Wednesday, 13 September 2017

Potong kek

Assalamualaikum..

cerita masa balik kampung raya haji lagi. petang lepas balik dari ladang tu lepak-lepak jap kat rumah. sekali makdak cakap nak keluar mentakab nak beli kek untuk adelya katanya. senyap-senyap je tak bagitahu adelya. adrien pun kemian pandai simpan rahsia tak bagitahu adelya juga rancangan makdak tu. Lepas lepak-lepak balik kampung en.azmi pula sementara makdak ke mentakab tu.

Selepas maghrib ke kampung mama semula, seronoklah adelya sebab ada kek besar sebelum ni mama beli kek sepotong je kan, dah berapa kali cakap dekat mama tu nanti dia nak kek besar, alhamdulillah hari ini adelya senyum lebarlah sebab makdak belanja kek, siap potong dengan ibulah sebabnya adelya,ibu dan abang aliff kongsi bulan besday yang sama cuma waktu tu abang aliff takde, adelya potong kek dengan ibu je lah.


Tengoklah tu gembira anak dara mama dapat potong kek, memang ibu ada cakap nak sambut dengan adelya dekat kampung. dah tu berebut pula abah dengan makdak nak belik kek yelah abah mestilah nak belanja kek untuk ibukan, tapi makdak kata biar dia je belanja kek untuk adelya.. haaa sekalilah untuk ibu jugakan. mama cuma tambah pizza je sebab masa balik tu adrien cakap nak pizza. masa tu malas pulalah mama nak terus ke mentakab semata-mata nak beli pizzakan, jadinya dah alang-alang makdak beli kek untuk adelya,mama belikan pizza untuk adrien, jadinya dua-dua pun hapy, bukan dua-dua tapi semualah yang ada malam tu.

Adelya ni mulutnya potpet potpet tau, sampaikan mak-mak sedara geram dan panggil dia makcik bawang hehehe sebab becok sangat. hari tu adelya bersembang dengan papanya mama dengar je, papa tanya "abang ayip ada tak rumah ibu tadi?" (sebab mama baru lepas balik hantar bubur kacang kat rumah ibu lepas maghrib tu). adelya jawab "abang ayip takde pargi jalan-jalan..hei malam-malam buta pun nak pegi jalan-jalan" tengok tu dia punya membebel dah macam orang besar je, itu yang dapat gelaran makcik bawang tu hehehe...macam-macam lagilah telatah adelya ni, kalau ingatkan mama nak tergelak je. nantilah mama cerita lagi.

Wassalam

11 comments:

  1. Mak cik bawang. Hehe. Comel je <3

    ReplyDelete
  2. Seronoknya adelya dpt sambut besday ramai2 dekat kampung. Dengan mulut riuh adelya bertambah gamat lah suasana tu kan kak.

    ReplyDelete
  3. Untunglah Adelya ada ramai mak...... mak daklah, mak tehlah, mamalah, ibulah....hihi..... Tak pasal pasal dapat kek free tau. Mama selamat beli kek tapi tak selamat jugak sebab kena belanja pizza haha.....
    Seronokkan Azra dapat berkumpul adik beradik mcm tu.

    Kebanyakan budak pompuan mmg banyak cakap.... mmg rajinlah orang melayannya, nak korek rahsia pun senang hihi.....

    ReplyDelete
  4. Seronok Adelya dapat kel besar ya...bertuah dapat sponsor lagi.
    Makcik bawang yang comel.Akak suka layan budak kecik yang petah berbual.Seronok kan...ada saja yang keluar dari mulut nya .

    ReplyDelete
  5. Pandai yen simpan rahsia ye..
    Comel je yaya punya gelaran, mak cik bawang.. Hehe..
    Yaya yg comel, suara pun comel, bila pot pet pot pet tu.. Lg nmpk comel..

    ReplyDelete
  6. Cik bawang putih ke atau cik bawang merah.. hehhehe.

    ReplyDelete
  7. hehe..hepi belated birthday untuk adelya dan ibu adelya jugak.hehe, budak banyak membebel ni bila dia takde mesti ramai makcik2 tu rindu-rinduan.hehe

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Makcik bawang :) comel je gelarannya hikhik...

    Budak2 gitulah asal bday je minta kek . Kat rumah ni pun sama, tak kiralah bday sapa pun mesti depa kalut suruh beli kek hehe...

    ReplyDelete
  9. happy bday adelya si makcik bawang.. comel je hahha

    ReplyDelete
  10. Oih, ketinggalan plk, help besday, sanah helwah adylea my baby.
    Hepi tu dapat kek besar tu, smp hati Tak bagi Kat makcik cikit tau,makcik nak Makin dah ni, huhu.
    Moga cayang jadi anak yg solehah yea.

    ReplyDelete
  11. Dapat juga Adelya kek besar, nasib baik makdak rajin melayan...

    Oh, si Adelya rupa-rupanya makcik bawang! Kira petah sangat tu dah sampai dapat gelaran makcik bawang di usia muda. Hahaha!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...