Monday 7 August 2017

Keria gula melaka mama

Assalamualaikum....

Ahad seharian menguli keledek, jiran-jiran order..tengah dok buat tu ada whatsapp masuk ada lagi yang order, Alhamdulillah rezeki..jadinya pagi petang siang malam mama dok kerjakan keledek je lah semalam. dah tu pergi up pulak dekat fb ramailah pulak yang order lagi. adehhh...ikutkan hari bekerja ni mama malas nak buat sebab malas nak bangun awal pagi hehehe...sayang tido oiii.

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi, ada sedikit kelebihan untuk mama boleh buat kuih, dapat juga tambah-tambah pendapatan ye dak. Hari ni bawa keria gula melaka ke ofis untuk mereka yang order semalam. masa hantar ke tingkat 10 ada yang nampak, dah dikata nak order juga. mulanya mama cakaplah isnin minggu depan pulak sebab hari kerja masa macam tak berapa nak cukup nak kejar masak lagi lepas tu nak menguli keledek lagi.

"nanti saya bagitahu lainlah takut tak sempat" katanya...terus mama rasa..alaaaa...macam sedih pulak kalau tak buat nih sebab kawan tu dah tunggu masa nak bersalin je, kuatkan semangat mama kata "ok lah esok saya buat" dan berikutan dari tu ramailah yang tumpang order lagi, adehhh...nak tak nak mama setujulah untuk buat, tak sampai hati pulak nak hampakan kawan-kawan. harap-harap kedai jual keledek tu masih dibuka petang ni waktu mama balik. takut dah tutup hampa kawan-kawan, yang tak mengandung takpe mama risau yang tengah tunggu hari tu, kang bersalin tak sempat makan sedih lak mama nanti. InshaAllah moga-moga ada rezeki kawan-kawan mama esok.

Keria gula melaka mama...sebekas rm5
Seronok meniaga ni tapi tu lah kan semangat kena kental, tido pun tak cukup nak pulak hari-hari kerja ni, memang kena bangun awallah nak tido awal tak bole pulak sebab macam-macam kerja nak kena buat, settlekan beg sekolah anak-anak semua, baju-baju sekolah, macam-macamlah kan, tahu-tahu nak pukul 11malam juga tidurnya. pagi esok paling tidak pukul 3 pagi dah nak kena bangun buat kerja, semua kena settle sebelum azan subuh. ye rezeki dari Allah tapi kita pun janganlah lupa pada Pemberi rezekikan. 2 rakaat sebelum subuh itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinyakan.

Wassalam.


27 comments:

  1. imm tak pwrnah makan keria gula melaka ni kak. xpernah nmpak org jual kt kelantan ni. nak buat sendiri takpandai hihi. mampu terliur je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak makan datanglah rumah akak imm, bila2 turun key ell bagitau la akak

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Rezeki..
    Sedap tgk keria tu..
    Nk order nnt jauh plak nk deliver.. Hehe..
    Bila berniaga ni, mcm tu la kan.. Kena korban masa.. Bangun awal..
    Semoga murah rezeki kak lah & family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila2 nak makan datanglah rumah, inshaAllah boleh buatkan yang penting bagitau dulu

      Delete
  3. teringin jgak nak buat tapi asyik tak teringat or tak dak masa yang sesuai (macam alasan je ni kan?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah akak ni kalau bukan orang order malas juga nak buatnya hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki mama... Montel2 kuihnya itu yg ramai berkenan agaknya :) Kalau dekat teringin juga nak order hehe..

    Tapi betul lah nak meniaga ni kena kuat semangat, kena korban masa rehat/tido la kan.. Lagi satu bab anak2 pun nak kena setel, kalau tak satgi buat kuih pun tak tenang hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha montel macam tuan dia la PH, kalau nak makan datang la rumah, bagitahu awal2

      Delete
  5. Rajin Ilah buat kuih walaupun sibuk dgn kerja...takpelah rezeki kan.Akak tak pernah lagi buat keria gula melaka...bila rasa teringin payah pulak nak cari keledek kat kedai.
    Memang kena bersengkang mata sikit kalau nak berjualan kuih ni.Akak dah ada pengalaman sikit waktu abang sakit tempohari...hanya mampu bertahan 2 minggu je sebab akak sendiri tak sehat waktu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada permintaan saya buatlah kak inipun sebab kena hari cuti, kalau hari bekerja tu memikir jugaklah tapi bila kawan2 minta tak sampai hati pulak kalau tak buat

      Delete
  6. wah..all the best kak, sambil kerja boleh gagah meniaga lagi. Semoga dimurahkan rezeki. nampak sedap tu. nak order gak lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima cik sal atas doanya..nak makan marilah rumah akak KL ngan telok panglima tak jauh mana

      Delete
  7. Mama, siyes terlioq dah ni, penah gak akk buat tapi tk jadi gebu, agaknya kena letak baking soda sikit ya, baru cantik. Tapi akk bulan puasa jer rajin, mcm2 kuih nak Cuba, kalo hari2 biasa ni sarap biasa2 je.
    Alhamdulillah, rezeki mama Yan tu, kalorajin mmg mudah rezeki masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak marilah rumah kalau nak makan..hehehe(ajak betul2 ni tau)

      saya letak tepung dengan keledek je kak, mungkin yang membuatnya tu gebu jadi kuihnya pun gebu ahahaha

      Itulah kak rezeki Allah nak bagi,alhamdulillah

      Delete
  8. Meniaga ni seronok AA..
    Tapi kena rajin dan byk masa kena korban kan..
    Nampak sedap tu..
    CH pun nak oder lah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak CH nak order...malulah kita CH bukan pandai masak sangat nih, CH lagi terror tu

      Delete
  9. seronok nya kak... kalau dana nih rajin n ada kemahiran bt kuih msti lama dh dana niaga heheheh...

    dh ada org order selagi mampu amik oder kak, masyuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana selagi mampu buat akak buat jugalah dah ada permintaan kan.

      ehhh dana pun pandai masak apa, itu karipap dana buat tu macam sedappp je akak tengok

      Delete
  10. Sayang tido tu tak menahan...samalah kita, saya pun sayang beno tido...bahaha

    ReplyDelete
  11. alahai.. sedapnyeeeee kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih e'in taktaulah akak sedap tak tu heheeh

      Delete
  12. Oooo tokeh keria gula melaka yer...

    Dah sampai ke barang tu?... dah seminggu ni. Saya guna pos laju aritu.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...
    niaga keria ekk.
    sib baik jauh. if not aida salah sorang yg membeli tau :)
    i love buying lovely delicious food tau.
    lom pernah lagi gentel keria sendiri.
    semangat rajin lom pernah dtg tang buat-buat kuih ni, AA.
    masak lauk pauk ajer.

    ReplyDelete
  14. Confirm En Azmi naik jemu ni sebab hari hari bekfes keria gula melaka haha....
    Seronok meniaga bila ramai yg order. Tapi tulah masalahnya .... meniaga ni kena jiwa kental, perlukan pengorbanan. Patutlah Dato Vida kaya agaknya kan....

    ReplyDelete
  15. Kalau dekat confirm ana tumpang order sekali. Fav ana kuih keria ji lagi2 kalau yg lenbut gebu. :)
    Semoga terus murah rezeki sis sekeluarga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...