antara yang pernah kita pergi


assalamualaikum...

mama ni takde la ada bajet sangat nak bawa anak2 berjalan jauh2,
jadi kita pergi yang dekat2 dulu je la ye,
nanti kalau ada bajet kita pergi la ke tempat2 yang abang dan adrien nak pergi ye..

saje mama nak share kat sini tempat2 yang pernah mama bawa abang dan adik



untuk kenalkan abang pada haiwan kita pergi zoo negara la..
waktu ni cuti chinese new year tahun 2011,
kita pergi ramai-ramai..dengan family mama



ini kita pergi genting..
yang ni mama yang gedik2 nak pergi, tapi bukan boleh main apapun,
saja nak jalan2,
masa ni kita pergi dengan family mama dan family papa.


ini kita pergi bukit tinggi..
sehari sebelum kita naik genting,
kononnya percutian ni kita pergi dua tempat la..
tak dirancang pun nak naik genting tu sebenarnya..
tapi dah alang2 dekat, kita pun redah je lah..


kat bukit tinggi juga ni..
mama nak feeling2 jadi oshin,
try la pakai kimono nih,bape ringgit tah bayarnya,
mama pun dah lupa sebab bukan mama yang bayar,
mommy ke makngah yang belanja mama..
hahaha...dorangkan suka belanja mama ni


ni masa besday abang yang pertama,
mama belanja semua pergi gambang waterpark,
mama belanja untuk penginapan je, yang lain2 kitorang share,
sepatutnya waktu ni family papa pun ikut,
tapi ada sebab yang menghalang,jadinya family mama je yang pergi..



 yang ni kita pergi terengganu dan cherating,
menginap di suria cherating,
ini kita pergi bersama jiran-jiran,
abg suka sangat dapat berendam dalam kolam tu..



ini family day dengan opis mama..
kita pergi pangkor masa ni,
seronok abang dapat main pasir dan air laut..
siap nak makan pasir lagi tu...



ini je lah yang jauh sikit pun kita pergi,
dengan agak susah payah baru kita dapat pergi,
mama nak tunaikan janji untuk abang,bawa abang naik kapatebang,
ini kita pergi dengan mommy dan daddy..
kalau harap mama memang tak pergi la, mama bukan pandai
nak tempah2 tiket segala ni,dengan tempah hotel, transport lagi,
dalam malaysia pun mama tak pandai,apatah lagi kat luar..hehehe
syukur alhamdulillah...mama lega dapat tunaikan janji,
sekarang...adrien pulak asyik cakap nak naik kapal terbang,
pada hal adrien pun pergi juga masa ni, cuma mungkin adrien tak ingat lagi la masa ni...


kita pergi cameron...
masa ni adrien baru je 2bln,mama baru je lepas pantangkan adrien,
gedik2 jugak nak ikut berjalankan,
tapi takpe dah lepas pantang..hehehe
masa ni abang masih lagi dok hisap puting tu...


ke taman burung dan taman rama-rama bersama paklong



kalau pergi PD kita mesti singgah sini..
hehehe muzium tentera kat PD
berapa kali ntah la kita pergi sini, saja suka-suka.

adaa lagi la beberapa tempat yg pernah mama bawa abang dan adik2.
inshaAllah nanti jika ada rezeki yang lebih kita pergi jalan2 ;agi ye,
yang dekat2 pun takpe kan sebab anak2 mama tak kisah pun dekat ke jauh,
asalkan dapat berjalan kan..

wassalam
 

Comments

Popular Posts