Assalamualaikum...
Hai lah makcik bawang sorang nih makin menjadi-jadi pulak pe'elnya tu kan. Hari tu masa besday pakcik, makdak pun bagi hadiah untuk adelya pinggan berbentuk hello kitty, pastu ada cawan dan tupperware sekali. dah dapat hadiah tu bukan main sukalah dia dok usung je beg yang makdak bagi tu.lepas semua orang balik malam tu, terus datang minta nasik dekat mama, ehhh..tadi je baru lepas makan kek dengan kepsi lagi mau nasik ke budak sorang nih, dahlah lauk memang takde sebab mama memang tak masaklah sebab nak makan kepsi je malam tu, eh dia tak kira dia nak nasik juga. hmmm.. padanlah nak makan nasik sebab nak guna pinggan baru, bukan main lagi dia ya.
Tengoklah tu nasik kosong pun jalannnn..licin dia makan sedap sangatlah tu makan dalam pinggan hello kitty kaler pink pulak tu. pagi esoknya makan kek lagi "yaya nak kek isi dalam pinggan yaya mama" tengok tu makan kek pun dalam pinggan baru, air pun dalam cawan baru, abang-abang jangan haraplah nak berkongsi pinggan atau cawan ye..makan kek sila guna pinggan lain, itu pinggan yaya.
Ingatkan dengan abang-abang je dia tak bagi rupanya dengan mamapapa pun tak boleh guna juga, pagi tu en.azmi bakar roti ambiklah pinggan dia tu konon nak isi roti sekali adelya tengok bergema jeritan dipagi hari "itu pinggan yaya, mana boleh guna" hahahaha...hadoiii terus diambilnya pinggan dari en.azmi terpaksalah en.azmi ambik pinggan lain.
Malam besday tu juga maktam ada bagi lipstik untuk mama, kisahnya kakak nye ni berkenan dekat lipstik adiknya, maktam kata nanti nak belikan, malam tu datang maktam bawaklah lipstik yang dibelikan hehehe...bukan lipstik merah menyala lipstik biasa-biasa je untuk mama, sesuailah dengan usia yang dah senja nih, tetiba nampak pulak kat adelya maktam bagi mama lipstik terus dia pun minta juga kat maktam "yaya nak juga lipstik kaler pink" ha ambikk ko maktam kena beli lagi satu, mujurlah ada dua je anak buah perempuan, yang sorang lagi sepupu adelya tu pun jenis nak bermekap juga tapi mujur mommynya pun bermekap. belasah mommy punya je la. macam mama ni saje je suruh maktam belikan pakai pun bukan selalu.
Ahad jalan-jalan ke jugra, anak dara mama tu bukan main lagi nak berlipstik. sepanjang jalan dok tanya lipstik dia ada lagi tak? asyik suruh mama tambah je..ehhh geram pulak mama dia pulak yang lebih-lebih "mama nanti sampai muzium tambahkan lipstik yaya ye" haa kan sebelum turun kereta mesti tambah lipstik dia..ehh mama ni sekali je calit tau. petang tu nak main dengan kawan pun pakai lipstik, eh lepas tu dibawanya lipstik mama tu bagi pakai dekat kawan-kawan, katanya itu lipstik dia ewah-ewah sangat dia tu, mujurlah ada sorang je anak dara kalau 3 perangai macam ni jenuhlah mak-mak sedara nak layan hahaha.
adelya yang berlipstik mama, tapi dia kata itu lipstik dia..hehehe siap kawan datang tanya mama "mama..betul ke adelya ada lipstik?" hehehe adehhh anak-anak dara weh, haaa korang pakai je lah lipstik tu. sekali tengok baju pun pakai lipstik. hmmm mama kena sorok lah lepas ni supaya tak cepat habis hahaha..mama bukan pakai sangat pun, saja menggatal nak suruh maktam beli, warna yang mama nak pun yang pudar-pudar je takde lah merah menyala malu lak nak pakai hehehe tapi warna merah cantiklah cuma mama segan nak pakai.. Oklah
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Nampaknya anak puan ada sifat menjaga barangnya. Bagus tu. Kalau besar elok jadi pemegang amanah. Cuma sekarang ni dunia akhir zaman
ReplyDeleteorang yang pegang amanah dengan baik dihina masyarakat
alah kak, tak berapa nampak lah lisetik kt bibir adelya tuh...
ReplyDeletelahai, syg betul dia ngn barang2 kepunyaannya yek
Amboi yaya.. Rasmi pinggan hello kitty ye.. Hehe.. Mokde nk pinjam la pinggan dia..
ReplyDeleteHaha.. Ank dara dgn lipstik xdpt dipisahkan.. Ok la tu dia suh topup lipstik je.. Hihi..
Aimy dulu siap xnak makan, takut lipstik hilang. Bibir pun muncung je.. 😅😅
Amboi, Adelya! Kecik-kecik dah ada lipstick. Bab pinggan, cup tu semua biasalahkan budak-budak. Memang terlebih bahagia kalau ada hak milik sendiri. Saya pulak dulu-dulu kalau nampak ni semua bukan main over nak belikan untuk anak-anak padahal anak saya takdanya heran pun nak makan minum pakai pinggan/cawan apa ^_^
ReplyDeleteMama, startlah kumpul lipstick. Kalau tak pakai, Adelya kan ada ~_^
Dah berusia ni AA memang tak minat sangat dengan warna-warna lipstick yang terang-benderang gitu. Saya pun kalau beli lipstick suka warna coklat cair tak pun pink cair. Kalau dulu, warna coklat gelap pun jadi. Dah macam drakula baru keluar sarang je gayanya!
Mama dia masa kecik mesti mcm tu kan. Anak beranak bawang 2 keturunan nampaknya haha.. Mamanya mcm tak biasa dpt barang baru! Tudung baru ke... sure itu aje yg dibelasahnya hari hari
ReplyDeleteBila cerita Adelya suka berlipstik, saya pun suka kerjakan lipstik hakak dulu dulu Azra. Mesti kecik beso kecik beso je kakak tengok adik dia dulu dulu ek.
hehe..macam kita kecik2 dulu.tapi dah besar ni malas pulak nak mekap2..haha
ReplyDeleteAmboi makcik bawang dah ada lipstik sendiri ya....hihii baru sorang anak dara tu Ilah.Takpe,dh terserlah jiwa keperempuan Yaya tu.
ReplyDeleteHamboii2 makcik bawang, manalah belajar siap nak topap2 lagi lipstiknya ye, gitulah ragam anak pompuan ye, kecik2 dah pandai nak melawa. Mulut pun becok je yea.
ReplyDeleteTengok Yaya mkn nasi kosong teringat Kat sorg budak kt tadika akk tu, suka makan nasi kosong je, taknak lauk, taknak kuah, siap bertambah lagi makannya walaupun nasi kosong.
Syg sgt lah tu dgn pinggan hello kitty tu kak. Sampai org lain tak boleh guna. Skrg pun guna lagi tak?
ReplyDeleteKalau dah namanya perempuan, bab melawa mmg no 1. Tak kira usia. Hehe.