Friday 4 August 2017

Kira bolehlah tu

Assalamualaikum...

Last weekend mertua turun sini, kata en.azmi nak datang ke rumah gigihlah mama membersih rumah sejak subuh hari. tunggu-tunggu jugak perkhabaran tapi takde pun jadi kita buat rilek je sudah, masak pun untuk makan anak-beranak je la. En.azmi pula pergi kerja dan tak bagitahu mama apa-apa sampai ke petang..ehhh jadi ke tidak ni? mama pun takdelah bertanya apa-apa. sampai lah pukul 7 lebih barulah en.azmi bagitahu "siap-siaplah dah on the way ni"..ehhh berbulu juga kita dibuatnya. anak-anak yang dah berbaju tidur mama suruh tukar baju, ye lah takkan nak keluar dengan baju tidur kan, mana tahu nak pergi tempat best-best nanti tak sesuai pula berbaju tidur. Nak tahu kami makan di mana boleh baca di blog biras mama heheh

En.azmi suka macam tu tak bagitahu apa-apa info, dia tak tahu isteri ni sikit punya menggelabah kalau orang nak datang, macam dulu dah on the way baru dia bagitahu family nak datang, tak ke menggelabah biawak isteri dia tak cukup kaki tangan mengepak kemas rumah, mungkin bagi dia takde apa-apa, tapi janganlah oiii... FIL nak datang hoiii, rumah nak kena kemas, bilik air nak kena sental, dapur nak kena bersih, bilik tidur tilam bantal nak bertukar sarung dan cadar, biar orang datang bau kepam dalam rumah dah hilang hahaha. Biarlah hari-hari biasa tak kemas mana tapi masa orang datang nak juga rumah bersih berkilat. walaupun FIL tak kisah pun tapi kita ni lah yang kisahnyakan

Adik ipar dan isterinya belanja makan, adik ipar yang lain buat surprise juga untuk mak mertua dengan chocolate bouquet dan brownies malam tu. mama je takde buat apa-apa...,best je tengok semua meraikan besday mak...ehhh tetiba macam segan pulak takde sediakan apa-apa untuk besday mak mertua.. sebenarnya mama takdelah bersalah sangat sebab masa hari kejadian tu bukanlah tarikh besday mak mertua pun, mereka sambut awal huhuhu nak jugak rasa tak  bersalahkan,dalam hati dok fikir-fikir apalah mama nak buat ye,dah tahu lambat pulak tu kan, ye lah takde yang bagi info pun kan, ini semua salah en.azmi.fikir-fikir kena buat sesuatu jugalah nak buat yang gempak-gempak memang takdelah sebab bajet pun tak berapa nak hadoo. dalam perjalanan balik tu tanyalah anak-anak "nak bagi apa untuk besday wan?" kata anak-anak mama buatlah kek. Hmmm...nak buat kek apa pulak nih hari pun dah malam nak beli bahan memang tak sempatlah. nak beli esok pun confirm tak sempat sebab ada program lagi esoknya.

Dalam perjalanan tuh gigihlah mama cari idea..tetiba dapatlah satu idea nak buat ke tidak nih?? sebab bendanya biasa-biasa je. tapi memikirkan itu je yang mampu mama buat masa sekarang ni jadi mama pun buatlah. pagi-pagi sesudah subuh dah suruh en.azmi ke kedai membeli barang, benda yang mama nak buat tu ada jual kat kedai runcit je jadi mudahlah jugakan kalau tunggu bakery pukul 10 baru nak buka. semangat pagi-pagi berkelentung-kelentang kat dapur. apa yang mama cuba buat ni dua dalam satu lah kiranya..kikiki ye lah tetiba terfikirkan jadi kita buatlah. Kira bolehlah kan daripada takde, nak juga meraikn mertua, dah la jarang bagi apa-apa, dihari lahir mertua ni usahalah sikit buat apa yang bolehkan..



Ini je lah yang mampu mama fikir waktu tu, kek pulut kuning dengan rendang kikiki...taram je lah buat hiasan asalkan nampak macam kek walaupun tak semenggah je rupanya tu. anak-anak suruh buat kek kan makanya kek jugalah tu. rendang tu pula masa raya hari tu adik ipar ada minta tapi mama tak sempat buatkan jadi kita buat 2 in 1 lah pulut kek untuk wan dan rendang untuk adik-adik ipar, bolehlah digandingkan bersama, bergabung meletop didalam mulut...hehehe. seronoklah mama bila tengok semua makan dengan berselera, saja je mama buat kecik je supaya habis kalau buat besar-besar nanti tak abis kecik pulak hati kita ni hahaha..habis makan abah mertua duduk sebelah mama "boleh pulut jadi macam kek ye" kata abah mertua "aah boleh bah" abah nak juga ehhh nanti besday abah kita buat juga ye hehehe



Adik ipar update kat fb, mama memang tak snap pic pun... Dah la bawa pulut kuning dalam loyang je hahaha...kotak kek pun takde, mulanya suruh juga en.azmi beli. Tapi ye la bakery pun buka lambat family pula dah tunggu kami nak berjalan ke rumah sedara tengok baby baru.ini kalau tunggu en.azmi pergi bakery mesti lagi lambat, dah la semalam pun kami lambat sampai juga..mama ni tak suka buat orang tertunggu-tunggu. on the way nak ke rumah adik ipar konon nak singgah bakery beli kotak tapi fikir-fikir nak transfer pulut ke kotak tu dalam kereta ada jugak pulut yang bersepai mencium lantai pulak. Jadi kira acilah bawa dengan loyang-loyang sekali barulah rare..kuikuikui pada hal muka dah tebal rasa, sampai-sampai kalut tanggal loyang, mujur mak mertua takde kat depan masa tu. Dah siap letak atas meja mama berlalu duduk di kerusi segan dah nak tunggu depan tu.

Lepas habis makan semua gerak rumah sepupu en.azmi. dihidangkan dengan makan tengah hari, bertambah-tambah mama makan sebab tak makan lagi, pulut yang mama buat pun mama tak jamah, berdebar punya pasal sampai tak lalu nak makan pulut tu. sedap betul makan tengah hari tu sebab ada ulam jering, mama memang sukalah en.azmi pun hantu jugak, dah habis orang lain ambik dia sorang je mengadap sepiring jering, kalau ikutkan hati nak je tambah nasi lagi tapi sedar-sedar dirilah sikit, jangan nak buruk laku sangat. itupun dah 2 kali tambah campur dengan habiskan nasi anak lagi haaa kau tak ke berpinggan-pinggan dah mama makan??? makan dulu lain hari baru kita fikir soal berat badan ni kan. Ahad pulun makan banyak jadi isnin bolehlah puasa sunat kasi rehat perut pulak.

Balik tu berbincang nak ke mana pula, kata en.azmi dorang nak ke aeon mall. en.azmi malas nak pergi katanya takde apa nak cari, lagipun dia malas nak jalan-jalan pasaraya tanpa tujuan. memandangkn hari masih agak awal, mama cadang bawa anak-anak pergi lepak tasik je cover balik malam tadi tak bawa singgah padang. sukalah anak-anak. lagipun memang dah lama tak bawa dorang jalan-jalan sebab en.azmi asyik sibuk je dihujung minggu, ini dah alang-alang dia ada kita pergilah sekejap bagi anak-anak hirup udara lain pulak ini asyik-asyik taman depan rumah je. Masa sampai tasik tengok kereta adik ipar pun ada, kata en.azmi dorang memang nak follow juga ke tasik. ok lah tu ada orang melayan anak-anak main di taman,mama lepak tepi je sambil makan goreng pisang... hahaha makan dengan aman dan tenteram.


Gambar 3A nih..acu dorang yang ambik, seronok masing-masing mak sedara rajin melayan, mama dorang???? Hmmmm kunyah goreng pisang dan kepok lekor lagi sedap hehehe.. Itu sebab ada adik-adik ipar kalau tak mau la mama ngan papa juga yang melayan. Bukan senang tu nak ambik gambar bertiga macam tu, nasib-nasib je dapat yang kira cantik jugalah, kalau tak si adrien tu macam-macam muka dia buat.

Wassalam

20 comments:

  1. suami kite pun camtu kak yan.. esok mak dia nak datang, malam ni baru bagitau.. kalut kite bersilat nak kemas rumah. pastu dia kata, alahh buat ape beria sgt, bukan org kisah pun. ishhh mane boleh camtu, nnt kite jugak yg tebal muka huhu.

    pandai akak buat pulut kuning. tibe2 macam terliur pulak haha.

    ReplyDelete
  2. Kreatif lah sis... cantik... macam sayang je nak makan..

    ReplyDelete
  3. SEDAP TU BESDAY KEK PULUT MAK MERTUA BRKENAN OK LH TU

    ReplyDelete
  4. kreatifnya kak...cute je pulut kuning tu...akak pernah makan pulut kuning denganndurian x??irda suka sangat makan dengan durian..cubalah ..sedapp..tetiba terliur tau

    ReplyDelete
  5. Sanah helwah buat mak mertua akak. Semoga dipanjangkan umur, diber kesihatan yg baik dan berbahagia didunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  6. Samalah kita AA klu hubby cakap ada ja orang nak datang, kalut lah mengemas apa yg patut kan... pastu fikir plak apa juadah nak hidang..ringkas pun takpa...
    wahhh cantik lah pulut kuning AA buat tu.. mesti sedap! hias pun kreatif :)

    ReplyDelete
  7. Kita pun kalau dgr in laws nak datang memang kelam kabut. Kalau belah kita, rilek je. Datang je anytime hehe...

    Cantiknya pulut tu. Yang tgh2 warna warni tu apa ye mama?

    ReplyDelete
  8. Simple dan cantik. Kira rajin jugak mama aryan ni... kalau saya taklah... nak yg sedang je... pi kedai beli tak pun mungkin order dgn kengkawan.

    eh! dah sampai lum barang tu. saya risau takut tak sampai.. saya hantar dgn pos laju... masuk hari ni dah lima hari dah.

    ReplyDelete
  9. Aahla mama, kalo sebut belah2 suami yg no dtg, mulalah kalut, Mana nk berus tandasnya, kemas dapurnya, ruang tamu yg manjang bersepah tu, tandas tu mmg kena cuci, sbb mmg dorang akan masuk, mak mentua walau pun dah tua, matanya nmpk she kalo tak bersih.

    Kek pulut kuning Kira ok sangat tu, org tua lagi suka rasanya dari kek2 biasa tu, lagi plak dari air tangan sendiri. Adik ipar beli kek pulut kuning tapi bentuk 4 segi, dua lapis, lapis tengah dia taruk serunding ayam, boleh tahan harganya, yg sedang tu rm75 jugalah.

    ReplyDelete
  10. Cantik hiasan pulut kuning mmg nampak mcm kek dah tu

    ReplyDelete
  11. Cantik pulut tu!.
    Mesti yr MIL happy.

    ReplyDelete
  12. Cantik la kak oi...pulut kuning tu my fav...haih...hihi

    ReplyDelete
  13. Cantik kejadiannya AA..
    Kira rajin lah tu..
    Kalau CH beli kek kat kedai jer hihihi..

    Tentu MIL suka kan..
    Menantunya rajin..

    ReplyDelete
  14. Abg mie bz keje, lupa kot nk bgtau..
    Diaorg communicate dlm group adk beradik diaorg, tu yg xtau tu.. Ira mujur la icong bgtau..
    Sedap pulut kuning dgn rendang..
    Dlm kalut2 tu sempat jugak berkreatif..
    Suprise betul.. Igtkan bekal rendang bwk balik..
    Alhamdulillah.. Ada rezeki kami merasa rendang kak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat untuk dibawak balik memang kejam sangat tu hahaha, nanti yang lain terliur

      Delete
  15. oklah tu pulut kuning, orang tua-tua lagi suka berbanding kek. happy birthday untuk mak mertua akak

    ReplyDelete
  16. sgt cantik, AA. 5/5 bintang aida kasik tau.
    sgt istimewa. sendiri buat tu yg istimewa.
    terbaik la...
    sama la jugak dgn asben aida, last minit inform famili dia nak sampai.
    aida memang selalu menyirap ajer dgn dia. geram.
    tak sempat prepare. kemas rumah ala kadar. hadoi lah...

    ReplyDelete
  17. Azra....cantik wey kek pulut tu. Nanti bila bila nak buat ah. Menarik jugak ni. Selalu pulut hias dengan telur puyuh bagaikan...... itu pun mak tengok retis zarina zainuddin buatlah hihi...
    Kira geliga jugaklah otak hang Azra.... mak bagi 20 bintang!!

    Dah baca dah blog Ira pasal mak mertua dtg rumah....
    Bukan mainkan memasing menantu hihihi..... memasing nak mengilatkan rumah

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...