak

    ReplyDelete
  6. sekejap j kan dah nak masuk sekolah
    semoga dipermudahkan
    mcm dh jd kebiasaan bila hilang alat tulis tu kan.
    kdng kdng kawan minta dorng bagi j..
    pastu x mnta balik
    terus x ingat

    ReplyDelete
  7. wahhhh syoknya haaaaa

    biasa la kita mak2 ni memang selalu over lebih dari anak2 kihkihkih :p

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...