Tuesday, 5 September 2017

Pak jang

Assalamualaikum...

Semalam dah selamat pakjang duduk rumah mama. Perancangan kami adik-beradik untuk jaga pakjang sementara pakjang mc 2 bulan ni. Kenapa duduk rumah mama tak duduk rumah ibu sebab ibu tak bekerja? bukan taknak bagi duduk rumah ibu sebab ibu ajar orang mengaji setiap hari jadi takut pakjang segan bila orang ramai, jadi duduklah rumah mama, tengah hari ibu akan datang hantar makanan, kali ni kami akan pastikan pakjang akan makan makanan yang berkhasiat je.

Pakjang kan pernah patah kaki sebelum ni dan kali ini pun patah ditempat yang sama sebelum ni duduk sendiri bukan kakak tak mahu jaga tapi pakjang tak mahu, tapi kali ni pakjang ok mahu ikut. oh ya pakjang eksiden baru ni yang sampai patah kaki kali kedua ni sebab nak elakkan dari terlanggar motorkan, katanya dari dia langgar orang dan mati biarlah dia korbankan kakinya lagi, memang dia dengarlah bunyi kakinya patah waktu tu..prapp bunyinya lebih kuranglah kan, mama tidaklah tahu macammana bunyinya tu.

Malam tadi bisinglah anak-anak mama yang bertiga tu dok interview pakjang
"pakjang...umur pakjang berapa?
"nama adik pakjang apa?" adehhh macam-macam soalan
Bila pakjang jawab umurnya 6 tahun terus adrien cakap "eh umur yen 6 tahun jadinya umur adik pakjang berapa?" hahaha..macam-macamlah adrien ni, semualah duduk melepak dekat pakjang mama risau je ada yang terduduk atas kaki pakjang, sampaikan abang adam pun bersolat depan pakjanglah. seronok sangat masing-masing. adrien siap cakap nanti kalau mama,papa pergi kerja, abang pergi sekolah yen pergi sekolah yaya pergi umah acik ct, pakjang nak duduk dengan sapa? alahai yen pakjang dah besarlah, boleh jaga diri
haaa...nati kalau penjahat datang pakjang boleh pukul dengan tongkat tambah adrien lagi. macam-macamlah anak-anak mama tu kan.

Adelya pula masa mama dok mandikan dia sibuk pulalah dia bertanya "nanti kalau pakjang nak makan siapa nak suapkan pakjang?" mama jawablah pakjang suaplah sendiri kan pakjang ada tangan.
"ialah mama tapikan pakjang sakit, kaki pakjangkan patah" jawab adelya lagi "ia memang kaki pakjang sakit tapi pakjang makan guna tangan, bukan guna kaki" balas mama "ishh mama ni tapikan pakjang sakit" ehhh budak sorang ni potpet-potpet mulutnya tak reti dah mama nak jawab. bila mama siap masak malam tadi terus berlari masing-masing panggil pakjang makan, adelya siap nak duduk sebelah pakjang..hehehe bersabarlah pakjang ye untuk 2 bulan ni layan kerenah budak bertiga tu.

Oh ya sebenarnya kami dah minta transfer untuk check up di hospital yang berdekatan di hospital shah alam ke kan. tapinya pihak hoshas kata tak boleh transfer tetap kena follow up dan check up dekat hoshas juga. tak apalah nak buat macammanakan, kenalah kami ambil jadual check up yang seterusnya jadinya setiap kali ada check up nanti kakak-kakaknya akan bergilir-gilirlah cuti untuk bawa ke hospital. waktu temujanji 8.30pagi..mahunya sebelum subuh gerak dari rumah tu hehehe, untuk check up bulan 9 nanti maktam yang akan bawa, mama akan bawa masa bulan 10 nanti, dah buat plan senang sikitkan, setiap kali pergi ibu akan temanlah, untuk urusan ni mama boleh pergi sendiri kalau en.azmi takde cutikan, adik-beradik kenalah berkorban untuk adik-beradik yang lainkan.. inshaAllah moga Allah permudahkan urusan kita.


suka kata-kata ni..mama ambil dari pakcik gugel. bergaduh marah benci tapi hubungan adik beradik jangan biar terputus. bila mak ayah dah takde ni dekat adik beradiklah tempat kita menumpang kasih. moga hubungan adik-beradik mama ni tetap erat sampai bila-bila.

Wassalam.

10 comments:

  1. Seronoklah ada pakjang kt umh yea. Jenuhla si pakjang nya nak melayan celoteh yg macam2 tu kan;)
    Yelah betulla tu, elokla si kakak yg jaga, nak harapkan sape lagi kan, biar sembuh dan elok betul2 kaki tu, makan minum pun in shaa Allah terjaga kan pakjang.

    ReplyDelete
  2. seronoknya pakjang ada kakak2 yg sanggup jaga sepanjang pakjang tak sihat...

    anak2 buah msti seronok sbb ada org baru kt umah tu, tu yg rsa nk dkt je ngn pakjang tuh...
    salute ngn adik akak, sanggup korbankan kakinya dr dia langgar org, yelah kadang dr langgar org rela biar la kete kite rosak.... tkt rasa berslh kn

    ReplyDelete
  3. Bagus hubungan Ilah adek beradek walaupun ibubapa dh xde saling bantu membantu.
    Yalah dah tentu seronok anak2 bila pak jang dia ada .
    Jenuh juga tu pak jang nak menjawab setiap pertanyaan anak2 buah yang becok bertanya.

    ReplyDelete
  4. Pantas juga adrien berfikir ye... bijak!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...seronok tgk adik-beradik yang saling ambil berat...

    ReplyDelete
  6. Ye betul sangat2 tu..kita adik2 memang kadang2 bergaduh..tapi pas tu berbaik semula kan...air dicincang takkan putus. Moga Pak jang cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  7. semoga pakjang cepat sembuh patah kakinya tu. anak2 mama kemain interview dan petah menjawab kan. comel je baca. :)

    ReplyDelete
  8. Sejuk hati membacanya, AA. Beruntung PakJang ada adik-beradik yang mengambil berat tentang dirinya yang masih sendirian. Ni kena suruh PakJang cepat-cepat cari jodoh walaupun baru berusia 6 tahun. Hahaha!

    Semoga budi baik kakak-kakaknya ni akan dibalas dengan kebaikan juga nanti. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah....moga dipermudahkan segala urusan hang Azra.
    Yelah ....siapa lagi nak diharapkan kalau bukan adik beradik. Nasiblah memasing sporting.
    Seronoklah anak anak, ada Pak Jang kat rumah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...