keledek purple

Assalamualaikum...

penat bertukang tetiba rasa lapar pula. mama minta en.azmi belikan keledek memandangkan gula melaka masih ada lagi, ehh buat kuih keria pun sedap juga nih. selain keledek beli jugalah jambu batu sebab kuah rojak ada lagi dibuat makan petang-petang sedap juga.

Biasa keledek murah je sekilo tak sampai pun rm5, kali ni en.azmi kata rm5 sekilo tapi dibeli jugalah. mungkin permintaan meningkat sebab tu mahal sikit kot sekarang ni kata mama. Bawa balik tu teruslah proses kupas keledek sekali tengok padanlah lain harga keledek purple rupanya hehehe.. takpe lah kita hentam saja teringat pula pada dana katanya suruh cuba keledek purple pula, haaa ni alang-alang dah silap beli kita buatlah.

Kata adrien "kenapa warna lain?yen bau macam tak sedap je" amboi dia tu kan..dah mama tengok je dia baru dia sambung "yen kata yang belum masak, dah masak nanti mesti sedap" hehehe ada-ada je dia kan. Memang adrien bersungguhlah makannya dia yang habiskan, suka betul dia.

Hasilnya macam mana?



Inilah hasilnya..bagi mama ok sedap rasanya pun setanding jugalah dengan keledek kuning tu, eh satu lagikan mama rasa masa nak menguli tu kan lagi best keledek purple lah, masa uli dan nak membentuk gelang tu tak berapa melekat di tangan macam keledek kuning tu, nak bentukkannya senang pula tu yang penting rasanya sedap..bolehlah buat lagi nanti memandangkan permintaan tinggi untuk kuih keria ni.

Balik kampung raya haji nanti perlu bawa stok ubi keledek nampaknya dah ada yang minta suruh buat tu, kesian pakjang tengok mama up kat fb hari tu dia bagi icon menangis pulak, suruh dia datang rumah katanya susah sebab dia dah bekerja sekarang susah nak cuti, cuti pula sehari je seminggu, susahlah nak datangkan, jadi sebagai kakak mithali balik kampung nanti mama buatlah, ada pula kawan yang mengandung pun minta juga okeh kita buat sekali dikampung nanti. Mak dak pun satu hal juga minta buat tepung bungkus juga, ye lah..ye lah nanti mama fikirkan pasal tepung bungkus tu.

Wassalam.

Comments

  1. Lama dah tak makan kuih keria. Dah lupa mcm mana rasa, haha

    ReplyDelete
  2. kalau mak mertua e'in buat mesti dua jenis keledek nie.. keledek biase dengan keledek purple nie.. dua-dua rase sedap je.. hihi

    ReplyDelete
  3. Alahai 2-2 fav ana juga. Sedapnya dpt makan keria kak. Susah nk dpt yg sedap. Kalau boleh pos dah lama ana minta akak pos kan. Hehe

    ReplyDelete
  4. Banyaknya permintaan, AA ^_^ Ni baru permintaan makanan, permintaan untuk perabot belum buka lagi nih. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Eh mahalla smp rm5 sekilo, kt sini tak sampai 3hengget pun. Keledek pepel ni kalo rebus dan makan begitu saja, oh ..gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja, akk suka. Mak mentua pun suka. Bln puasa baru ni adalah 2,3 kali buat keria keledek pepel ni.

    Wow, Kira mama ni terer la jga bab2 buat kuih kan, menukang pun terer, menjahit, menggubah, pakej lengkap seoeg wanita gitew๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  6. Rajin Ilah ni kan...pandai bertukang dan mahir buat kuih.Beruntung jadi isteri encik Azmi dan mama budak 3 tu.

    ReplyDelete
  7. eh ada org nyebut nama kite lak... ptt rasa tersedak td hehehhe

    kan sedap kan keledek pepel nih, klu akak bt lebih jual la kt dana, dana nk jgk...
    dana tak penah bt keria, huhuhu sian kn

    ReplyDelete
  8. Kuih keria purple. Lain dr yg lain..sedap keria nih..feveret

    ReplyDelete
  9. Patutlah mahal keledek purple.
    keledek ni biasa orang buat kerepek.

    ReplyDelete
  10. Owh! lain kaler lain harga ke... saya tak tahu pun... ingatkan sama je harganya.. hehhe... saya pun tak pernah beli keledek sebenarnya... ni baru tahu.

    ReplyDelete
  11. sedap ye keledekpurple buat keria, rietta xpernah cuba lg...dah lama juga xbuat kueh keria....

    ReplyDelete
  12. Sedapnya.. Sha suka kuih nie.. Pakai kelek purple pun menarik ye..

    ReplyDelete
  13. Bila nak jadi kawan blogger mithali ni? Nak order jugak....
    Ohh...agaknya keledek pepel tu kurang kanji kot ek Azra tu yg kurang lekat kat tangan tu.

    Mula mula tengok gambo keria tadi terpikir gak kenapa gelap sangat rupanya hihi... rupanya angkara warna keledek!

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts