Thursday 14 September 2017

Daun apa nih

Assalamualaikum...

Cerita sebelum cuti raya haji hari tu, mama dah cuti awal tapi belum balik kampung lagi en.azmi masih kerja. Jadi duduklah dirumah dengan budak berdua tu je. Hari khamis baru gerak balik kampung. Okeh hari ni mama ambik cuti sebabnya nak tukar kad bank kikiki, masa orang kalut dok tukar mama rilek je sebab gaji tak masuk maybank hihihi, ini kalut nak.tukar sebab claim ot masuk maybank.

Hari tu pergi dah maybank shah alam tu sbab ada mesin untuk tukar kad, en.azmi tukarlah tak sampai 5minit pun prosesnya, masuk kad lama, masuk ic kemudian scan cap jari. Sekejap je terus keluar kad baru. Mama pun semangatlah buat juga tapi tahu dah mesti tak boleh nye sebab mama ada masalah cap jari. Sudahnya ke kaunter jugalah. Mujur orang tak ramai dekat maybank banting sekejap je urusan mama.tapi mama rasa cap jari mama dah ok cuma kena tukar ic lah sebab cap jari dekat ic tu nampak tak elok sebab dulu cap jari mama memang tak nampak langsung.

Tu dia tajuk tanya pasal daun tetiba citer pasal cap jari lak...

Daun apa ni eh? Rasa macam tak pernah tengok.

Terus whatsapp kat group tanya daun apa ni? Adehh..nak tanya mertua malu pulak itu pun tak kenal ke? Ibu cakap itu daun meranti...oh first time tengok nih. Terus tanya ibu nak buat masak apa, ibu cakap buat masak lemak putih.okeh beress.. Oh ya untuk yang belum tahu, ibu tu sebenarnya kakak mama yang sulung, anak-anak mama panggil ibu, jadi kat blog pun mama bahasakan ibulah sebab bila anak-anak baca nanti mereka tahulah kan.

Jadi inilah hasilnya masak lemak putih pucuk meranti. Sebelum dimasak celur dulu sekejap untuk buang pahit tapi kalau suka pahit tak perlu celur boleh terus masak je sebab pahitnya tu takdelah pahit sangat. Pertama kali masak dan pertama kali makan, apa rasanya? Bagi mama ok sedap, kalau ada lagi bolehlah dibeli dan dimasak lagi. Cara masak sama je dengab masak lemak putih yang lain. Sebab banyak 2 kali mama masak sekali mama celur dulu yang kali kedua tak celur, rasanya ok je tak pahit pun.

Wassalam

8 comments:

  1. Sedapnya...campur keledek pun sedap...makan dengan sambal belacan...

    ReplyDelete
  2. pucuk meranti , ccl tak pernah lagi makan sayur ni

    ReplyDelete
  3. Ha a mmg senang tukar kat kiosk. Dahlah tak ramai org. Cepat pulak tu. Tu husband maklah yg buatnya hihi...
    Nampaknya bolehlah buat entri kisah ibu jariku lepas ni...
    Daun meranti tu pernah jugaklah dengar dan makan tp beli sendiri dan masak sendiri belum pernah lagilah

    ReplyDelete
  4. ni syr peberet dana nih kak, kt kampung senang la jumpa... kt kl ni payah skit...
    klu kt kampung kadang tak pyh beli... merata2 ada tumbuh... nk tanam pun mudah...

    kalau kt kg sellau mak suke msk tumis air, atau tumis pedas, celur pastu mkn ngn sambal merah pun sedap kak... bt kerabu pun sedap... msk lemak putih mmg sesuai sgt

    ReplyDelete
  5. Oh senang ya tukar kad kat mesin...Punyalah susah beratur masa sibuk2 masa tukar haritu kan .
    Ilah tak pernah makan daun meranti ke sebelum ni.?Akak dah biasa sejak budak2 lagi ,arwah mak selalu beli kat pasar minggu.Masak lemak putih memang sedap campurkan keledek yang dipotong2 .Sepatutnya memang tak perlu celur Ilah ...pahit sikit je.
    Dah tua2 ni akak jarang dah makan/ masak daun meranti ,selain kena makan sorang..ada org kata yg ada tekanan darah tinggi elakkan makan meranti ni....Walahualam..

    ReplyDelete
  6. tak pernah tengok or makan lagi daun meranti ni. sayur masak lemak memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Akk dah lama tukar, tapi bbrpa kali gak gi kaunter asyikla tk dpt, ramai sgt org..last2 buat kt mesin jugak, dah siap dia pos je.

    Akk penah gak makan pucuk meranti masak lemak putih ni, bukan akk masak, tapi tk ingat kt mane ntah, rasa dia mmg ada pahit2 sikit, Tak celur agaknya

    ReplyDelete
  8. Sekarang dah senang AA boleh tukar di mesin aje. Tapi kalau ada masalah cap jari macam AA ni memang takda cara lainlah; kena pergi kaunter. Saya dah lama tukar, yang dok huhahuha dalam blog sebab kad lambat sampai tu. Mesti ada terbacakan, AA.

    Bab pokok ni, tak payahlah tanya kat saya AA. Saya ni memang lembab bab-bab mengenali tumbuh-tumbuhan ni. Musykillah sekarang macamana saya boleh belajar botani semua tu bagai! Pelik kejap bila memikirkannya tau. Hahaha!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...