Bertukang lagi

Assalamualaikum...

Semalam seharian mengemas..fuhhh mencabar kesabaran betul, mujur en.azmi balik kerja dia tolong mengemas sama-sama dan en.azmilah yang terlebih-lebih mengemas  lepas tu sebab en.azmi memang rajin bab mengemas nih, habis segala habuk segala ceruk dia bersihkan, mama lepas tu layan bersin je la tak tahan betul dengan habuk

Hari ni bertukang lagi, upgrade kerusi yang dibuat sebelum nih hehehe... Buat sesuka hati je lah kan.


Semangat anak dara sorang ni nak tolong papa memaku kayu. Tapi jenuh menunggu tak masuk-masuk pakunya tu.

Ye lah...ye lah mama tahu mesti tertunggu-tunggu kerusi mama yang nan hado tu kan hehehe..mama nak tunjuklah ni.


Ini je lah hasilnya..macam sesuai untuk anak-anak je sebab kerusinya takdelah tinggi mana pun, tapi kalau mama duduk ok je pun selesa juga. Dah selesailah kerja-kerja menukang. Oh ada lagi petak bunga untuk mama. Dia nak letak di tadikanya, dah siap sikit minggu depan bolehlah siap tu. Lengkap dah ruang tamu dengan kerusi dan meja, kata en.azmi macam penuh pulak ruang, biasalah tu kan dah letak barang tapi takdelah penuh mana, ruang menonton mama tak letak apa-apa lagi, lepas ni kita fikir nak buat apa diruang menonton pula.

Oklah perlu pastikan anak-anak tidur pula esok dah sekolah.

Wassalam

Comments

  1. Pandai menukang... cantik kerusinya...

    ReplyDelete
  2. Nak buat macam mna lagi, dah minat dia bertukang. Arkitek pun ada kaitan dgn tukang. Who knows the future.

    ReplyDelete
  3. Wah cantek jadinya...kreatif sungguh.Sesuai sangat untuk anak2 .

    ReplyDelete
  4. Rajinnya menukang... Not bad... Boleh la bukak kedai perabot plak lepas ni... Kikiki

    ReplyDelete
  5. Pandainya AA ni. Kira menjadilah kerusi tu. Lepas ni cari alas sofalah ya. Bila nak buat bisnes buka kedai perabot pulak ni?

    ReplyDelete
  6. Kayu itu akak beli ke? Mana nak dapat ye.. Cam menarik je bila bertukang macam nie.. Jatuh hati nie dekat kerusi tu..

    ReplyDelete
  7. Awak ni mmg pernah ambik kursus menukang ke Azra, bukan main lagi menukang kerusi? Kalau mak yg menukang tak taulah jadi apa tah hihi....

    ReplyDelete
  8. Fuh, kasi varnish plak lepas ni, kalah perabut Ikea ni mama Yan. Sok dh besar mesti si adylia pun suka bertukang tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts