Monday 18 September 2017

Go'bang maju

Assalamualaikum...

masa balik tengok pakjang lepas eksiden hari tu, mama sampai hoshas tepat-tepat waktu lunch belum masuk jumpa pakjang dah terjumpa adik-beradik lain yang nak pergi makan, memandangkan perut memang berkeroncong sejak pagi makanya mama buat keputusan untuk join makan jugak. tak tahu nak makan kat mana mama follow je lah.

Dah alang-alang ada di bandar ikan patin makanya pekena patin tempoyoklah kita. pada hal mama ngan en.azmi tak makan pun ikan patin, tapi abang adam makan weh patin tempoyok. tengok orang makan macam sedap jek tapi mama takdelah pulak nak mecubanya, belum terasa nak mencubalah, cuma rasa kuahnya sikitlah.

menu yang diambil pada hari kejadian. oh nasi putih, keropok dan salad itu kira set ok satu set tu rm2.90, sebenarnya boleh je nak ambil nasi putih saja tapi sebab pertama kali makan jadi tak tahulah. lepas ambil tu barulah mama nampak tulisan dekat kaunternya, kecik amat tulisannya tu, orang kat kaunter nasi tu pun takdelah bertanya nak nasi biasa ke set? jadinya kita ingat nasi tu memang dijual begitu rupanya tidak, bukan apa terasa membazir pula sebab keropok dan salad tu anak-anak memang tak makanlah dan bukan anak-anak je ramai lagi yang tak makan, macam mama memang pulun semua tapi tak larat pulak nak habiskan yang anak-anak punya.



oh ya menu yang diambil tentulah patin tempoyak, bila rasa sedikit kuahnya mama rasa biasa-biasa je sedap lagilah yang mak mertua mama buat ekekek..eh ini mama cakap ikhlas ye berdasarkan tekak mama, kalau orang lain makan sedap itu tak kisahlahkan citarasa masing-masingkan. pais talapia pun tak best, tempoyaknya manis, kalau sedikit masam dan pedas tentu lebih sedap, begitu juga udang masak lemak tu kurang lemak dan kurang pedas. sudahnya mama makan nasi, ayam goreng, petai jeruk dan sambal hitam je, haaa itu  kira dah kena dengan selera, tapi yang paling best hari tu air jagung special tu haaa itu memang sedap, tapikan takleh lawan dengan kedai patin dekat tepi sungai tu lah mama tak ingat nama kedainya. ada pucuk ubi tempoyak memang yummy2 lah, air jagungnya pun sedap tapi tak pasti ada tak lagi kedai tu sebab dah lama sangat tak pergi.

Keseluruhannya bagi mama makanan dekat sini biasa-biasa je, bagi mama okeh bagi orang lain mama tak tahu sebab citarasa kita tak samakan. kalau ikutkan tekak mama ni takdelah high taste sangat tapi itulah memang tak berasa makanannya, mungkin bukan rezeki mama agaknya waktu tu nak rasa makanan yang sedap,tapi rezeki mama untuk dapat makan saja. biasa mama tengok orang yang pernah makan kat sini kata makanannya sedap. jadi mungkin hari mama pergi tu tukang masak lain kan. jadi hasil masakannya pun lainlah...hehehe, tapi kalau esiapa yang berkunjung ke temerloh bolehlah singgah disini pekena patin tempoyak.

wassalam

10 comments:

  1. Ikan patin Pahang memang sedap, selalu makan dekat RnR je... Sekarang dah jauh ni entah bila dapat makan lagi....

    ReplyDelete
  2. Ha a....namanya tekak pun lain lain haruslah cita rasa pun lain lain. Ye dak.

    Kalau mak ikan apa pun makan Azra kecuali ikan mentah hihi... Amboiii jek mak mertua nampak! Maklumlah abg Azmi rajin dukung hihi....Jenuh zoom benda coklat tu. Rupanya peha ayam. Nampak mcm KFC!

    ReplyDelete
  3. Angah penah makan jugak patin tempoyak di sinun...tapi memang sedap yang kita masak sendiri, lagi-lagi kalau emak yang masak...

    ReplyDelete
  4. Akk pun kalo ikan patin tak reti makan, entahle kalo ikan sungai ni, idok tertelan plak, bukan sombong, tapi arwah mak, kami org tengganu reti makan ikan laut jelah.
    Betul juga kan, mgkn gak Hari yang mama Yan pegi makan tu Tukang masak yg ada tu sakit je, pastu ganti Tukang masak lain, so kualiti masakannya tentulah tak sama kan.

    ReplyDelete
  5. Patin tempoyak, sedap tu mama. Ain yang baca ni pun terliur dah. Adui. Tapi tu la, Ain pun rasa yang mak Ain buat paling sedap setakat ni hehe. Lagi satu, nasi + salad tu MasyaAllah selambaknye yer. Jenuh nak perabih tu. Huhu

    ReplyDelete
  6. wak penah try tempoyak ikan patin nih mcm xleh nk masuk., huhu2 selere kita berbeza la buk., ;p

    ReplyDelete
  7. Mmg mama aryan, org lain mungkin kata makan kat situ sedap tapi kita makan tak sedap. Tekak kita tak sama.

    ReplyDelete
  8. Ana pernah sekali je makan ikan patin masak tempoyak. Sedap juga rasanya. Tapi betul lah kata akak, tekak masing2 kan. Sedap dekat kita tak tentu sedap dekat org.

    ReplyDelete
  9. kalau kita pernah makan yang sedap, memang dah ada 'benchmark' la kat situ..huhu.apa-apa pun, tengok tekak masing2.

    p/s:masakan rumah jugak yang paling sedap

    ReplyDelete
  10. Saya pernah makan di Gobang Maju tapi di KL lah bukan di sana, jauh sangat nak tuju. Saya pun tak makan patin, apatah lagi tempoyak walaupun gila durian segar. Pada saya yang tak makan ikan patin ni, sajalah pergi restoran ni nak try katanya. Tapi itulah orang order main dish patin tempoyak kita pi order side dish yang kat mana-mana pun boleh dapat. So tak tahu nak review patin tempoyak ni di restoran ni sedap ke tidak!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...