Cerita sebelum cuti raya haji hari tu, mama dah cuti awal tapi belum balik kampung lagi en.azmi masih kerja. Jadi duduklah dirumah dengan budak berdua tu je. Hari khamis baru gerak balik kampung. Okeh hari ni mama ambik cuti sebabnya nak tukar kad bank kikiki, masa orang kalut dok tukar mama rilek je sebab gaji tak masuk maybank hihihi, ini kalut nak.tukar sebab claim ot masuk maybank.
Hari tu pergi dah maybank shah alam tu sbab ada mesin untuk tukar kad, en.azmi tukarlah tak sampai 5minit pun prosesnya, masuk kad lama, masuk ic kemudian scan cap jari. Sekejap je terus keluar kad baru. Mama pun semangatlah buat juga tapi tahu dah mesti tak boleh nye sebab mama ada masalah cap jari. Sudahnya ke kaunter jugalah. Mujur orang tak ramai dekat maybank banting sekejap je urusan mama.tapi mama rasa cap jari mama dah ok cuma kena tukar ic lah sebab cap jari dekat ic tu nampak tak elok sebab dulu cap jari mama memang tak nampak langsung.
Tu dia tajuk tanya pasal daun tetiba citer pasal cap jari lak...
Jadi inilah hasilnya masak lemak putih pucuk meranti. Sebelum dimasak celur dulu sekejap untuk buang pahit tapi kalau suka pahit tak perlu celur boleh terus masak je sebab pahitnya tu takdelah pahit sangat. Pertama kali masak dan pertama kali makan, apa rasanya? Bagi mama ok sedap, kalau ada lagi bolehlah dibeli dan dimasak lagi. Cara masak sama je dengab masak lemak putih yang lain. Sebab banyak 2 kali mama masak sekali mama celur dulu yang kali kedua tak celur, rasanya ok je tak pahit pun.
Wassalam
Wassalam
Sedapnya...campur keledek pun sedap...makan dengan sambal belacan...
ReplyDeletepucuk meranti , ccl tak pernah lagi makan sayur ni
ReplyDeleteHa a mmg senang tukar kat kiosk. Dahlah tak ramai org. Cepat pulak tu. Tu husband maklah yg buatnya hihi...
ReplyDeleteNampaknya bolehlah buat entri kisah ibu jariku lepas ni...
Daun meranti tu pernah jugaklah dengar dan makan tp beli sendiri dan masak sendiri belum pernah lagilah
ni syr peberet dana nih kak, kt kampung senang la jumpa... kt kl ni payah skit...
ReplyDeleteklu kt kampung kadang tak pyh beli... merata2 ada tumbuh... nk tanam pun mudah...
kalau kt kg sellau mak suke msk tumis air, atau tumis pedas, celur pastu mkn ngn sambal merah pun sedap kak... bt kerabu pun sedap... msk lemak putih mmg sesuai sgt
Oh senang ya tukar kad kat mesin...Punyalah susah beratur masa sibuk2 masa tukar haritu kan .
ReplyDeleteIlah tak pernah makan daun meranti ke sebelum ni.?Akak dah biasa sejak budak2 lagi ,arwah mak selalu beli kat pasar minggu.Masak lemak putih memang sedap campurkan keledek yang dipotong2 .Sepatutnya memang tak perlu celur Ilah ...pahit sikit je.
Dah tua2 ni akak jarang dah makan/ masak daun meranti ,selain kena makan sorang..ada org kata yg ada tekanan darah tinggi elakkan makan meranti ni....Walahualam..
tak pernah tengok or makan lagi daun meranti ni. sayur masak lemak memang menyelerakan.
ReplyDeleteAkk dah lama tukar, tapi bbrpa kali gak gi kaunter asyikla tk dpt, ramai sgt org..last2 buat kt mesin jugak, dah siap dia pos je.
ReplyDeleteAkk penah gak makan pucuk meranti masak lemak putih ni, bukan akk masak, tapi tk ingat kt mane ntah, rasa dia mmg ada pahit2 sikit, Tak celur agaknya
Sekarang dah senang AA boleh tukar di mesin aje. Tapi kalau ada masalah cap jari macam AA ni memang takda cara lainlah; kena pergi kaunter. Saya dah lama tukar, yang dok huhahuha dalam blog sebab kad lambat sampai tu. Mesti ada terbacakan, AA.
ReplyDeleteBab pokok ni, tak payahlah tanya kat saya AA. Saya ni memang lembab bab-bab mengenali tumbuh-tumbuhan ni. Musykillah sekarang macamana saya boleh belajar botani semua tu bagai! Pelik kejap bila memikirkannya tau. Hahaha!