Saturday 19 August 2017

Mengemas

Assalamualaikum...

Hari ni kita operasi mengemas rumah sambil berperang. Berperang dengan siapa lagi dengan anak-anaklah. Letih mama tengok almari masing-masing, selama ni mama lipat baju dah siap je mama suruh masing-masing simpan sendiri dalam almari. Hari ni mama buka almari urut dada je lah mama...makanya tak boleh nak pejam mata dah...mulut dengan tangan yang buat kerja sama naiklah hahaha...


Tenangkan diri sebentar dengan kesegaran pudina, ehemmm takdelah tenang pun cuma berusaha tenangkan diri sekejap sebelum sambung kerja mengemas. Daun pudina ni petik je dipasu mama ada la mama sepasu pokok pudina yang diberi oleh bos. Ada tengok petua kalau nak bau dalam rumah segar gunakan daun pudina yang direndamkan didalam air, jadi mama cuba sajalahkan, lepas ni bancuh teh o kita letakkan juga daun pudina. Banyak juga khasiat daun pudina yang mama baca, tapi bila dicium terasa macam ubat gigi pula hehehe...

Eh tak payahlah mama tunjuk rumah mama yang macam kapal karam ni cukuplah tunjuk daun pudina tu moga-moga dapat  memberi kesegaran juga pada yang melihatnya tu.. Oklah nak sambung mengemas pula sebab ada tangan-tangan kecil yang dah mula nak buat sepah semula tu...haishhhh tak makan saman betullah masing-masing.

Wassalam

9 comments:

  1. Hehehe...sabar ya mama...sebab dulu pun PC gitu....bila mama dah lipatkan baju...cepat-cepat cakap dgn mama nak simpan dan susun sendiri dalam almari...masa tu umur 6..7 tahun la....tapi bila pergi sekolah mama buat spot check....hahahaha....mama cakap ada popia..ada karipap..ada roti jala...dalam almari...tunggu lipas beranak je tak ada sebab ada kapur barus..

    ReplyDelete
  2. Hehehe...sama lah weh. Harituh saya pun suruh derang lipat dan letak baju dalam rak almari masing-masing. Paling tak leh tahan bile tengok balik, hasil lipatan anak si bongsu... Dengan terbaliknya dan seni lipatan die tuh macam roti canai yang belum dimasak tuh. HAHAHAH! cane yer nak cakap.

    ReplyDelete
  3. Sama je Ilah,anak dah besar pun sama je.Sebab tu akak lebih suka dia orang hanger je kain baju.
    Akak ada juga kawan beri pokok pudina tapi dah tamat riwayat dah sebab tak rajin menyiram.

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama, kat rumah ni dah tak leh nak cakap apa dah... kain baju ada kot setinggi berdiri dah tak berlipat-lipat...

    ReplyDelete
  5. Tak letak gambar pun, dah boleh faham mcm mana rupa almarai anak2.. Bukan anak2 jer, almari abah pun bikin bikin sakit kepala... Hahahaha...

    Mama, senang tak pokok pudina nak hidup? Nak cari la satu pokok.. Budak2 ni, suka sgt kalau minum teh letak pudina.. Mereka kata rasa mcm makan coklat berangin...

    ReplyDelete
  6. huhu.

    mengemas memang takkan pernah habis. tu yg takde mood, baek jangan mengemas. menyepah nnt lagi ada ler..

    ReplyDelete
  7. Selalu pun penjam mata aje AA kalau tak pejam mata, mahu tangan dan mulut sama aje bekerja kuasa tiga! Anak bujang saya yang sulung tu kalau kita tanya kenapa almarinya berselerak, senang aje jawapannya, "Takpalah Mommy, bukan ada orang lain tengok. Abang je yang buka nak ambil bajukan...!"

    Urut dada ajelah mampu!

    ReplyDelete
  8. Bestnya daun pudina nie.. buat soda herbs pun ohsem juga..

    ReplyDelete
  9. Mengharap budak budak letak baju mmg gitulah jadinya Azra. Last last maknya jugak kena turun padang susun balik. Sabo jerlah...

    Berkesan ke tidak aroma rumah tu bila letak daun pudina mcm tu? Kena buh banyaklah kot Azra....setakat sehelai mana jadi weyh!

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...