Assalamualaikum...
Bersiaran dari rumah, haaa ko dari cuti 3 hari terus jadi 5 hari. Kisahnya... Khamis lepas balik dari kerja pakjang dan maktam tak sampai lagi mereka pergi ambil ubat pakjang dekat hoshas. Mama bagi kunci mama takut dorang sampai awal, sekali lambat pula dorang sampai. Dah la hujan renyai-renyai waktu tu, en.azmi pun lewat juga petang tu sebab banyak kerja, duduklah mama dalam hujan renyai-renyai tu sebelum jiran sebelah ajak ke rumahnya.
Rezeki dapat jiran yang baik siap sediakan air dan kurma untuk mama berbuka, suaminya pulak suruh potongkan kek, alhamdulillah rezeki dapat berbuka petang tu kalau tak mahunya mama berbuka dengan air hujan hehehe. Nak ke rumah kakak mama nak tunggu abg adam balik sekolah. Pukul 7.30 baru maktam dan pakjang sampai.
Jumaat buat urusan sekolah anak-anak. Sabtu tu mama rasa lain macam dah, malam tu dah soksek-soksek, esoknya selsema. Ahad lagi teruk sampai tak boleh bangun, badan pun panas je. Sudahnya en.azmi kata tak payah pergi kerja kalau tak larat. Jadinya cutilah mama isnin tu dan terbaring je la kat rumah. En.azmi pun ambik cuti. Anak-anak semua dia uruskan. Makan tengahhari pun en.azmi masak, bukan setakat makan tengahhari, minum petang pun ada dibuatnya goreng pisang. Dalam ujian ada rezekiNya kan.
Sepatutnya mama pergi kerja hari ni tapi rasa macam tak larat pulak nak pergi, malam tadi tak dapat nak baring tidur sebab semput tetiba asal baring je tak boleh nak bernafas sudahnya tidur sambil duduk je lah mama, tersengguk-sengguk dibuatnya, ubat dah makan tapi nampaknya belum berkesan ubat tu pada mama. Jadi sabar dan redha sajalah kan. Moga-moga kesihatan bertambah baik, esok nak kena pergi kerja dah.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Betullah kan Allah cakap disebalik ujian tu ada hikmah dan nikmat yang kita tidak ketahui. Mcm kes hang ni Azra, jiran pun akhirnya dapat tempias pahala puasa, sebab dia berpeluang sediakan juadah utk org berbuka. Untung dpt suami mcm En Azmi, selain boleh dukung, boleh masak jugak hihi
ReplyDeleteLepas ni standby extra duplicate 1 set kuncilah.... senang sikit!
W/salam!
ReplyDeleteTak waterproflah mama ni... kena ujan sikit.. demam... hehheh. Sesekali 'ujian' tu datang juga, sabar dan moga cepat sihat seperti sediakala.
Mudah2an dah sembuhlah demamnya.
ReplyDeleteBagusnya En Azmi.
Lah hai kesian nya...demam ke Ilah.Mujor lah ada suami rajin membantu kalau tidak payah juga nak mengolahkan anak2 kecil.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ya...jangan lalai makan ubat .
Nasib baik ada En Azmi.... rajin dia tolong urus anak-anak.... semoga cepat sembuh ya..
ReplyDeletesemoga cepat sihat mama. ujian Allah datang on off sebab Allah sayang tu. Syukur jiran pun baik2 je kan.
ReplyDeleteMOGA CPT SEMBUH YAN BREHATLH N MKN UBAT
ReplyDeleteAlahai nasib ada jiran the prihatin dan baik hati, kalo Tak rasanya bukan takat berbuka air lioq, air hujan, ayaq mata pun sama tu, cian mama..ujian kan.
ReplyDeleteTapi dlm ujian ada hikmahnya, baik sungguh hati en azmi tolong buat semua benda, untung badan dpt suami yg rajin ni.
Oo, ada semput mama Yan, akk pun Ada kawan, Kali semput kena tido duduk juga.
Semoga segera sembuh ye mama.
Semoga cepat sihat kak lah..
ReplyDeleteDalam diberi ujian, Allah beri rezeki yg tak disangka kan..
Dapat la rehat kan bila suami tlg uruskan hal rumah dan anak2.
Semoga cepat sembuh ya. Semput semput ni semoga hilang terus
ReplyDeletesusah
semoga cepat sembuh dan dapat kembali bekerja, mama
ReplyDeleteget well soon dear..
ReplyDeleteSyafakillah mama...
ReplyDeleteUntung dapat jiran yg baik, rezeki juga tu. Apatah lagi dapat husband sporting lagilah untungkan hihi...
Sebenarnya ujian Allah bagi pada seseorang tu bukan utk dia sahaja tapi utk orang sekelilingnya juga kan...
alahai.
ReplyDeletedemam. semoga cepat sembuh.
Syafakillah..saya kat sini pun masih batuk, selsema. Deria bau gone sebentar...huhu..tapi Alhamdulillah..masih boleh beribadat dan buat kerja2 yang lain.
ReplyDeleteaida last week pun hampir2 demam tau , AA.
ReplyDeletececepat telan panadol. cecepat num air suam bebyk.
alhamdulillah. sakit tekak tu pulih cepat la... tak demam.
susu & kurma = marveles.
Salam berkenalan...baru berkunjung..bleh lawat blog sy www.lokmanamirul.com.
ReplyDelete