Saturday, 30 September 2017

Urusan sekolah

Assalamualaikum...

Jumaat mama cuti untuk buat urusan sekolah adrien dan adelya. Best jugak ni 2 minggu keje 4 hari je, minggu lepas pun cuti 3 hari jugakkan. Pada hal urusannya takdelah lama manapun alang-alang ada urusan katanya kita kurangkanlah baki cuti yang masih ada 55 hari tu kan. 3 bulan lagi ada ni entah macammana nak perabih pun tak tahulah.

Lepas en.azmi hantar adrien ke pasti barulah ke sekolah yang bakal adrien belajar tahun depan. Mulanya fotostat dulu dokumen yang diperlukan. Tak banyak pun yang diperlukan. Pengesahan online dah dibuat pun cuma pihak sekolah perlukan dokumen dan surat tawaran yang perlu diprint  tu je la. Sekejap je urusannya kemudian ke sekolah agama pula.

Mudah je sebab sekolah rendah dan sekolah agama bersebelahan je. Untuk sekolah agama memang belum daftar lagi pergi tu memang nak daftarlah. Kata en.azmi kerani tu kata pendaftaran sudah ditutup tapi masih ada kekosongan,alhamdulillah masih ada rezeki, cuma isi borang dan kembalikan minggu depan. Senang je keje mama ikut je dan tunggu dalam kereta segala urusan en.azmi yang buat hihihi.

Selesai urusan sekolah adrien, urusan adelya pulak dah booking dengan pasti cuma dokumen yang diperlukan tak bagi lagi, bawa adelya ambik.gambar. Mujur mudah je dia nak bergambar tapi mulanya dia senyum dan buat peace tapi bila auntie tu suruh turunkan tangan terus masam mukanya tu hehehe..


Tengoklah tu masam sangat mukanya tu.. Tak sangka nak sekolah dah anak dara mama ni. Rasa macam kecik lagi, tapi dah 5 tahun dah tahun depan, moga semua berjalan lancar hendaknya nanti. Adrien pun dah darjah 1 tahun depan. Besar-besar dah anak-anak mama.cabaran tahun depan... Tiga-tiga dah sekolah. Haa yang tu kena tunggu tahun depanlah kan macammana.

Wassalam

7 comments:

  1. Selamat menempuh alam persekolahan untuk anak-anak. Memang rasa cepat sangat masa berlalu. Akak ni pun pejam celik anak sulong tahun depan dah nak masuk darjah 4. Rase baru jer habis tadika...huhuhu..Pape pun, semoga dipermudahkan urusan yer!

    ReplyDelete
  2. huhuhu. semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  3. Wow banyaknya baki cuti mama...Kalau tak ambik burn ke boleh carry forward tu?

    Samalah kita, tahun depan 3 org anak sekolah. Sebaya rupanya ye anak2 kita no 2 & 3. Good luck utk school nanti ye makcik bawang hehe :)

    ReplyDelete
  4. saya belum settle lagi hal sekolah anak darjah 1 tahun depan. hahah

    ReplyDelete
  5. Aduhai! Sama senasib rupanya kita ya! Saya pun dah dua minggu berturut-turut kerja 4 hari setengah. Saya lagilah best, pendaftaran Adik Cute dah di buat tahun 2016 lagi. Lepas tu pi buat sekali lagi secara online pertengahan tahun ni. Lepas tu lupa nak buat pengesahan sampailah sekolah telefon sebab dah nak tutup dah 30 September tu. Merempitlah saya, eh tapi naik kereta jerk ^_^

    Saya pulak semua saya kena buat sendiri. Baru telefon suami kata lupa buat pengesahan and dah hari terakhir, teruslah kena MARAH ^_^ Lebih baiklah saya uruskan sendiri, lagi tenang jiwa tau!

    Amboi, Adelya! Bukan main besar bunga. Maklumlah mama pandai tanam pokok bunga ^_^

    Tahun depan jomlah kita berlumba-lumba sapa semput dulu menguruskan anak-anak sekolah. Hehehe!

    ReplyDelete
  6. Banyaknya lagi cuti mama aryan. Apalagi ambiklah separuh bawak anak-anak berjalan sebelum penggal persekolahan bermula Januari nanti. Tapi kalau boleh carry foward elok juga simpan sebab pengalaman saya masa bekerja dulu, time anak2 kecik dan bersekolah ni mmg banyak nak guna cuti untuk urusan2 berkaitan dengan mereka nanti.

    ReplyDelete
  7. Tgh musim daftar anak gamaknya sekarang ni kan... Patutlah, jiran mak pun kecoh jugak pasal daftar mendaftar ni.

    Amboiiii cuti banyak tu! Alang alang tu....bolehlah plan ke mana mana ....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...