Wall of fame

Assalamualaikum....

Hari ni menyiapkan saki baki kerja yang ada. Bendanya dah siap cuma baru nak deko-deko.


Wall of fame kata tajuknya gitu...kikiki, gambar besar bawah tu macam gedabak pulak kat situ memandangkan gambar anak dara yang sorang-sorang takde makanya letaklah gambar gedabak tu. Dulu rajin juga cuci gambar dan simpan. Tapi sekarang dah malas, nampaknya kena cucilah lagi.gambar-gambar yang ada tu.

Kononnya idea mama nak susun baris atas gambo kawin makpaknye...baris kedua gambo anak-anak masa lahir atau masa dorang keciklahkan, baris tiga gambo bertiga,berempat & berlima...gitulah yang di rancang, semua gambar yang dirancang tu ada dalam simpanan cuma tak dicuci lagi. Kena cucilah lepas ni saja nak lengkapkan wall deko mama nih.

Kayu tu hasil kerja en.azmi sepenuhnya, idea pun en.azmi. Cuma idea letak gambar tu mamalah, mama tak cakap pun nak isi apa kat kayu tu, hari ni terus je mama buat. En.azmi ok je dengan idea mama nih. Pelekat butterfly pink kiri-kanan, tali berwarna dan pengepit ginger bread comel tu mama beli di mr diy je. Mama beli kat situ sebab barang-barang tu memang comellah bagi mama...amacam cantik tak wall of fame mama nih??? Hehehe

Wassalam

Comments

  1. memang dah tak akan nak cuci2 gambar macam dulu2 lagi kan.
    gambar2 ni like memory ada kita..

    ReplyDelete
  2. Mama,
    Kayu tu kalau diketam lagi berseri. Tak taulah, mungkin kayu yg berlubang tu merupakan satu seni. Saya tentang seni memang fail.

    ReplyDelete
  3. comel wall of fame mama 😍
    husband kita boleh la geng, suka bertukang dengan kayu pelet ni. kalau kreatif, hasilnya memang cantik guna kayu ni kan mama

    ReplyDelete
  4. kreatif mama...cantik hasil kerja tangan en.azmi

    ReplyDelete
  5. Cantik kak. Nampak seninya. Kalau lg panjang lagi byk gambar boleh masuk kak. Suka sangat tgk akak dan suami kreatif dalam deko2 rumah ni.

    ReplyDelete
  6. comel comel.. rajin nak deco okayla tu. hehe kalo CT xdak kayu terus tepek kat dinding.. pemalas =P

    ReplyDelete
  7. cantik kak...nanti bila rindu kalau anak-anak dah besar gi belajar jauh ke, boleh tengok

    ReplyDelete
  8. Comel...comel.....
    Kalau kreatif, cantik je jadiknya.... ni mesti banyak tengok cite korea romantik ni hihi

    ReplyDelete
  9. Kreatif tak habis lagi nampaknya AA ni tau. Untunglah semua pun boleh buat sendiri. Tangan saya ni tak sekreatif ini walaupun suka aje membaca idea-idea kreatif.

    Cantik aje rupanya wall of fame milik keluarga AA ni ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts