Thursday, 28 September 2017

Bukit Jugra

Assalamualaikum...

Minggu lepas cuti 3 hari kan, tapi takde rancang nak kemana-mana pun. Jumaat tu jiran ada buat kenduri doa selamat dan nikah adiknya. maka kami pergi makan kenduri sajalah. lauknya simple tapi sedap. buburnya paling sedap mama siap bertambah-tambah makannya hahaha..ye lah orang tak ramaikan, waktu kaum adam pergi solat jumaat, mama dan jiran-jiran pergi kenduri dapatlah makan dengan tenang sebab mama dengan adelya je, abang adam dan adrien haruslah ikut papa ke masjid.

Sabtu mereput dekat rumah sebab en.azmi kerja. jadi sebagai surirumah dihujung minggu makanya marilah kita buat kerja rumahtangga memasak dan mengemas. sekarang ni kalau malas pun tetap kena masak sebab pakjang adakan, kebiasaanya dalam sebulan tu ada juga hari-hari yang mama malas masak jadi kita makan je apa yang ada, apa yang ada tu maksudnya goreng mee ke, kueyteow ke, tak masak nasilah kiranya kan, masak yang simple-simple je.

Ahad..memang dah rasa bosan, adrien pun asyik sebut nak pergi muzium. nak ke muzium negara memang tidaklah buat masa sekarang ni. jadinya kita carilah sesuatu juga untuk gembirakan anak-anak. lepas zohor tu paksa en.azmi bawa keluar hahaha walaupun mukanya nampak malas ada mama kisah, kalau taknak juga mama je drive bawa anak-anak pegi pantai morib hahaha sebab senang je nak ke pantai morib tu kan. akhirnya en.azmi pergi jugalah kan. dalam nak tak nak tu 3 tempat jugalah kami pergi, walaupun sekejap oklah kan untuk mama dan anak-anak..ehh mama yang lebih-lebih mestilahhhh..bosan kot terperap dalam rumah.

destinasi pertama kami ke bukit jugra, sajalah nak tengok apa ada kat situ. perjalanan lancar je sebab lalu jalan kampungkan, tenang jugalah kan cuma tak tenang didalam kereta sajalah riuh dengan suara anak-anak, dalam kereta pun nak bermain dua beradik tu, adelya pula sibuk suruh touch up lipstik yang kononnya dah tak nampak dibibirnya tu, hei geram je mama tau. sampai dikaki bukit en.azmi turun tanya orang boleh ke naik atas bawa kereta? boleh rupanya jadi mendaki bukitlah kami sampai ke atas ada juga yang berjalan kaki, gigih sungguhlah dorang tu.

takde apa pun kat atas tu cuma ada rumah api dan tempat orang buat aktiviti paragliding. sempatlah kami tengok waktu tu orang buat aktiviti paragliding tu, seronok pula mama tengok, adelya siap cakap dia pun nak naik.hehehe...eh kalau pitih belanar mama pun nak jugaklah sebab mama pun suka aktiviti mencabar macam tu, tapikan kos yang perlu dibayar untuk aktiviti tu separuh dari bajet makan sebulan mama jadi mama pun pendam je lah hasrat tu dihatikan, dah lah hujung bulan belum gaji lagilah tak payah, kita tengok je sudahhh. inilah nasib seorang marhaen, nak buat apa-apa pun kena fikir beratus kali hahaha



Haa...tengok tu dorang melayang best apa, lepas dah terjun dan terbang, kat bawah sana tempat padang ragut tu lah tempat mendaratnya tu yang nampak macam petak kat bawah tuu, haa bawah tu cantik juga tempat lembu-lembu meragut rumput, itu kalau silap landing tu mau landing atas belakang lembu hehehe..nanti adalah orang-orang yang tunggu kat bawah tu untuk bawa naik ke atas semula. atas ni itu jelah aktivitinya selain itu kita dapatlah tengok keindahan sungai langat tu , eh tapi view memang cantiklah cuma mama takde kamera cantik gambar pun nampak biasa-biasa je lah kan.

untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ini dan cara untuk menyertainya boleh lihat di sini

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe


Rumah api nampak gelap lak gambar nih macam nak malam pada hal tengah panas lit-lit nih. Ye la enfon cap ayam mama guna jadi gambar pun  nampak malam je, takpelah janji ada gambar ye tak.


Tunggu giliran untuk terbang tu hehehe...ini tempat menunggu dan melihat, ruang memang kecik je, tapi oklah sebab orang tak ramaikan. Memang betul-betul tepi lereng bukit ini kalau tergolek mau jatuh ke bawah ni, adelya seronok je dok berlari-lari risau je mama takut bergolek, sebelah belakang tu lah terletaknya kawasan rumah api, berpagar dan tak boleh masuk, kalau boleh masuk mesti best nih.


View sungai langat, tengok.depan mata memang cantik rasa tenang je walaupun anak-anak tengah bising hehehe

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe

Wassalam.

12 comments:

  1. Salam, tahu tak berapa charge untuk naik paragliding tu? teringin juga.

    ReplyDelete
  2. Cantik nampak Sungai Langat tu...

    ReplyDelete
  3. CATIK VIEW BUKIT JUGRA XPERNAH SAMPAI LAGI

    ReplyDelete
  4. Mahal rupanya naik benda terbang melayang tu ye UA..

    Tapi bestlah pemandangannya..
    Tenang mendamaikan ciptaan Allah ni..

    ReplyDelete
  5. Oh boleh bawak keta naik ya Ilah?....cantek pemandangan dari atas ya.Anak2 akak yang besar2 tu dah naik juga tapi mereka mendaki.

    ReplyDelete
  6. ok gak ni kak, walaupun dekat janji dapat rilekskan otak. kalau saya ada anak, lagi risau diorang nak duduk dengan gadget sahaja 24 jam

    ReplyDelete
  7. Cantik nya kak view atas tu. Ana kalau ade view cmni duduk lama2 pun boleh. Cuma kena bawa bekal lah. Siap boleh tgk paragliding lagi. Seronok nya.

    ReplyDelete
  8. Pernah jgk ke sini. Saje nk tgk apa yg ada. Tapi kami x keluar tgk org terjun paragliding tu.. Hihi.. Mmg seronok buat aktiviti mencabar ni, wp ada rasa takut. Boleh naik 2 org ye paragliding tu? Gambar rumah api tu bkn sbb hp rasanya. Sbb panas sgt. Faktor pencahayaan tu.. Hihi..

    ReplyDelete
  9. Cantik pemandangannya ye sis... Selalu baca org gi sini utk paragliding tu.

    Berani juga mama nak try ye. Kita dah taubat benda2 lasak ni sejak dah nak kertu ni haha...

    ReplyDelete
  10. Subhanallah cantiknya view dari bukit jugra ni. Hijau tenang dan segar mata memandang (peribahasa sendiri - mohon jangan kecam Ain 😜). Best paragliding. Terer depa adjust2 supaya landing kat tempat yg sepatutnya kan. Nampak jauh jgak tu. Memang pikir 203x kali kalau nak naik. Kang terlepas sampai London susah plak. 😅

    ReplyDelete
  11. Bubur apa yg sedap sangat tu Azra... cakap tak habis tau dia ni...
    Pak Jang ikut ke tidak tu ke Jugra.
    Kadang kadang boring jugak duk rumah dah katanya cuti panjang. Nak jugak minum minum cendol ke kan...hihi...

    Pernah dengar jugak org ckp Bukit Jugra, Bukit Jugra...tp tak pernah pergi.
    Ha a sama le kita Azra...hanya mampu tgk jee

    ReplyDelete
  12. Ahah! Aktiviti paragliding dan rumah apikat sini. Padanlah bila sebut Bukit Jugra ni macam teringat-ingat sesuatu tapi tak pasti apanya. Malas eh nak google! Kalau saya pun AA, selagi boleh bawa kereta, saya bawa sampai ke titik teratas. Tak kuasalah nak exercise kuatkan kaki berjalan daki bukit. I is pemalas ^_^

    Kalau naik ke sini pun takdanya saya nak try paragliding ni AA. Saya gayat tempat tinggi, rasa macam nak terjatuh-jatuh di awangan aje kalau tempat tinggi sikit.

    Kalau hujung minggu tak keluar rasa rimaskan walaupun selalu sangat berhajat dapat lepak-lepak di rumah aje bila tiba hujung minggu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...