Pelangi mengelilingi matahari

Assalamualaikum...

Rezeki mama hari ni dapat tengok satu keajaiban ciptaan Allah. Dalam 12 lebih macam tu mama keluar rumah dah siap sedia nak ambik adrien dekat pasti, sekali masuk wasap dekat group pasti mualimah bagi gambar. Mama pun tak lepaskan peluang terus dongak ke langit kebetulan matahari betul-betul atas kepala, tak dapat nak tengok tepat ke arah matahari, mama hulur henfon je snap pic.

Gambar pertama yang berjaya mama snap

Gambar kedua..nampak macam pelangi mengelilingi matahari
Tak pernah lagi mama tengok kejadian macam ni, terus gugel la sebab nak tahu fenomena apa kan. Fenomena ini dinamakan halo matahari...fenomena ini adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Adapun proses ini terjadi  adalah saat awan cirrus hanya merefleksikan dan merefraksikan cahaya matahari. Biasanya halo yang terbentuk hanya cincin yang tak berwarna, namun jika pada sudut yang tepat biasanya terjadi juga dispesi sehingga terjadi juga warna seperti pelangi. Wallahu'alam

Apapun semuanya adalah bukti kekuasaan Allah swt.

Wassalam

Comments

  1. Alhamdulillah....bukti kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. mama pernah tengok juga lama dulu

    ReplyDelete
  3. wahh rezeki sangat boleh tengok kejadian alam dengan mata sendiri kan..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah....
    Mesti canggih manggih hp hang tu Azra. Kalau hp den ....nampak awan je kot haha...

    ReplyDelete
  5. subhanallah, tak pernah tengok gak lagi camni

    ReplyDelete
  6. Helo Matahari... eh.. hihi... tak pernah lagi saya nampak camni.....

    ReplyDelete
  7. Hehe dari sekolah dah perasan benda ni

    Tak tahu pula ada nama. Halo matahari

    Apa khabar matahari

    ReplyDelete
  8. Subhanallah cantiknya!

    Pernah baca juga, tapi belum berkesempatan tengok sendiri.

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah cantik sungguh ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  10. Subhanaallah.

    Saya ni dah la pencinta pelangi. Dpt tengok pix ni lg lah suka. TQ Mama for sharing. Dari aritu tunggu2 pelangi tepi tingkap tak muncul2.. haha.. pelangi Perth dah merajuk agaknya.

    ReplyDelete
  11. Cantik... Setiap kali nampak benda yang cantik, kita ucaplah Subhanallah... Pahala pun dapat... Hiii... In shaa Allah...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/15/pengalaman-puan-aya-naikkan-hb/

    ReplyDelete
  12. cantiknya! Belum dapat peluang lagi tengok halo warna pelangi, sebelum ni nampak warna hitam je

    ReplyDelete
  13. Untungnya dapat peluang tengok sun halo macam ni. Tandanya hari nak hujan ^_^

    ReplyDelete
  14. Cantiknya..
    Mesti excited dpt saksikan sendiri fenomena halo matahari. Ira 1st time dgr.. Hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts